10 Lelaki Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun Rm100 000


GEORGE TOWN, 23 Julai (Bernama) — Polis menahan 10 lelaki termasuk tiga anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kes samun menggunakan pistol di sebuah premis pengurup wang di sini membabitkan kerugian RM100,000 pada 14 Julai lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata dalam kejadian pada 9.45 malam itu, juruwang syarikat pengurup wang tersebut yang baru selesai kerja telah ditahan empat lelaki menaiki sebuah kereta dengan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah mangsa supaya diam serta tidak melawan.
“Kejadian itu berlaku tidak jauh dari lokasi premis pengurup wang tersebut dan lelaki berkenaan kemudiannya dibawa semula ke premis itu sebelum suspek melarikan wang tunai pelbagai mata wang sebanyak RM100,000 yang terdapat di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, ekoran laporan polis daripada juruwang itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek terlibat sebelum berjaya menahan 10 lelaki termasuk dua warga asing yang kesemuanya berusia antara 24 hingga 44 tahun hasil risikan dan intipan.
Beliau berkata semua mereka ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Perak dalam tempoh 24 jam kejadian samun bersentaja api tersebut serta tiga anggota polis itu bertugas di Kontinjen Perak. Sahabudin berkata susulan penahanan mereka, polis merampas tiga kenderaan yang digunakan suspek dalam kejadian itu termasuk sebuah kereta Proton Preve yang mempunyai lambang PDRM dan dua pucuk pistol milik PDRM.
Tambahnya, polis turut merampas semula wang tunai pelbagai mata wang sebanyak RM20,000 yang ditanam dalam kawasan kebun cili di Kampung Perlis, Balik Pulau dekat sini semalam dan pihaknya sedang mengesan baki duit yang mereka samun itu.
“Penemuan wang itu selepas seorang daripada mereka mengaku menyembunyikan hasil samun dengan menanamnya di kawasan kebun tersebut. Sepasukan polis telah ke sana dan berjaya menemukannya semula,” katanya.
Beliau berkata polis sedang mengesan seorang lagi lelaki yang identitinya telah dikenal pasti dipercayai turut terlibat dalam samun tersebut dan siasatan juga mendapati suspek yang berasal dari Pulau Pinang itu dipercayai dalang utama kejadian berkenaan.
Menurutnya, seorang daripada tangkapan itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan semua 10 lelaki tersebut kini masih direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunakan senjata api.
Sumber: BERNAMA
The post 10 Lelaki Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun RM100,000 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/23/10-lelaki-termasuk-tiga-anggota-polis-ditahan-samun-rm100000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Anggota Polis Antara 10 Ditahan Rompak Rm100 000 Daripada Pengurup Wang Di Pulau Pinang

3 Anggota Polis Antara 10 Ditahan Rompak Rm100 000 Daripada Pengurup Wang Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 420 hits
Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata 2 daripada 10 suspek merupakan warga asing GEORGE TOWN Polis hari ini menahan sekumpulan 10 individu termasuk 3 anggota polis dari Perak kerana merompak RM100 000 daripada seorang penguru...
Sembilan Individu Ditahan Reman 6 Hari Bantu Siasatan Sprm

Sembilan Individu Ditahan Reman 6 Hari Bantu Siasatan Sprm

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 501 hits
Lima kakitangan Kementerian Kewangan dan empat orang awam diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan reman bagi kes menguruskan pendaftaran akaun ePerolehan kementerian berkenaan tanpa mengikut prosedur dan syarat ditet...
Dua Lelaki Bangladesh Ditahan Cuba Rasuah Polis Rm10 000

Dua Lelaki Bangladesh Ditahan Cuba Rasuah Polis Rm10 000

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 330 hits
POLIS menahan dua lelaki warga Bangladesh malam tadi selepas cuba menyogok Ketua Balai Polis Danga Bay wang tunai berjumlah RM10 000 supaya melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin yang ditangkap semalam Ketua Polis Daerah Johor Bahru...
Tiga Lelaki Samun Jurujual Dalam Lif Ditahan

Tiga Lelaki Samun Jurujual Dalam Lif Ditahan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 226 hits
BUKIT MERTAJAM Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan selepas dipercayai terlibat kes samun seorang jurujual di dalam sebuah lif pangsapuri di Bandar Perai Jaya di sini pada Rabu lalu Ketua Polis Daerah Seberang Per...
Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 401 hits
MALAYSIAKINIPasukan Kajian Semula berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim bukan bermakna tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner dalam inkues menyiasat punca kematian anggota bomba itu kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Abd...
Kepsek Berharap Jalan Damai Namanya Anak Iseng Tiga Pembully Siswi Smp Di Purworejo Tak Jadi Ditahan

Kepsek Berharap Jalan Damai Namanya Anak Iseng Tiga Pembully Siswi Smp Di Purworejo Tak Jadi Ditahan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 299 hits
Tiga tersangka perundungan terhadap siswi SMP CA yang berkebutuhan khusus di Purworejo Jawa Tengah tidak ditahan oleh pihak kepolisian Tiga pembully siswi SMP tersebut berinisial TP DF dan UHA Seperti yang diberitakan sebelumnya beredar vid...
Animal Malaysia Tawar Ganjaran Rm10 000 Pemberi Maklumat Kes Bakar Kucing Guna Minyak Petrol

Animal Malaysia Tawar Ganjaran Rm10 000 Pemberi Maklumat Kes Bakar Kucing Guna Minyak Petrol

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 643 hits
Animal Malaysia menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3 000 00 kepada RM10 000 00 untuk mana mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan Aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak api lalu mencucuh api menggunakan pemetik api Anim...
Suspek Conteng Mural Pemimpin Mungkin Ditahan Dalam Masa Terdekat Timbalan Ketua Polis Selangor

Suspek Conteng Mural Pemimpin Mungkin Ditahan Dalam Masa Terdekat Timbalan Ketua Polis Selangor

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 408 hits
Nampaknya pihak polis sudah mula mendapat petunjuk untuk mengesan suspek yang telah menconteng mural gergasi Hero Negara yang viral baru baru ini Di mana susuk tubuh dua orang wanita itu berjaya dirakam CCTV yang berada di sekitar Taman Cah...
Dua Ditahan Edar Dadah Pelbagai Jenis Lebih Rm600 000

Dua Ditahan Edar Dadah Pelbagai Jenis Lebih Rm600 000

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR 24 JULAI Polis menahan dua individu pada Selasa lepas kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM664 075 di sekitar ibu negara dan Selangor Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dua individu iait...
Lirik Lagu Kumbang Bunga Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza Dan Lesti

Dap Slams Pas Mp For Likening Malaysia To Palestine Calls Remarks Extreme

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

Kucing Pun Suka Makan Telur

Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

What Could Possibly Happen If You Honk A Car With A Honk Me For A Surprise Sticker At The Rear


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rawatan Tradisional Tombong Petua Orang Lama Yang Masih Relevan

Bayview Melaka The Best

Kl Park Festival 2025

Retro Rubber The Best Modern Tires For Your Vintage Build

Everyman Tracker Build Pt 9 Concluding Our Honda Cb550 Project

Andra Respati Feat Gisma Wandira Bertahan Di Tengah Ragu Chord