Tak Perlu Tunggu Fasa Ketiga Buka Parlimen Cepat


bharian.com
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim 
[email protected]
- Jun 15, 2021 @ 11:25pm

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ketetapan kerajaan berhubung Parlimen hanya boleh bersidang selepas negara memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara sebagai tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Parlimen seharusnya bersidang secepat mungkin sebagai tonggak demokrasi terpenting di Malaysia.

"Saya tidak pasti apa kaitan 40 peratus populasi negara ini menerima dua dos suntikan vaksin, baru Parlimen akan dibenarkan bersidang semula iaitu dianggarkan sekitar September atau Oktober tahun ini.

"Sedangkan barisan Ahli Parlimen sudah lama menerima suntikan vaksin COVID-19 yang bermakna sidang Parlimen sepatutnya adalah selamat untuk diadakan," katanya menerusi Facebook malam ini.

Ahmad Zahid berkata, lebih mengelirukan apabila dimaklumkan semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi pada fasa ketiga kecuali pada bagi aktiviti yang berada dalam senarai negatif. Senarai negatif fasa ketiga yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi jangkitan COVID-19 termasuk pub, spa dan salon kecantikan.

"Adakah ini bermakna Parlimen yang merupakan lambang demokrasi negara diletakkan dalam senarai negatif yang sama seperti pub, spa dan salon kecantikan?

"Pihak manakah yang sebenarnya sengaja cuba menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat berkenaan prinsip demokrasi berparlimen?" katanya.

"Sidang Parlimen masih boleh diadakan secara maya seperti yang dilakukan di kebanyakan negara lain. Parlimen sebagai badan legislatif mewakili suara serta hak rakyat dan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen sebagai proses semak dan imbang terhadap perbelanjaan serta pentadbiran negara supaya ia telus dan jujur demi kepentingan rakyat," katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika membentangkan Pelan Pemulihan Negara petang tadi berkata, pembukaan semula sidang Parlimen berupaya dilakukan menjelang fasa ketiga apabila beberapa keadaan semasa dalam negara, khususnya berkaitan pandemik COVID-19 melakar perkembangan positif.

Ia merangkumi penurunan purata kes harian COVID-19 hingga bawah 2,000 kes, manakala sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penyusutan kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) ke paras mencukupi selain 40 peratus populasi menerima dua dos suntikan vaksin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/tak-perlu-tunggu-fasa-ketiga-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Borneo 15 06 2021 Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara Mudah Cepat Jimat Mulai Julai

Awani Borneo 15 06 2021 Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara Mudah Cepat Jimat Mulai Julai

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 263 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini PM umum Pelan Pemulihan Negara Vaksin CanSino sesuai untuk digunakan di pedalaman Sarawak Sabah s
Buka Parlimen Tidak Perlu Tunggu September Bidas Zahid Hamidi

Buka Parlimen Tidak Perlu Tunggu September Bidas Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 258 hits
Buka Parlimen tidak perlu tunggu September bidas Zahid Hamidi Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2021 11 0
Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 266 hits
NORMAN RADUANBerdasarkan kenyataan media saya cuba memahami ke Bawah Duli Tuanku dan Raja2 Melayu mahukan Parlimen dibuka semula dgn kadar segera Seri Paduka Baginda juga mahukan kerajaan yg lebih stabil Kerajaan yg stabil bagi pandangan sa...
Awani Borneo 17 06 2021 Buka Sidang Parlimen Ambil Kira Kesihatan Awam

Awani Borneo 17 06 2021 Buka Sidang Parlimen Ambil Kira Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 299 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini Bung mahu Ahli Parlimen buktikan kekuatan Parlimen sebagai suara rakyat Selepas Ogos kebijaksanaan Yang...
Hanya Setelah 5 Bulan Baru Nak Dikaji Buka Parlimen Jujurkah Atau Sekadar Lip Service

Hanya Setelah 5 Bulan Baru Nak Dikaji Buka Parlimen Jujurkah Atau Sekadar Lip Service

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 370 hits
Menteri menteri Perikatan Nasional tidak sekata dalam isu bilakah Parlimen akan dibuka semula Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin tidak bersetuju Parlimen dibuka semula sekarang sehinggalah dicapai imuniti kelompok vaksin Covid 19 Maksudny...
Kpt Buka Fasa Kemas Kini Upuonline Mulai 15 Jun

Kpt Buka Fasa Kemas Kini Upuonline Mulai 15 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 480 hits
Keputusan permohonan dijangka pada minggu ketiga Julai PUTRAJAYA Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 boleh mula mengemas kini pilihan program pengajian masing masing menerusi UPUOnline yang dibuka untuk dikemas kini selama tujuh hari berm...
Buka Parlimen Segera Atau Pm Undur Diri Ph

Buka Parlimen Segera Atau Pm Undur Diri Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 301 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan jika gagal menasihati Yang di Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin kata Majlis Presiden Pakatan Harapan Dalam satu kenyataan pagi ini Majlis Presi...
Sabarlah Oktober Awal 2022 Parlimen Buka

Sabarlah Oktober Awal 2022 Parlimen Buka

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 336 hits
ITU ikut kerangka PELAN Muhyiddin Mageran Tak setuju ITU sahaja pilihan Kita dah sabar sejak 15 bulan yang lepas Mageran Tak setuju ITU sahaja pilihan Rentas Negeri fasa 4 Mageran Tak setuju ITU sahaja pilihan Agong telah bertitah dan membe...
Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Proton E Mas 7 Terima Kemas Kini Warna Baharu Sokongan Apple Carplay Ciri Pintar

Bagaimana Kotak Packaging Boleh Menambah Nilai Produk Anda

Ac Mizal Dedah Man Senoi Punca 4u2c Berpecah Tegaskan Konsert We 4u2c Tetap Diteruskan Kami Berada Di Pihak Yang Betul

Tidak Semua Perlu Ditanggapi Bedakan Antara Taghaful Dan Tajahul

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Quran Khadeeja Naskhah Ibrah Keindahan Jiwa Wanita Muslimah

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection

Yusuf Kassim Sebelum Mata Terpejam Selamanya Chord

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed