Tiga Jalan Perpaduan Nasional




Kelmarin pemimpin-pemimpin PH seperti Khalid Samad, Mujahid, Lim Kit Siang, Rafizi dan lain-lain mengutuk atau mempersendakan penyatuan ummah UMNO dan PAS. Saya faham mengapa mereka kutuk. Mereka kutuk sebab mereka takut. Mereka takut kalah pilihanraya dan hilang kerusi atau kuasa.
Isham Jalil Ramai menteri dan timbalan menteri PH seperti Mujahid, Khalid Samad, Mahfuz, Saifuddin Nasution, Saifuddin Abdullah, Fuziah Salleh dan lain-lain yang bakal hilang kerusi Parlimen dan jawatan kabinet mereka pada pilihanraya umum akan datang dengan penyatuan UMNO dan PAS ini.
Dahulu menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri PH ini telah menang pilihanraya di kawasan mereka kerana pertandingan tiga penjuru dan perpecahan undi Melayu.
Kini dengan perlawanan satu lawan satu menentang UMNO dan PAS, peluang ahli-ahli politik PH ini untuk mengekalkan kerusi mereka dalam pilihanraya umum akan datang menjadi semakin hari semakin malap.
Sebab itu mereka tertekan dan tidak berpuas hati dengan penyatuan ummah ini.
Kelmarin juga Presiden Parti Gerakan, Dominic Lau berkata bahawa Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS akan menjadikan Malaysia sebagai negara rasis.
Saya rasa dia tidak faham apa yang dia kata atau dia membawa hujah yang cetek dan dangkal. Mungkin dia tidak pernah kaji sejarah penyatuan nasional atau sejarah negara rasis di dunia.
Untuk mencapai perpaduan nasional dalam satu masyarakat majmuk, kita tidak ada banyak pilihan yang praktikal.
Pada hemat saya, pilihan-pilihan praktikal ke arah perpaduan nasional boleh diringkaskan kepada tiga jalan utama yang berbeza seperti di bawah:
PERTAMA, kumpulan terbesar dalam masyarakat perlu disatukan terlebih dahulu.
Selepas itu barulah kumpulan-kumpulan lain dalam masyarakat disatukan dalam satu integrasi atau muafakat ke arah perpaduan nasional.
Perkara ini telah berlaku dalam sejarah penyatuan di negara-negara seperti China, Russia, Jerman, dan Jepun pada zaman dahulu.
Inilah falsafah perpaduan nasional yang paling praktikal terutama dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia.
Ia juga adalah salah satu sebab mengapa penyatuan ummah kelmarin dimeterai dengan Piagam Muafakat Nasional, kerana penyatuan ummah yang melibatkan kumpulan majoriti akan merintis ke arah perpaduan nasional.
KEDUA ialah dengan menyatukan kumpulan-kumpulan kecil dalam keadaan kumpulan besar masih berpecah belah.
Namun cara atau dasar perpaduan nasional seperti ini adalah tidak masuk akal.
Kita tidak boleh mengharapkan perpaduan nasional akan berlaku dengan menyatukan kumpulan-kumpulan kecil jika kumpulan besar pun tidak bersatu padu.
Berdasarkan sejarah negara-negara di dunia, bertentangan dengan apa yang Presiden Gerakan Dominic Lau kata di atas, sebenarnya jika golongan terbesar atau kumpulan majoriti di sesebuah negara berpecah belah namun kumpulan-kumpulan minoriti bersatu dan menjadi kuat dan berkuasa, ia akan menjadikan negara tersebut rasis, bukan sebaliknya.
Sebab apa yang akan berlaku selepas itu ialah negara akan diperintah oleh kumpulan minoriti ke atas kumpulan majoriti.
Hal ini membawa ke arah cara pemerintahan yang melemahkan demokrasi iaitu oligarki (pemerintahan oleh kumpulan kecil) dan plutokrasi (pemerintahan golongan kaya).
Sekiranya kumpulan kecil yang dominan ini juga adalah kumpulan yang kaya, maka kedua-dua keadaan di atas iaitu oligarki dan plutokrasi akan berlaku serentak.
Dan jika kumpulan kecil yang mendominasi oligarki dan plutokrasi ini adalah terdiri daripada satu kaum, maka ia adalah suatu resipi untuk sebuah negara yang rasis seperti Apartheid iaitu pemerintahan oleh kaum minoriti yang kaya ke atas kaum majoriti yang miskin dan berpecah belah.
Negara rasis seperti ini mengamalkan diskriminasi dengan kejam seperti yang berlaku ketika rejim Apartheid di Afrika Selatan dahulu.
Perkataan “Apartheid” datang dari perkataan Afrikaans (Belanda-Inggeris) yang bermaksud pengasingan atau “apartness”.
Apartheid bermula selepas pilihanraya umum Afrika Selatan yang ke-10 pada bulan Mei 1948.
Pada pilihanraya tersebut, kumpulan minoriti kulit putih yang rasis telah bersatu di bawah satu parti dan telah menang.
Dan pada ketika itu kumpulan majoriti kulit hitam yang dikenali sebagai kumpulan “Bantu” ramai yang tidak mengundi.
Kumpulan Bantu ini terdiri daripada puak-puak kulit hitam yang berpecah belah.
Selepas kemenangan kumpulan minoriti kulit putih yang rasis ini dalam pilihanraya tersebut, dasar-dasar perkauman yang mengasing dan menekan kaum majoriti kulit hitam Bantu telah dilaksanakan oleh kerajaan rasis minoriti kulit putih.
Kumpulan majoriti kulit hitam Bantu telah diasingkan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan.
Mereka telah ditempatkan hanya di sekolah-sekolah yang menyediakan mereka untuk pekerjaan-pekerjaan yang bernilai rendah seperti menjadi buruh kasar dan pekerja ladang.
Akibatnya mereka telah terperangkap dalam kitaran kemiskinan yang berterusan selama beberapa generasi.
Peluang pendidikan dan pekerjaan bernilai tinggi hanya dikhaskan kepada orang-orang minoriti kulit putih sahaja.
Kumpulan minoriti kulit putih ini telah menjadi semakin kaya semasa zaman Apartheid.
Sebelum zaman Apartheid (sebelum 1948), purata pendapatan setiap orang bagi kaum minoriti kulit putih adalah empat kali ganda pendapatan kaum kulit hitam (kaum Bantu).
Semasa Apartheid, perbezaan purata pendapatan ini telah meningkat 50% dengan purata pendapatan kulit putih meningkat kepada enam kali ganda pendapatan kulit hitam daripada tahun 1948 sehingga 1994.
Untuk memberi justifikasi ke atas dasar-dasar Apartheid ini, kumpulan minoriti kulit putih yang memerintah kerap menyebarkan propaganda bahawa kaum majoriti kulit hitam Bantu ini tidak sesuai untuk pendidikan dan pekerjaan yang bernilai tinggi kerana mereka kononnya pemalas dan bodoh.
Seorang pemimpin kaum Bantu iaitu Nelson Mandela telah bangkit menentang dasar-dasar ini dan telah ditangkap dan dipenjarakan selama 28 tahun daripada tahun 1962 sehingga 1990.
Rejim Apartheid hanya tamat pada tahun 1994, apabila Nelson Mandela menjadi Presiden Afrika Selatan.
KETIGA, adalah jalan asimilasi kaum yang menjadi asas kepada konsep “Malaysian Malaysia” yang dibawa DAP dan Lim Kit Siang.
Laungan Malaysian Malaysia ini pertama kali dibawa dan dilaungkan 54 tahun dahulu oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebelum Singapura keluar dari Malaysia.
Malaysian Malaysia diteruskan oleh DAP kini.
Dasar Malaysian Malaysia adalah dasar asimilasi yang diamalkan di Singapura sehingga sekarang.
Selama 62 tahun selepas Merdeka sehingga Mei 2018, Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar integrasi antara kaum dan bukan asimilasi.
Namun pemimpin-pemimpin PH dalam Kerajaan hari ini melaungkan slogan Malaysian Malaysia dengan lebih lantang di Malaysia.
Saya rasa pemimpin-pemimpin PH dan DAP ini sebenarnya mungkin tidak faham maksud sebenar asimilasi.
Asimilasi sebenarnya bermaksud kumpulan-kumpulan minoriti meninggalkan adat resam dan budaya asal mereka dan mengambil adat resam dan budaya kaum majoriti di sesebuah negara untuk menjadi satu bangsa yang sama.
Ini bermaksud penghapusan identiti asal kumpulan-kumpulan kaum minoriti untuk di’asimilasi’ ke dalam identiti kaum majoriti.
Ini telah berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand, Singapura dan beberapa negara lain.
Dalam sejarah, asimilasi telah dilaksanakan di banyak negara di seluruh dunia untuk memaksa golongan minoriti meninggalkan identiti kaum mereka dan mengambil cara hidup golongan majoriti.
Ini berlaku di Amerika Syarikat pada kurun ke-18 dan 19 apabila hamba-hamba abdi daripada Afrika dipaksa menukar nama dan agama mereka kepada nama dan agama Kristian mengikut cara hidup penduduk majoriti kulit putih di Amerika.
Dalam sejarah, asimilasi juga berlaku di negara China semasa zaman Maharaja dahulu kala.
Pada ketika itu, tujuan utama asimilasi adalah untuk menghapuskan pemberontakan.
Kebanyakan pemberontakan berlaku apabila kumpulan-kumpulan etnik dan agama berkumpul dan merancang sesama mereka untuk menentang kuasa Maharaja.
Dengan asimilasi, identiti kaum disamakan dan tiada lagi kumpulan etnik.
Kumpulan-kumpulan etnik diharamkan oleh kerajaan untuk membawa identiti dan agama asal mereka.
Apabila identiti mereka dineutralkan dengan asimilasi seperti di atas, ini menyukarkan kumpulan-kumpulan etnik daripada menjadi teratur untuk merancang pemberontakan terhadap kuasa Maharaja.
Dalam zaman moden ini, asimilasi masih berlaku namun dengan idea bahawa sekiranya semua rakyat dalam sebuah negara itu mempunyai satu identiti yang sama setelah diasimilasi, tidak akan ada lagi masalah perkauman dan pergeseran kaum.
Namun dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama, dan warna kulit, idea asimilasi ini adalah dangkal malah adalah suatu falsafah yang naïve.
Ini kerana, walaupun kerajaan boleh memaksa rakyat untuk menukar nama mengikut nama-nama dalam kumpulan majoriti dan menyuruh rakyat pergi ke sekolah yang sama, kerajaan tidak boleh menukar warna kulit rakyat.
Dan percubaan kerajaan untuk memaksa rakyat untuk menukar agama kepada satu kepercayaan atau menghilangkan agama sebagai identiti adalah suatu kerja yang sia-sia.
Banyak percubaan seperti di atas telah gagal dalam sejarah dunia.
Sebab itu dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama dan warna kulit, masalah prejudis, bias dan diskriminasi tetap akan ada walaupun rakyat negara tersebut telah di-asimilasi kononnya menjadi satu bangsa yang sama.
Dan sebab itu juga dalam sejarah dunia, asimilasi telah gagal untuk menyatukan kumpulan-kumpulan kaum melainkan secara paksaan yang didahului dengan peperangan dan pembunuhan etnik seperti yang berlaku di beberapa negara di dunia sebelum ini.
Masalah besar yang timbul dengan asimilasi dalam masyarakat majmuk ialah ia menjadi sukar untuk sesuatu kumpulan yang ditindas untuk membawa dan memperjuangkan masalah kaum mereka apabila mereka didiskriminasi dan disisihkan dalam masyarakat.
Tambahan lagi, dengan asimilasi, kerajaan tidak boleh melaksanakan dasar intervensi kaum untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi kaum yang disebabkan oleh prejudis, bias dan diskriminasi kaum.
Apabila ini berlaku maka masalah diskriminasi dan perkauman akan menjadi lebih tersirat, terbuku di hati dan lebih parah.
Asimilasi akan menerukkan masalah diskriminasi dan perkauman kerana tindakan korektif atau pembetulan yang siknifikan tidak dapat dilaksanakan.
Dari segi perlaksanaan, apabila tiada pendaftaran mengikut identiti kaum dan kekurangan statistik sosio-ekonomi mengikut etnik, dasar-dasar korektif dan pencegahan diskriminasi kaum sukar dilaksanakan.
Atas sebab-sebab di ataslah antaranya, percubaan kerajaan Amerika Syarikat selama ini untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dan masalah diskriminasi kaum di Amerika Syarikat masih gagal.
Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa DAP sebenarnya adalah tidak konsisten kerana mereka mahu ber-asimilasi tetapi juga ingin mengekalkan identiti-identiti kaum yang berbilang bangsa dan mengekalkan sekolah vernakular.
Saya tidak rasa Lim Kit Siang ini naive atau jujur sehinga dia sanggup mahu menghapuskan identiti asal kaumnya sendiri kerana mahu berasimilasi menjadi satu bangsa.
Oleh itu pada hemat saya, apa yang DAP mahu dengan asimilasi Malaysian Malaysia ini sebenarnya adalah membuang hak keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan dan meng-“asimilasi” kan kumpulan majoriti Melayu kepada cara hidup yang ditentukan oleh mereka (DAP).
Ini tidak masuk akal, kerana di dalam sejarah dunia, tidak pernah ada negara di mana kumpulan majoriti yang perlu mengasimilasi kepada cara hidup yang difikirkan oleh kumpulan minoriti.
Dalam sejarah dunia, jika kita ingin berasimilasi, kumpulan-kumpulan minoriti yang sepatutnya ber-asimilasi dan mengikut cara hidup kumpulan majoriti.
Oleh yang demikian, jika DAP serius ingin membawa konsep Malaysian Malaysia dan berasimilasi kepada satu identiti bangsa, sanggupkah mereka meninggalkan budaya dan adat resam kaum minoriti mereka seperti adat resam, bahasa dan sistem pendidikan sekolah Cina dan mengambil adat resam, bahasa dan sistem Pendidikan sekolah Melayu?
Semasa Merdeka dan pembentukan Malaysia, pemimpin-pemimpin pada ketika itu memilih untuk tidak meng-asimilasi kaum tetapi untuk kaum-kaum terus mengekalkan identiti dan mengamalkan cara hidup dan adat resam budaya mereka dan hidup bersama kaum lain melalui muafakat dan integrasi.
Jika pada masa itu kita membuat keputusan untuk asimilasi dan bukannya integrasi, maka mungkin semua kaum minoriti rakyat Malaysia perlu meninggalkan budaya asal dan menukar nama mereka kepada nama tempatan atau nama Islam iaitu budaya majoriti kaum Melayu di Malaysia seperti yang berlaku di Indonesia.
Dan masalah diskriminasi kaum dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi di Malaysia akan menjadi lebih teruk dan tidak banyak yang boleh dilakukan di peringkat dasar dan kerajaan untuk memperbetulkannya seperti yang berlaku di banyak negara majmuk lain.
Sebaliknya dengan integrasi kaum yang diamalkan oleh Kerajaan BN sebelum ini, kita bukan sahaja memperjuangkan kaum Melayu, malah kita memperjuangkan nasib semua kaum dan bertoleransi.
Kita tidak perlu meninggalkan budaya kita untuk maju ke hadapan.
Kita boleh maju dengan membawa adat resam dan kepelbagaian budaya kita.
Kita mahu perjuangkan diversiti atau kepelbagaian kaum dan pengekalan identiti, bukannya asimilasi atau kesamaan bangsa secara pukul rata dengan penghapusan identiti asal.
Kesimpulannya, jalan KETIGA iaitu jalan asimilasi Malaysian Malaysia adalah jalan yang tidak baik dan mendatangkan kesan yang buruk kepada negara kerana ia akan menerukkan masalah diskriminasi dan perkauman di Malaysia.
Oleh itu pilihan kita kini ke arah perpaduan nasional adalah di antara dua pilihan yang praktikal seperti berikut yang telah diterangkan di atas:
PERTAMA, ialah menjadi sebuah negara demokrasi yang dipimpin oleh majoriti yang mengamalkan muafakat dengan kumpulan-kumpulan minoriti seperti yang dicadangkan oleh Piagam Muafakat Nasional kelmarin, atau
KEDUA, menjadi negara rasis yang diperintah oleh minoriti ke atas kaum majoriti seperti yang telah berlaku pada zaman Apartheid di Afrika Selatan dan seperti yang akan berlaku di Malaysia sekiranya Kerajaan PH pimpinan DAP ini berterusan.
Selamat Hari Malaysia.
16 September 2019
*Penulis adalah Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia)
***Penafian : Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia sama sekali tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia dan Utusan Online.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/17/tiga-jalan-perpaduan-nasional/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islam Memimpin Perpaduan Bersama Muafakat Nasional Ucaptama Presiden Pas

Islam Memimpin Perpaduan Bersama Muafakat Nasional Ucaptama Presiden Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 264 hits
DENGAN penuh rasa ukhuwwah dan semangat persaudaraan yang wajib diikhlaskan saya mewakili seluruh keluarga besar PAS bersama Gagasan Sejahtera menghulurkan salam persaudaraan kepada keluarga besar Umno parti parti utama Barisan Nasional rak...
Muafakat Nasional Pas Tubuh Jawatankuasa Rangka Pelan Tindakan

Muafakat Nasional Pas Tubuh Jawatankuasa Rangka Pelan Tindakan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 207 hits
Pas menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Pelan Tindakan ke arah merealisasikan Muafakat Nasional yang dimetrai dengan UMNO pada Sabtu lalu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Timba...
Polisi Tangkap Pentolan Komite Nasional Papua Barat Agus Kossay

Polisi Tangkap Pentolan Komite Nasional Papua Barat Agus Kossay

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 141 hits
AK tersangka curanmor kata Kepala Bidang Humas Polda Papua Kombes AM Kamal Rabu
Program Kartu Tani Jateng Terbaik Nasional

Program Kartu Tani Jateng Terbaik Nasional

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 230 hits
Jawa Tengah menjadi satu satunya provinsi yang menyalurkan Kartu Tani ke seluruh petani di Kabupaten Kota Sebanyak 35 Kabupaten Kota se Jateng menjadi sasaran dari program Kartu Tani itu
Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 206 hits
September 18 2019 3 44 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Sabtu lalu PETALING JAYA PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Plan Tindakan dan road map mer...
Tenaga Nasional Dalam Perbincangan Untuk Menguji Sambungan Internet Jalur Lebar Di Negeri Perak

Tenaga Nasional Dalam Perbincangan Untuk Menguji Sambungan Internet Jalur Lebar Di Negeri Perak

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 307 hits
Sewaktu majlis pelancaran Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara yang di Putrajaya ia turut diumumkan bahawa Tenaga Nasional akan menguji teknologi gentian optik mereka di negeri Perak bermula bulan ini Tenaga Nasional pada mulanya...
Muafakat Nasional Tamparan Hebat Kepada Ph Melayu Islam Enggan Dipermainkan

Muafakat Nasional Tamparan Hebat Kepada Ph Melayu Islam Enggan Dipermainkan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 260 hits
Presiden Gerakan Islam Melayu Ariffin Abu Bakar menjelaskan penyatuan UMNO dan PAS satu tamparan hebat kepada Pakatan Harapan Ini kerana katanya PH sangat takut dan gentar akan penyatuan ummah yang dilakukan oleh PAS dan UMNO yang tentunya ...
Piagam Muafakat Nasional Kalau Retorik Kenapa Pemimpin Ph Perlu Takut

Piagam Muafakat Nasional Kalau Retorik Kenapa Pemimpin Ph Perlu Takut

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 256 hits
Sinar Harian Najmil berkata walau apa jua terjadi penyatuan ummah harus direalisasikan pada pilihan raya umum akan datang Foto Sinar Harian KUALA TERENGGANU Kenyataan provokasi yang dikeluarkan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan terhadap p...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000