Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan
BAYARAN BALIK PTPTN (Bila Tarikh Masuk & Permohonan Pengecualian Penangguhan)
Kebanyakkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan lain-lain peringkat pengajian semestinya akan membuat pinjaman PTPTN. Bagaimana ingin membuat bayaran balik selepas habis penggajian?Semestinya tidak mempunyai masa untuk pergi ke pejabat PTPTN. Di sini kami kongsikan cara bayar PTPTN dan juga cara membuat penangguhan bayaran balik PTPTN, semoga membantu
CARA BAYARAN BALIK PTPTN
Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membuat pembayaran balik PTPTN. Antaranya ialah:
Pembayaran PTPTN Secara Online
Online banking
Portal rasmi PTPTN
Portal rasmi i-Akaun KWSP
Aplikasi e-Wallet
Pembayaran di Kaunter PTPTN
INISIATIF BAYARAN BALIK PTPTN
Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan dua (2) inisiatif seperti berikut:
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga (3) bulan mulai 1 Mac 2023
Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang;
Diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan
Diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.
Pemberian penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam (6) bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.
CARA PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
Kepada peminjam PTPTN yang ingin membuat permohonan penangguhan pembayaran balik pinjaman, berikut adalah merupakan caranya:
Semua peminjam yang dalam tempoh membayar balik dan mempunyai pendapatan bulanan RM1,800.00 (gaji kasar) ke bawah layak memohon penangguhan kecuali peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN.
Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.
Peminjam perlu melengkapkan maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan, memuat naik dokumen pendapatan bulanan terkini dan membuat perakuan kebenaran ke atas maklumat yang diberikan.
PTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.
Peminjam yang diluluskan penangguhan, akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuatkuasa. Kos pentadbiran atau ujrah juga tidak dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diberikan.
TARIKH PEMBAYARAN DUIT PTPTN
Untuk makluman, Pihak PTPTN malaysia akan menentukan semakan tarikh kemasukan duit PTPTN masuk bila pada setiap tahun kepada peminjam. Kebiasaannya, wang PTPTN akan masuk secara terus ke akaun peribadi peminjam.
Peminjam boleh membuat semakan melalui portal rasmi PTPTN : http://www.ptptn.gov.my/msk/
Mengikut jadual pengkreditan ptptn yang menjadi kelaziman, pelajar akan mendapat wang PTPTN dua (2) minggu selepas bermulanya semester baru pada setiap tahun.
Sebagai contoh tarikh kredit ptptn 2023, semesta baru bermula pada 15 Mac, maka pelajar akan mendapat pinjaman PTPTN pada 1 April. Begitulah ptptn kredit ke akaun 2023 dan seterusnya.
Nota: Tidak ada tarikh tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN bagi kemasukan pinjaman PTPTN ini.
CARA PEMBATALAN PINJAMAN PTPTN
Kepada para pelajar yang telah lulus pinjaman PTPTN dan ingin membuat pembatalan, berikut adalah merupakan caranya:
Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman PTPTN yang boleh didapati melalui portal rasmi PTPTN atau melalui kaunter pejabat PTPTN.
Borang ini perlu dihantar bersama-sama surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman serta surat tawaran penerimaan penaja lain jika ada.
PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN
Kepada peminjam PTPTN semestinya akan membuat pembayaran pinjaman PTPTN mereka mengikut kadar dan tempoh yang telah ditetapkan. Namun sekiranya anda ingin membuat pengecualian pembayaran sekiranya berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, berikut adalah merupakan caranya:
Pemohonan pengecualian bayaran balik melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.
Permohonan online ptptn exemption mestilah dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Permohonan tersebut hendaklah dilampirkan bersama dokumen seperti berikut:
Salinan skrol yang disahkan
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan
Salinan surat pengesahan kelas Pertama
Salinan surat pengesahan tamat pengajian.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN, peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
Careline PTPTN: 03 – 2193 3000 (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Live Chat di ptptn.gov.my
e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my
Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn
Media Sosial Rasmi @PTPTNOfficial
Soalan Lazim PTPTN: KLIK DI SINI
ARTIKEL BERKAITAN:
SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN (Berapa Lagi Balance Loan)
PERMOHONAN POTONGAN GAJI PTPTN: CARA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI (Borang Kebenaran Potong Gaji)
SEMAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK (Check Kelayakan Pengurangan Bayaran Balik 30%)
The post BAYARAN BALIK PTPTN Tarikh Pengecualian Penangguhan appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bayaran-balik-ptptn.html