Tiga Bulan Tanggung Rugi Kedai Gunting Nyaris Lingkup


Tiga bulan pelaksanaan Peintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir melingkupkan perniagaan gunting rambut yang diusahakan Syed Faisal Syed Mustafa Kamalu sejak empat tahun lalu.
Tanpa sesen pun pendapatan, usahawan muda itu terpaksa menanggung kos lebih RM200,000 untuk melunaskan sewa premis dan gaji 50 pekerja.
Beban terasa berganda kerana beliau memiliki 16 cawangan, selain perniagaan lain yang turut terkesan akibat larangan PKP. Tambah perit, kebanyakan penyewa premis enggan memberi potongan harga sekalipun mereka menikmati moratorium.
Mujurlah anak muda berusia 30 tahun ada pelan kecemasan. Itupun beliau terpaksa menokoknya dengan menggunakan duit poket sendiri.
“Sebenarnya hampir tutup beberapa cawangan tetapi dapat diselamatkan dengan modal simpanan yang ada dan sedikit suntikan modal poket sendiri,” katanya.
Sebanyak RM210,000 perlu dibayar untuk sewa premis niaga Bro’s Barber dan gelanggang futsal, Bro’s Futsal Centre, satu lagi cabang niaga yang diceburinya.
Cabaran berniaga
Pengalaman berniaga sejak berusia 18 tahun, dari menjual teh boba, mi goreng dan rojak, kereta sewa dan khidmat cuci kenderaan mengajarya untuk bersedia dengan risiko luar jangka, wabak Covid-19 misalnya.
Syed Faisal Syed Mustafa Kamalu“Dalam tempoh saya menjalankan perniagaan gunting rambut, inilah cabaran paling besar sekali tetapi Alhamdullilah apabila kerajaan beri buka perniagaan dengan SOP ketat bermula 10 Jun lalu, Insya-Allah dapat tutup kerugian perlahan-lahan,” katanya.
Semua perniagaan itu diusahakannya bersama abang, Syed Mohamed Syed Mustafa Kamalu, 32 dan rakan karib sejak di bangku sekolah, Ashwin Vicknesh, 30 dan Lukesh Kumar, 30.
Syed Faisal memulakan perniagaan tersebut dengan modal RM30,000. Ketika itu, beliau masih bekerja di sebuah syarikat perkapalan.
“Muncul idea ini kerana saya terpaksa pergi luar Klang untuk cari barber (tukang gunting). Jadi saya terfikir kenapa Klang tidak ada. Inilah permulaannya,” katanya.
Selepas kedai pertama mendapat sambutan selepas 10 bulan beroperasi, Bro’s Barber, sebuah kedai gunting rambut hipster, membuka cawangan kedua berhadapan pusat beli-belah Klang Parade.
Mendapati potensi di samping mahu memberi tumpuan penuh kepada perniagaan, beliau meninggalkan pekerjaan bergaji kira-kira RM8,000.
Perniagaannya kian berkembang, malah beliau membuka 16 cawangan semuanya. Bro’s Barber juga memiliki 40 pekerja tetap dan 10 lagi separuh masa.
Dengan peluasan cawangan, Bro’s Barber berdepan masalah memperoleh tenaga kerja mahir. Justeru, timbul idea untuk membuka akademi yang menyasarkan lepasan sekolah.
Buka akademi
Akademi Bro’s Barber dibuka pada 2017 dengan menaik taraf salah satu cawangan di Teluk Pulai, Klang.
Untuk itu, beliau membuat pinjaman RM20,000 melalui pembiayaan Hijrah Selangor pada tahun berikutnya. Daripada hanya keperluan asas di akademi, kini ia dilengkapi lebih banyak kemudahan.
Akademi itu melatih lebih kurang 30 orang hingga mereka benar-benar mahir. Syed Faisal juga berharap penubuhan akademi itu mengikis stigma tukang gunting ‘tidak boleh hidup’ dan ia pekerjaan bertaraf rendah.
“Kita juga tandatangani memorandum bersama Hijrah Selangor sebagai syarikat induk untuk pelajar berminat boleh belajar dan bayarannya ditanggung Hijrah Selangor.
Malah, tukang gunting berpengalaman mampu memperoleh pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan dan mereka juga boleh membuka kedai gunting sendiri.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/tiga-bulan-tanggung-rugi-kedai-gunting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impak Perintah Berkurung Tiga Bulan Rakaman Menakjubkan Dedah Ruang Udara Bangkok Tampak Bersih

Impak Perintah Berkurung Tiga Bulan Rakaman Menakjubkan Dedah Ruang Udara Bangkok Tampak Bersih

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 301 hits
Satu rakaman memaparkan betapa udara setelah tiga bulan perintah berkurung dilaksanakan di Bangkok Thailand Langit di negara itu diliputi oleh kabut beracun yang diperbuat dari zarah PM2 5 berbahaya pada awal tahun ini disebabkan oleh kebak...
Sektor Pelancongan Budaya Rugi Rm45 Bilion Dalam 6 Bulan Pertama 2020

Sektor Pelancongan Budaya Rugi Rm45 Bilion Dalam 6 Bulan Pertama 2020

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 326 hits
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menganggarkan industri pelancongan dan kebudayaan negara mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini akibat pandemik Covid 19 Menterinya Nancy Shukri berkata pelancon...
Svmpah S4kit Tak Tahu Macam Mana P3ngkid Pakai Benda Tu Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkung

Svmpah S4kit Tak Tahu Macam Mana P3ngkid Pakai Benda Tu Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkung

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 264 hits
PELAKON Ayda Jebat mengakui berdepan kesukaran semasa melakonkan karakter gadis berperwatakan kasar dalam drama Bukan Gadis Biasa Ayda berkata selama tiga bulan penggambaran dia perlu mengenakan pakaian khas untuk memastikan watak tersebut ...
Tiada Jaminan Pesakit Sembuh Covid 19 Tidak Dijangkiti Semula Pemeriksaan Setiap Tiga Bulan

Tiada Jaminan Pesakit Sembuh Covid 19 Tidak Dijangkiti Semula Pemeriksaan Setiap Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 263 hits
PUTRAJAYA 26 Jun Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan susulan terhadap pesakit COVID 19 yang sudah didiscaj dari hospital setiap tiga bulan bagi memantau tahap sebenar antibodi dan keadaan paru paru mereka Ketua Pengarah Kesihat...
Bahrain Pelancong Perlu Tanggung Sendiri Kos Saringan Covid 19

Bahrain Pelancong Perlu Tanggung Sendiri Kos Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 241 hits
KEMENTERIAN Kesihatan Bahrain semalam mengumumkan semua pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain mulai 21 Julai 2020 perlu menanggung sendiri kos ujian saringan Covid 19 sebanyak BHD 30 Bayaran boleh dibuat secara tunai
Umno Sedia Smash Bola Tanggung

Umno Sedia Smash Bola Tanggung

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 192 hits
RINGKAS pukulan smash yang dibuat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Minta maaf ke salah tafsir ke kerusi Mersing kekal milik UMNO Pukulan itu dibuat Ahmad Zahid walaupun M...
Pesanan Bertambah Penghantar Makanan Terpaksa Tanggung Risiko Raih Komisen

Pesanan Bertambah Penghantar Makanan Terpaksa Tanggung Risiko Raih Komisen

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 272 hits
Seorang penghantar makanan memeriksa telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan antara tabiat yang menyumbang kepada 150 kes kemalangan jalan raya ketika pesanan makanan melonjak sepanjang 3 bulan PKP KUAL...
Uns Tanggung Biaya 25 Mahasiswa Ppds Yang Terpapar Covid 19

Uns Tanggung Biaya 25 Mahasiswa Ppds Yang Terpapar Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 148 hits
Dalam konteks ini para mahasiswa dirawat di RS UNS kita sudah sepahaman dengan pimpinan RSUD dr Moewardi Jadi biar saja dirawat di lantai 7 dan lantai 5 itu sudah tepat katanya
Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 331 hits
Mempunyai anak yang ramai memang memeriahkan sesebuah keluarga namun ia mestilah atas persetujuan bersama kerana yang akan melahirkan dan melalui tempoh hamil serta kesakitan ketika bersalin adalah sang isteri Memang tak salah untuk punya a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut