Tiga Bayi Termasuk Pasangan Kembar Di Lapor Tertukar Kejadian Di Sedari Selepas 20 Tahun


 

KUALA LUMPUR - Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, telah dewasa dan disahkan September tahun lepas selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
Adryani Iwani berkata kejadian itu mula terbongkar semasa dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.
“Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.
“Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun bagaikan telah ditakdirkan, mereka akhirnya bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan tubuh badan.
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.
Menurutnya, akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.
Katanya, kejadian itu tidak berakhir di situ dan ia berlarutan hingga Ogos tahun lepas apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik dalam media sosial gambar majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan di rumah.
Menurutnya, Noratirah kemudian menghubunginya melalui Instagram dan bertitik tolak daripada itu, banyak perkara dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA.
“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.
Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah melibatkan dirinya, ibunya Siti Aminah Ismail, 66, Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.
“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis setelah mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99% menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (telah meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu telah membesarkan Noratirah,” katanya.
Sementara itu, kakak Adryani Iwani, Ayu Haryani, 42, pula berkata ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya.
“Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras,” katanya.
Ayu Haryani berkata berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani pukul 1.27 pagi dan kemudian Adryani Iwani 1.34 pagi.
Menurutnya, apabila diketahui keputusan ujian DNA, ibu mereka tidak dapat menerimanya dan pada peringkat awal, perkara itu juga tidak didedahkan kepada sesiapa pun kerana risau ia memberi kesan psikologi terutama kepada Adryana Iwani.
Katanya, walaupun keputusan ujian DNA sudah diketahui, Ayu Haryani berkata keluarganya itu tetap menganggap Adryana Iwani sebahagian daripada sembilan adik-beradiknya dan akan memintanya untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain semuanya sudah berkahwin.
“Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui,” katanya dan menambah mereka sekeluarga telah melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.
Pada masa sama juga Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama ‘ayahnya’ di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu telah berpindah tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar, Kota Bharu sejak Januari lepas. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/tiga-bayi-termasuk-pasangan-kembar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Benar Bukan Sinetron Selepas 20 Tahun Baru Sedar 3 Bayi Termasuk Pasangan Kembar Tertukar

Kisah Benar Bukan Sinetron Selepas 20 Tahun Baru Sedar 3 Bayi Termasuk Pasangan Kembar Tertukar

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 256 hits
BernamaAyu Haryani berkata berdasarkan rekod pada sijil kelahiran Noratirah dilahirkan pada 1 14 pagi diikuti Adryana Iwani pukul 1 27 pagi dan kemudian Adryani Iwani 1 34 pagi ADRYANI Iwani Ibeni Yanin 20 bersama Adryana Iwani 20 dan Norat...
Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 244 hits
Penyanyi dan juga usahawan Siti Sarah mengakui dirinya seriau dan fobia apabila mendengar berita mengenai kejadian bayi yang baru dilahirkan telah tertukar dengan bayi lain baru baru ini Ujar Sarah perkara itu sering dilihatnya terjadi hany...
Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 244 hits
Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berdepan dug4an lagi apabila anaknya pula mengh1dap peny4kit dem4m kuning Siti menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya meluahkan kebimb4ngan k...
Jam 3 Pagi Tengah Bersihkan Bayi Ibu Terkejut Anak Baru 13 Tahun Bersalin

Jam 3 Pagi Tengah Bersihkan Bayi Ibu Terkejut Anak Baru 13 Tahun Bersalin

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 435 hits
Seorang ibu seperti hilang kata kata apabila anak perempuannya yang berusia 13 tahun melahirkan bayi di rumah mereka di sebuah kampung di Kota Belud kelmarin Dalam kejadian pukul 3 pagi itu wanita berkenaan tersedar daripada tidur sebelum m...
Enam Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Rompak Syarikat Kurier

Enam Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Rompak Syarikat Kurier

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 312 hits
Zuliaty ZulkiffliAlor Setar Polis menahan enam individu termasuk tiga anggota polis selepas disyaki melarikan peti besi mengandungi wang tunai hampir setengah juta ringgit di sebuah pejabat syarikat kurier di sini Rabu lalu Kesemua suspek b...
Selepas Lebih Dua Tahun Tasik Chini Masih Belum Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan

Selepas Lebih Dua Tahun Tasik Chini Masih Belum Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini di Pekan Pahang yang dikatakan telah dijadikan hutan simpan kekal pada tahun 2019 untuk melindungi biodiversiti belum diwartakan secara rasmi Difahamkan pewartaan itu tidak dibuat lebi...
Polis Tahan Pasangan Kekasih Kes Buang Bayi Depan Sekolah

Polis Tahan Pasangan Kekasih Kes Buang Bayi Depan Sekolah

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 332 hits
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baru dilahirkan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan dekat Seremban semalam Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said...
Rezeki Dapat Kembar Korea Jepun Versi Kelate 4 Tahun Tunggu Terus Allah Bagi Dua

Rezeki Dapat Kembar Korea Jepun Versi Kelate 4 Tahun Tunggu Terus Allah Bagi Dua

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 335 hits
Siapa sangka setelah menunggu empat tahun lebih untuk menimang zuriat sendiri akhirnya Allah makbulkan juga hasrat untuk bergelar ibu Lagi teruja apabila kandungan yang dinantikan itu adalah anak kembar Bagi Nor Azlinee 32 ibu kepada anak k...
Buang Bayi Di Depan Sekolah Polis Tahan Pasangan Kekasih

Buang Bayi Di Depan Sekolah Polis Tahan Pasangan Kekasih

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 218 hits
MALAYSIAKINI Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baru dilahirkan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan dekat Seremban semalam Ketua Polis Daerah Seremban ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv