Rezeki Dapat Kembar Korea Jepun Versi Kelate 4 Tahun Tunggu Terus Allah Bagi Dua
Siapa sangka setelah menunggu empat tahun lebih untuk menimang zuriat sendiri, akhirnya Allah makbulkan juga hasrat untuk bergelar ibu. Lagi teruja apabila kandungan yang dinantikan itu adalah anak kembar.
Bagi Nor Azlinee, 32, ibu kepada anak kembar lelaki yang dipanggil ‘Korea Jepun Kelate’ rezeki dapat dua anak sekaligus sesuatu yang tak disangka sama sekali. Rasa tak percaya kerana masa awal tahu diri hamil dan buat scan ketika kandungan 6 minggu, doktor hanya nampak satu kantung sahaja.
Abang (Che Muhammad Sollehin)
Namun kuasa Allah, bila buat scan lagi sekali ketika usia kandungan 3 bulan, doktor terkejut kerana nampak ada lagi satu kantung tetapi degupan jantung belum ada. Doktor beritahu kemungkinan besar akan dapat kembar cuma kena lihat lagi sekali sama ada bayi dalam kantung kedua ini boleh membesar atau tidak.
Adik (Che Muhammad Asyraf)
Setelah buat pemeriksaan kehamilan seterusnya, barulah doktor sahkan bayi yang berada di kantung kedua itu sihat.
Dapat rasa kelahiran normal dan czer serentak
Menurut Azlinee, proses kelahiran si kembar ini unik kerana seorang dilahirkan normal, seorang lagi dilahirkan secara pembedahan. Sepatutnya, doktor dah beri tarikh untuk melahirkan secara czer tetapi ketika kandungan 37 minggu 4 hari, dah ada tanda nak bersalin.
Apabila sampai di hospital terus ke labour room dan dapat merasai nikmat bersalin normal. Waktu dilahirkan saya nampak bayi pertama keluar itu masih lagi dalam kantung dan pelik sebab rambut dan keningnya putih.
Tetapi disebabkan masih lemah, saya tak sempat nak fikir kerana ada seorang lagi perlu dikeluarkan. Namun rezeki untuk kelahiran normal bayi kedua tak dapat kerana dah habis tenaga serta doktor risau bayi lemas.
Jadi terpaksalah dilakukan pembedahan dan alhamdulillah bayi kedua selamat lahir dengan berat 3.1 kilogram manakala bayi pertama seberat 2.1 kilogram.
Selepas selamat melahirkan bayi, doktor jelaskan kepada kami suami isteri bahawa salah seorang kembar yang dilahirkan ini sangat special kerana dalam kategori albino tetapi sihat sempurna.
Doktor beritahu tak perlu nak risaukan apa-apa cuma hanya buat follow up sahaja bagi memastikan semuanya ok. Alhamdulillah sekarang kedua-duanya dah usia 6 tahun dan mereka berdua membesar dengan sihat.
Semua tak percaya Sollehin & Asyraf kembar
Apa yang melucukan, pergi mana-mana orang tak akan percaya pun mereka adalah pasangan kembar. Sebab tak sama seperti anak kembar yang lain. Malah minat mereka dan makanan kegemaran pun sangat berbeza.
Contohnya bila bab makan, Sollehin (berambut putih) lebih suka makan ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan. Manakala adiknya, Asyraf (kulit sawo matang) lebih memilih makan dan lebih suka makanan ala western dan buah-buahan import seperti epal, pear atau oren.
Begitu juga kalau kartun kegemaran, Sollehin lebih gemar kepada cerita kartun seperti Omar Hana atau Upin Ipin tetapi Asyraf lebih kepada cerita Ultraman atau Spiderman. Jadi bila nak tengok TV mesti akan berebut.
Tambah Azlinee lagi, sebagai ibu, melihat si kembar membesar dengan sihat walaupun berbeza tingkah laku dan minat mereka ada keistimewaan. Alhamdulillah kedua-duanya susah sakit.
Lagi satu bila salah seorang tiada, pasti akan terus bertanya. Mereka tak boleh berpisah lama-lama. Bab ni memang nampak keakrabannya.
Kredit: Nor Azlinee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
The post Rezeki Dapat Kembar Korea Jepun Versi Kelate! 4 Tahun Tunggu, Terus Allah Bagi Dua appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/rezeki-dapat-kembar-korea-jepun-versi-kelate-4-tahun-tunggu-terus-allah-bagi-dua/