Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok


Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok 10 Oktober 2019. Perkhabaran yang agak mengejutkan bagi mereka pembaca setia akhbar Utusan Malaysia. Admin memetik laporan daripada FMT ini untuk bacaan anda semua.
Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok Utusan Melayu (Malaysia) Bhd yang melepaskan 70% pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Kumpulan Media Prima baru-baru ini akan berhenti operasi dan tidak lagi akan menerbitkan tiga akhbarnya mulai esok.
Sumber memberitahu FMT, pemakluman mengenai keputusan itu diberikan kepada kakitangannya petang semalam.
“Dalam taklimat kepada ketua-ketua jabatan semalam, kami dimaklumkan hari ini adalah hari akhir Utusan Malaysia dan Kosmo! akan dikeluarkan. Mulai esok tidak ada lagi akhbar Utusan (dan dua lagi akhbar),” kata sumber yang menghadiri talimat yang diberikan oleh pengarah eksekutif.
Kata sumber itu, ketua-ketua jabatan juga telah diminta memberikan taklimat kepada pekerja di bawah penyeliaan masing-masing.
Satu lagi sumber memberitahu, “semua wartawan telah diminta mengosongkan pejabat dan meja masing-masing. Tidak perlu datang esok mulai esok.”
Isnin lepas, Utusan Melayu mengumumkan akan melepaskan 70% pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd. Syarikat itu berkata pelepasan pegangan dalam Dilof adalah untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana itu.
Menurut Utusan Melayu, Aurora Mulia dipilih kerana syarikat tersebut merupakan pemegang saham utama Media Prima Berhad.
“Ia untuk memastikan akhbar Utusan Malaysia yang telah berusia 80 tahun tidak dikuburkan dan akhbar Kosmo! yang berusia 15 tahun dapat diteruskan,” kata syarikat itu.
Dilof merupakan anak syarikat 100 peratus milik Utusan Melayu, yang kini merupakan pemegang permit menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.
Utusan Melayu kini berhadapan dengan masalah aliran tunai dan pelaburan dalam Dilof akan membolehkan suntikan kewangan daripada Aurora Mulia dan seterusnya memastikan penerbitan kedua-dua akhbar ini dapat diteruskan.
Difahamkan syarikat yang dilantik untuk menguruskan proses penggulungan syarikat akan memberi taklimat khas kepada pekerja-pekerja Utusan Melayu pada 29 Okt ini.
“Syarikat luar ini akan memaklumkan status dan kedudukan syarikat akhir bulan ini. Apa pun kami perlu menunggu surat rasmi pagi ini.”
Dalam taklimat semalam, pengurusan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan notis rasmi mengenai penutupan hari ini.
“Kami hanya boleh dapat gambaran sebenar selepas terima surat nanti,” kata beliau.
FMT dimaklumkan Utusan Melayu yang berada di bawah pengurusan baru sejak awal ini, bercadang untuk melaksanakan pengurangan tenaga kerja pusingan kedua bulan ini, dengan jabatan editorial Utusan Malaysia dan Kosmo! hanya akan mempunyai sekitar 60 hingga 70 orang wartawan.
Utusan Melayu, yang ditubuhkan pada 1939 di Singapura, pernah mempunyai sekitar 2,000 pekerja satu ketika dulu termasuk 500 pekerja editorial.
Ditanya sama ada pengurusan ada memaklumkan mengenai penggabungan editorial Utusan Melayu, Kumpulan NSTP dan Media Prima, sumber berkata, pengurusan hanya memberitahu ia akan diputuskan oleh pengurusan baru kelak.
“Kemungkinan syor tahun 2005 iaitu penggabungan Kumpulan Utusan dan NSTP muncul semula, akan menjadi kenyataan selepas ini,” kata beliau.
Sumber juga memberitahu pengurangan tenaga kerja juga akan melibatkan Kumpulan NSTP selepas ini.
“Kemudian ia akan membawa kepada penggabungan editorial Kumpulan Media Prima dan Utusan Melayu Berhad,” kata beliau.
Pada 20 Ogos lalu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Abd. Aziz Sheikh Fadzir menafikan laporan media bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu berusia 80 tahun itu akan ditutup, sebaliknya menegaskan ia akan terus beroperasi.
Perkembangan itu sekali gus memadamkan spekulasi kononnya Kumpulan Utusan akan menghentikan operasinya bermula 21 Ogos susulan ketidakmampuan menanggung kos operasi.
Katanya, langkah itu diteruskan sekalipun syarikat akhbar itu berada dalam situasi sukar terutama peralihan dunia pemberitaan dalam bentuk media sosial.
“Tidak benar kita hendak tutup (henti operasi). Betul kita hadapi masalah. Tetapi kita ada pelan untuk meningkatkan perniagaan,” kata beliau.
Selain menerima suntikan dana RM1.6 juta untuk membayar gaji pekerja daripada Umno, syarikat turut mengambil keputusan untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia daripada RM1.50 senaskhah kepada RM2.00 senaskhah manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50 senaskhah mulai Ogos lalu.
FMT sedang berusaha mendapatkan komen daripada pengurusan Utusan Melayu. -FMT-
The post Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/tiga-akhbar-utusan-tidak-diterbitkan-mulai-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Firma Berkait Syed Mokhtar Kini Pemilik Permit Akhbar Utusan

Firma Berkait Syed Mokhtar Kini Pemilik Permit Akhbar Utusan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 418 hits
MALAYSIAKINI Sebuah firma berkait Syed Mokhtar Al Bukhary akan menjadi pemilik majoriti syarikat yang memegang permit percetakan Kosmo dan Utusan Malaysia Dalam satu kenyataan semalam Utusan Melayu Bhd berkata ia akan melupuskan 70 peratus ...
Akhbar Utusan Kosmo Kini Milik Aurora Mulia Syed Mokhtar Media Prima Berhad

Akhbar Utusan Kosmo Kini Milik Aurora Mulia Syed Mokhtar Media Prima Berhad

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 846 hits
KUALA LUMPUR Utusan Melayu Berhad akan melepaskan 70 peratus kepentingan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd Dalam satu kenyataan Utusan berkata Dilof adalah anak syarikat 100 peratus miliknya yang juga pemegang...
Biarlah Kami Berkorban Tiga Bulan Kerja Tanpa Gaji Kakitangan Utusan Luah Isi Hati

Biarlah Kami Berkorban Tiga Bulan Kerja Tanpa Gaji Kakitangan Utusan Luah Isi Hati

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 326 hits
Perkataan Utusan telah menjadi salah satu daripada lima carian paling tinggi dalam talian berikutan laporan penutupan syarikat akhbar itu hari ini atas masalah kewangan Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook seorang individu dipercay...
Mulai 2020 Truk Galian Pengangkut Batu Dilarang Melintas Di Tol Cipularang Km 92

Mulai 2020 Truk Galian Pengangkut Batu Dilarang Melintas Di Tol Cipularang Km 92

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 125 hits
Pentingnya aturan tersebut karena banyak kecelakaan yang melibatkan angkutan barang terutama truk Galian C di mana sebagian besar kelebihan dimensi dan muatan
Belanjawan 2020 Cukai Perkhidmatan Digital Akan Dilaksanakan Mulai 1 Januari 2020

Belanjawan 2020 Cukai Perkhidmatan Digital Akan Dilaksanakan Mulai 1 Januari 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 300 hits
Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital pada tahun Belanjawan lepas dan pada Belanjawan 2020 hari ini kerajaan sekali lagi menekankan berkenaan perkara ini Cukai Perkhidmatan Digital akan dilaksanakan bermula 1 Ja...
Cuti Bersalin 90 Hari Bakal Dilaksanakan Mulai 2021 Untuk Sektor Swasta

Cuti Bersalin 90 Hari Bakal Dilaksanakan Mulai 2021 Untuk Sektor Swasta

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 546 hits
Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021 Cadangan tersebut antara perkara diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Pembentangan Belanjawan 2020 di bawah strateg...
Rumah Sakit Jiwa Di Jawa Barat Mulai Kebanjiran Pasien Anak Pecandu Hp

Rumah Sakit Jiwa Di Jawa Barat Mulai Kebanjiran Pasien Anak Pecandu Hp

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 256 hits
Beberapa tahun terakhir Rumah Sakit Jiwa Provinsi Jawa Barat di Cisarua Kabupaten Bandung Barat menerima pasien anak yang termasuk pada orang dengan masalah kejiwaan Masalah kejiwaan yang dialami anak anak ini disebabkan penggunaan handphon...
Bajet 2020 Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Anak Anak Mulai Tahun Depan

Bajet 2020 Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Anak Anak Mulai Tahun Depan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 967 hits
Ada berita gembira bagi ibu ayah semua Dalam Bajet 2020 yang dibentangkan sebentar tadi KKM telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal yang akan diberikan secara percuma kepada anak anak kita sebagai s...
3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang

Sultan Mizan Suggests Implementation Of Vertical Farming In Terengganu

Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini