Biarlah Kami Berkorban Tiga Bulan Kerja Tanpa Gaji Kakitangan Utusan Luah Isi Hati


Perkataan ‘Utusan’ telah menjadi salah satu daripada lima carian paling tinggi dalam talian, berikutan laporan penutupan syarikat akhbar itu hari ini atas masalah kewangan.
Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook, seorang individu dipercayai salah seorang kakitangan syarikat akhbar berkenaan meluahkan isi hatinya mengenai penamatan operasi Utusan Malaysia.
TIDAK pernah terfikir yang perjalanan kerjaya aku ternoktah begini. Kehadiran aku di Universiti Kehidupan ini dirancang agar aku boleh menghabiskan tempoh pekerjaan sehinggalah ke hari persaraan, tak kisahlah 55 tahun mahupun 60 tahun.
Namun, takdir Allah menentukan segala-galanya. Pagi nanti, tiada lagi perlu hamba Allah ini menerjah kepadatan lalu lintas untuk ke Jalan Utusan. Tidak perlu lagi aku untuk saban hari memikirkan bagaimana untuk menaikkan prestasi syarikat dan membuat duit untuk menambah pendapatan syarikat yang kini sudah berusia 80 tahun sejak ia ditubuhkan di kota Singapura.
Pagi nanti, semuanya ternoktah. Amat pedih. Walaupun aku baru 18 tahun di sini, namun perit derita keseronokan perjuangannya dapat aku rasa.
Di Utusan Malaysia, di depan api di belakang kami duri. Namun kami tempuhi semuanya tanpa ada penyesalan. Keringat diperah agar dapat melihat kelangsungan akhbar Melayu ini terus berada di puncak.
Bukan semalam, bukan kelmarin, bukan tahun lepas kami sudah dalam keadaan begini. Sudah lama. Sudah lama kami mengikat perut agar dapat melihat syarikat akhbar bangsa ini meneruskan kelangsungan hidup. Biarlah… biarlah kami berkorban. Sampaikan ke tahap kami bekerja tiga bulan tanpa gaji, kami tetap bertahan.
Ketentuan Allah menetapkan segala-galanya. Tiada apa yang dapat kami lakukan lagi. Selama ini, kami hanya memperlahankan suratan yang sudah termaktub.
Aku rela. Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi. Pasti ada yang lebih baik dijanjikan Dia. Rezeki Allah itu luas.
Jika ini terjadi 30 tahun yang lalu ketika aku baru menginjak usia belia, aku tidak pasti adakah aku mampu menerima takdir ini. Namun sekarang dengan usia menginjak 50 tahun, aku rela. Tidak gembira, namun aku lebih lega. Semua ini ada balasannya. Ada yang lebih baik menanti.
Tapi untuk kelangsungan hidup, aku tetap akan meneruskan kemahiran aku yang aku pasti Allah akan membalasnya dengan ganjaran. Pengalaman yang aku ada tak perlu aku sia-siakan dengan merintih. Aku masih boleh sebarkan kepada sesiapa sahaja yang perlukan.
Mungkin lebih mudah sebab aku tidak terikat lagi dengan syarikat. Aku lebih bebas menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak. Mungkin harga bengkel2 aku boleh lebih rendah berbanding sebelum ini. Perancangan Allah itu sememangnya cantik. Ada yang tersirat dan tersurat untuk aku fikirkan kembali.

Mungkin juga sebab aku sering mengadu kepadaNya yang aku penat dengan rutin harian. Jadi aku diberi cuti panjang oleh Nya untuk aku muhasabah kembali diri ini.
InsyaAllah. Aku tidak akan bersara dari kemahiran yang dianugerahkan Allah selagi kudrat ada. Pada rakan-rakan, jika masih sudi berkawan, sokonglah aku. Aku masih memerlukan kalian.
Ternoktah 9 Oktober 2019, 1.05 pagi
Haji Mohammed Hazli Hassan
Gombak, Kuala Lumpur
Sumber: Mohd Hazli ‘Bobo’ Hassan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/09/biarlah-kami-berkorban-tiga-bulan-kerja-tanpa-gaji-kakitangan-utusan-luah-isi-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulianya Hati Memey Sanggup Jadi Ibu Susuan Untuk Baby D Yang Lahir Tak Cukup Bulan

Mulianya Hati Memey Sanggup Jadi Ibu Susuan Untuk Baby D Yang Lahir Tak Cukup Bulan

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 539 hits
Sanggup mengambil risiko demi zuriat yang telah lama dinantikan dua hari lalu pelakon Abby Abadi telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 540gram Lahir ketika usia kandungan berusia 24 minggu zuriat hasil perkahwinan Abby bersama suami ...
Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok

Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 534 hits
Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok 10 Oktober 2019 Perkhabaran yang agak mengejutkan bagi mereka pembaca setia akhbar Utusan Malaysia Admin memetik laporan daripada FMT ini untuk bacaan anda semua Tiga Akhbar Utusan Tidak Diter...
Diorang Makan Kulit Bukan Isi Netizen Geli Hati Tengok Telatah Orang Korea Jumpa Durian

Diorang Makan Kulit Bukan Isi Netizen Geli Hati Tengok Telatah Orang Korea Jumpa Durian

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 337 hits
Durian dikenali sebagai raja buah di Malaysia Ia mudah didapati di negara bersuhu tropika dan menjadi kegemaran kebanyakan penduduk di Asia Tenggara Bila tiba sahaja musim durian bermacam macam pesta durian diadakan di merata tempat Buah in...
Zuraida Jumpa Pembeli Pr1ma Yang Tak Puas Hati Bulan Depan

Zuraida Jumpa Pembeli Pr1ma Yang Tak Puas Hati Bulan Depan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 259 hits
Zuraida jumpa pembeli PR1MA yang tak puas hati bulan depan nbsp Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Sep 2019
Kakitangan Utusan Keliru Ec Bacul Taufek

Kakitangan Utusan Keliru Ec Bacul Taufek

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 352 hits
Presiden NUJ Cawangan Utusan Mohd Taufeq Razak bercakap kepada media berkenaan penutupan Utusan Melayu Berhad selepas hari terakhir beroperasi di Bangunan Utusan Malaysia Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Kakitangan Utusan Melayu ...
Hati Hati Kenali Modus Penipuan Undangan Wawancara Kerja

Hati Hati Kenali Modus Penipuan Undangan Wawancara Kerja

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 233 hits
Modus penipuan marak ditemukan melalui email dengan menyertakan lampiran yang tidak diperlukan Dengan demikian Anda harus mencari tahu lebih lanjut jika mendapat undangan wawancara
Nak Start Kerja Lepas Pantang Tapi Susah Hati Anak Tolak Menyusu Dari Botol

Nak Start Kerja Lepas Pantang Tapi Susah Hati Anak Tolak Menyusu Dari Botol

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 481 hits
Salah satu isu yang kerap kali menjadi kebingungan para ibu lepas bersalin ialah bayi perlu ditinggalkan selepas kembali bekerja Memandangkan bayi menyusu susu ibu maka dia perlu diajar menggunakan botol susu agar dapat memudahkan urusan pe...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel