Tidur Meniarap Telentang Atau Mengiring Ini Posisi Tidur Bayi Yang Betul


Betul ke bayi tidur mengiring adalah cara terbaik? Ini kerana kebanyakan ibu bapa baharu tertanya-tanya posisi tidur bayi yang betul dan selamat.
Jika anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca perkongsian artikel ini bagi mendapatkan jawapannya. Semoga bermanfaat!

Betul ke bayi tidur mengiring yang terbaik?
Menurut saranan American Academy of Pediatrics (AAP), tidur secara mengiring adalah tidak selamat untuk si kecil.
Terdapat beberapa sebab mengapa posisi tidur mengiring bagi bayi yang baru lahir menjadi tidak selamat. Ia memberi tekanan tambahan pada rahang – berisiko menyekat saluran pernafasan bayi.
Posisi tidur ini juga menyebabkan kepala si manja berada dalam kedudukan yang menyebabkan mereka menghirup udara kitar semula – tidak segar – secara berterusan. Ia boleh membawa kepada pengumpulan karbon dioksida dan kekurangan oksigen.
Posisi tidur bayi yang betul adalah berbaring secara menelentang.
Walaupun ada yang menyatakan bayi tidur mengiring adalah lebih selamat untuk mengelakkan si kecil muntah atau mengalami refluks, namun ia tidak benar. Bahkan, apabila tidur dalam keadaan telentang, bayi yang kerap refluks akan kurang mengalami keadaan tersebut.
Selain itu, meletakkan bayi tidur secara telentang pastinya lebih selamat daripada tidur meniarap kerana ia meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) dan sesak nafas.
SIDS adalah penyebab utama kematian bayi antara usia sebulan dan setahun.
Pilihlah posisi tidur bayi yang betul ini
Demi keselamatan, semua bayi harus ditidurkan secara menelentang pada tahun pertama kehidupan. Ini juga termasuk kepada bayi pramatang. Bayi yang tidur dalam posisi ini mempunyai risiko SIDS lebih rendah.
SIDS cenderung untuk terjadi dalam tempoh 6 bulan pertama kehidupan – kebanyakannya berlaku pada usia 1-4 bulan. Disebabkan itu, amat penting untuk memastikan si kecil tidur menelentang.
SIDS umumnya jarang terjadi selepas usia bayi 12 bulan.
Menelentang adalah posisi tidur yang betul
Pun begitu, sesetengah bayi pramatang dengan penyakit pernafasan mungkin perlu tidur secara meniarap. Namun ia harus dilakukan dalam persekitaran yang diawasi secara perubatan, seperti hospital.
Walaupun menelentang adalah posisi tidur bayi yang betul, sesetengah ibu bapa bimbang keadaan tersebut boleh meratakan kepala si kecil. Sekiranya berlaku, ia hanya bersifat sementara.
Galakkan si manja berbaring dan meniarap ketika berjaga boleh membantu mencegahnya.
Ada juga kebimbangan kononnya bayi akan tersedak muntah atau mengeluarkan air liur semasa menelentang. Tetapi National Institutes of Health (NIH) melaporkan tiada bukti mengenainya. Malah dipercayai bayi tidur dalam posisi ini mungkin dapat mengeluarkan cecair lebih berkesan.
Perkara boleh dilakukan & elak untuk mendapatkan posisi tidur bayi yang betul
Menyediakan persekitaran selamat semasa tidur adalah sama pentingnya seperti memastikan si manja lena dalam posisi yang betul.
Mustahak untuk memastikan kawasan tidur bayi tidak mempunyai barang yang boleh mengakibatkan mereka lemas atau terperangkap.
Berikut antara langkah-langkah boleh diambil untuk persekitaran bayi selamat:
Lakukan ini untuk dapatkan posisi tidur bayi yang betul
Meletakkan bayi tidur menelentang Memastikan permukaan tidur rata dan padat Gunakan katil bayi, bassinet atau katil bayi mudah alih Galakkan tummy time semasa bayi terjaga tetapi masih diawasi Pastikan tiada barangan gantung berdekatan Gunakan tilam yang dipasang cadar fitted Pastikan suhu bilik selesa Tetapkan rutin tidur apabila bayi berusia 4-6 bulan Elakkan
Bantal, boneka haiwan, selimut, comforter atau bean bag Bayi tidur di atas tilam empuk, sofa atau katil air (air mattress) Menutup kepala bayi Mendedahkan bayi kepada asap rokok Berkongsi katil dengan bayi kerana risiko sesak nafas Gunakan selimut atau cadar longgar Letakkan bayi berdekatan dengan penghawa dingin atau lubang pemanas Memakaikan bayi terlalu banyak lapisan pakaian Tip lain:
Perkara berikut juga boleh membantu mengurangkan risiko SIDS:
Dapatkan suntikan yang disyorkan, kerana ini boleh membantu melindungi bayi daripada SIDS Mengikut jadual temu janji doktor Lakukan penyusuan eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan Elakkan minum alkohol, merokok, dan mengambil dadah semasa kehamilan Pilihlah posisi terbaik
Menelentang adalah posisi tidur bayi yang betul dan terbaik sehingga bayi berusia setahun. Ia terbukti dapat mencegah SIDS.
Manakala kedudukan bayi tidur mengiring adalah selamat apabila bayi berumur lebih 4-6 bulan kerana sudah pandai berguling sendiri selepas dibaringkan telentang.
Membawa bayi baru lahir pulang ke rumah boleh mewujudkan rasa gelisah dan bercampur baur, khususnya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Sebaiknya jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan mengenai keadaan tidur yang selamat, rujuklah kepada doktor atau pakar pediatrik untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lebih kepastian.
Amat penting untuk memastikan si manja tidur dalam keadaan yang selamat dan posisi betul untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku.
Kredit: Hello Doktor

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Tidur Meniarap, Telentang Atau Mengiring? Ini Posisi Tidur Bayi Yang Betul! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tidur-meniarap-telentang-atau-mengiring-ini-posisi-tidur-bayi-yang-betul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kah Cita Cita Nak Lompat Pulak Atau Nak Buat Pakatan Baharu Lekeh Betul Pemikitan Tuan Ibrahim

Ada Kah Cita Cita Nak Lompat Pulak Atau Nak Buat Pakatan Baharu Lekeh Betul Pemikitan Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 170 hits
RUU anti lompat parti tak perlu tergesa gesa dibentang kata Tuan IbrahimMarch 23 2022 Rang Undang undang anti lompat parti yang termasuk dalam perjanjian persefahaman antara Pakatan Harapan dan kerajaan tidak perlu tergesa gesa untuk dibent...
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 169 hits
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta SETIAP hari manusia akan membuang air besar bagi mengeluarkan najis yang merupakan sisa makanan dan minuman yang terhasil ketika proses pencernaan selepas tubuh menyerap se...
Wanita Terhibur Lihat Anak Tidur Meniarap Persis Bos Besar Sambil Diurut Kucing Hitam

Wanita Terhibur Lihat Anak Tidur Meniarap Persis Bos Besar Sambil Diurut Kucing Hitam

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 317 hits
Siapa yang pernah atau sedang membela kucing pasti anda tahu yang kucing sebenarnya suka mengurut Mengurut atau kneading yang dilakukan oleh kucing sebenarnya membawa maksud tertentu tau Untuk pengetahuan anda urutan yang dilakukan oleh kuc...
Pelakon Raja Ilya Teruja Umum Jantina Bayi Ia Memang Merah Jambu Maksudnya Video

Pelakon Raja Ilya Teruja Umum Jantina Bayi Ia Memang Merah Jambu Maksudnya Video

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 126 hits
Pelakon Raja Ilya Teruja Umum Jantina Bayi Ia Memang Merah Jambu Maksudnya VIDEO PELAKON Raja Ilya teruja apabila mengumumkan dia dan suami Trent Garret bakal menimang cahata mata perempuan Acara gender reveal secara ringkas dan sederhana i...
Kami Generasi Penerus Tuan Stefanus Samberi Ambil Posisi Netral Ditengah Bangsa Papua

Kami Generasi Penerus Tuan Stefanus Samberi Ambil Posisi Netral Ditengah Bangsa Papua

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 295 hits
Salam Perdamaian Dunia dari Negeri Matahari Terbit Port Numbay Jayapura Publik perlu mengetahui bahwa kami Generasi Penerus Tuan Stefanus Samberi ambil Posisi Netral ditengah Bangsa Papua jadi bukan Posisi Netral antara Indonesia dan Papua ...
Nasib Baik Bukan Baby Boy Raja Ilya Teruja Umum Jantina Bayi

Nasib Baik Bukan Baby Boy Raja Ilya Teruja Umum Jantina Bayi

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 151 hits
Pelakon Raja Ilya teruja apabila mengumumkan dia dan suami Trent Garret bakal menimang cahata mata perempuan Acara gender reveal secara ringkas dan sederhana itu diadakan bersama keluarga mentuanya di Australia Wow sangat excited Memang nak...
Lucunya Bayi Gajah Di Bali Zoo Yang Lahir Saat Pandemi Covid 19

Lucunya Bayi Gajah Di Bali Zoo Yang Lahir Saat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 191 hits
Seekor anak gajah jantan lahir di Kebun Binatang Bali Zoo yang berlokasi di Jalan Raya Singapadu Batuan Kecamatan Sukawati Kabupaten Gianyar Bali
Bayi Dipakai Tuala Wanita Gara Gara Lampin Habis

Bayi Dipakai Tuala Wanita Gara Gara Lampin Habis

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 170 hits
Tangkap layar video memaparkan seorang bayi dipakaikan tuala wanita gara gara kehabisan bekalan lampin PETALING JAYA Kebanyakan pasangan suami isteri pastinya pernah merasai detik detik mencemaskan dalam menguruskan anak pertama terutamanya...
Kasus Ibu Di Jember Buang Bayi Ke Sumur Polisi Akan Periksa Keluarga Suami Pelaku

Kasus Ibu Di Jember Buang Bayi Ke Sumur Polisi Akan Periksa Keluarga Suami Pelaku

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 145 hits
FN ibu asal Jember membunuh bayi yang baru berusia satu bulan Dia mengaku tertekan akibat ejekan dari keluarga suaminya Untuk mendalami kasus ini polisi akan memeriksa keluarga besar suami pelaku
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo