Tidur Meniarap Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut


Posisi tidur amat mustahak terutamanya bagi bayi yang masih kecil. Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap?
Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir & langkah keselamatan yang perlu diambil.
Bayi baru lahir, banyak tidur daripada waktu jaga. Dia akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dan hanya akan terjaga apabila tiba waktu lapar untuk menyusu. Ini berlaku kerana bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam.
Pada usia sekecil ini, mereka boleh tidur dengan purata 16 jam sehari, di mana dalam tempoh dua hingga empat jam terus-menerus di antara waktu menyusu!

FAHAMI RUTIN TIDUR BAYI BARU LAHIR
Mama papa perlu tahu bahawa bayi baru lahir tiada ada jadual tidur yang tetap. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan dan lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak dapat tidur nyenyak. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam dan tidak tidur. Mama papa tidak perlu risau pada ganggguan tidur kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Namun sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, maka anda perlu memberi perhatian. Dia mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

POSISI TIDUR
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring.
Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mengalami kecacatan pada bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

TIP KESELAMATAN BAYI DI TEMPAT TIDUR
#1: Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
#2: Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
#3: Jika menggunakan selimut, pastikan kaki bayi berada di penghujung palang katil.

#4: Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya sahaja.
#5: Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
#6: Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut yang boleh menyebankan dia tenggelam.

PASTIKAN TIDUR TERLENTANG
Selain itu, pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika dalam keadaan jaga untuk menggalakkan perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

LANGKAH KESELAMATAN BERKAITAN TEMPAT TIDUR BAYI
Seboleh-bolehnya, elakkan bayi daripada berkongsi katil dengan orang lain kerana ia boleh membahayakan bayi Boleh tempatkan katil/ kot bayi berdekatan dengan katil ibu untuk memudahkan penyusuan susu ibu dan memudahkan ibu untuk menyentuh bayi. Sekiranya anda ingin menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak ditidurkan dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas atau longgar. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan bayi lemas. Katil anda perlu dijauhkan dari dinding atau perabot untuk memastikan bayi tidak mudah tersepit. Orang dewasa dan kanak-kanak selain dari ibu bapa dan bayi tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi untuk mengelakkan risiko bayi tersepit atau tertindih. Ibu atau bapa yang berkongsi tempat tidur dengan bayi perlu dipastikan tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang mungkin akan membahayakan penjagaan bayi.
5 TIP BANTU BAYI TIDUR
Tidurkan bayi bila tiba masa yang sesuai untuk tidur dan sediakan tempat tidur yang selesa dan selamat untuknya. Elakkan memberikan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin apabila bayi dalam waktu tidur. Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap. Pangku bayi sebelum tidur dan letakkan bayi ke atas katilnya sebelum bayi tertidur. Dengan cara ini bayi boleh belajar untuk tidur dengan sendiri tanpa didodoi atau Mainkan muzik/ zikir yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur. Ini boleh membentuk rutin tidur untuknya.
The post Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tidur-meniarap-mengiring-tak-sesuai-untuk-bayi-posisi-terlentang-kurangkan-risiko-kematian-mengejut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Maut Ketika Tidur Meniarap Di Taska

Bayi Maut Ketika Tidur Meniarap Di Taska

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 214 hits
KUALA TERENGGANU Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai lemas ketika meniarap semasa tidur di sebuah taska di daerah ini pagi tadi Arwah Dayangku NurAlya Mariyam Awangku Hazrin ditemui dalam keadaan tertiarap dan wajahny...
Walau Belum Ada Obat Untuk Cacar Monyet Namun Risiko Kematian Sangat Kecil

Walau Belum Ada Obat Untuk Cacar Monyet Namun Risiko Kematian Sangat Kecil

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 230 hits
Kematian bisa saja terjadi kalau pasien tidak mendapat perawatan seperti itu Kematian terjadi jika tidak dilakukan katakanlah pengobatan gejala gejala lainnya serta tindakan cairan tidak terkendali ungkap Kepala Dinas Kesehatan Kepulauan Ri...
Menurunnya Kemampuan Penciuman Pada Manula Jadi Penanda Awal Risiko Kematian

Menurunnya Kemampuan Penciuman Pada Manula Jadi Penanda Awal Risiko Kematian

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 187 hits
Sebuah penelitian mengungkap bahwa orang tua dengan indera penciuman yang menurun memiliki risiko kematian 46 persen lebih tinggi dalam 10 tahun setelah melakukan tes dibanding pada mereka dengan penciuman yang baik baik saja
Gunakan Puting Palsu Untuk Kurangkan Sedu Bayi Suap Bayi Makan Perlahan Lahan Jangan Sampai Dia Mengamuk Meminta

Gunakan Puting Palsu Untuk Kurangkan Sedu Bayi Suap Bayi Makan Perlahan Lahan Jangan Sampai Dia Mengamuk Meminta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 380 hits
Sedu yang berlaku bayi adalah perkara normal Namun begitu adakah terdapat sebarang cara untuk membantu bayi menghilangkan sedu Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut Apakah yang menyebabkan bayi anda mengalami sedu Pita s...
Ibu Tak Payahlah Bawa Bayi Ke Bazar Ramadan Tempat Tak Sesuai Untuk Anak

Ibu Tak Payahlah Bawa Bayi Ke Bazar Ramadan Tempat Tak Sesuai Untuk Anak

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 484 hits
Bawa bayi bersama ke bazar Ramadan bersama memang boleh mengundang bahaya Ibu bapa perlu peka dan berhati hati Membeli belah di bazar Ramadan memang menjadi budaya bagi masyarakat kita Ia sebahagian kemeriahan bagi bulan puasa bagi mendapat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash