Bayi Maut Ketika Tidur Meniarap Di Taska


KUALA TERENGGANU – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai lemas ketika meniarap semasa tidur, di sebuah taska di daerah ini, pagi tadi.
Arwah, Dayangku NurAlya Mariyam Awangku Hazrin, ditemui dalam keadaan tertiarap dan wajahnya kebiruan tidak sedarkan diri oleh petugas taska sebelum menghubungi ibunya, Syahirah Mhd Ali, 31, kira-kira jam 10 pagi.
Sejurus dimaklumkan kejadian itu, ibu arwah yang juga penjawat awam bergegas ke taska berkenaan sebelum mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu dalam keadaan lemah dan tak bermaya.
Arwah seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk rawatan selanjutnya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi.
Sementara itu, Syahirah berkata, dia langsung tidak salahkan pihak taska atau mana-mana pihak bertanggungjawab kerana tahu insiden berlaku bukan disebabkan kecuaian sesiapa.
“Arwah yang dilahirkan pada 13 Januari lalu sebenarnya baru belajar meniarap dan mungkin semasa dia sedang cuba meniarap, tiada petugas di situ.
“Saya difahamkan dia sedang tidur semasa ditinggalkan oleh guru taska menjaganya dan mungkin sepanjang tempoh itu, dia cuba meniarap,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HSNZ, di sini.
Syahirah berkata, meskipun dia kehilangan arwah pada hari lahir suaminya, Awangku Hazrin Awangku Hidup yang ke 34, tetapi dia reda dan menerima ujian ini sebagai ketentuan dari-Nya.
“Saya tetap bersyukur kerana ALLAH sudi pinjamkan anak syurga ini kepada kami sekeluarga walaupun hanya empat bulan.
“Saya terima dan reda dengan ujian ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini,” katanya dalam nada sebak.
Syahirah enggan anaknya dibedah siasat kerana tidak mahu mayat terseksa selain berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan taska berkenaan.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini.
Selain arwah, pasangan itu memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan, Dayangku Nur Hawa Marisa Awangku Hazrin, dua tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian tersebut.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/bayi-maut-ketika-tidur-meniarap-di-taska.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Meniarap Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

Tidur Meniarap Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 623 hits
Posisi tidur amat mustahak terutamanya bagi bayi yang masih kecil Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir langkah keselamatan yang perlu diambil Bayi baru lahi...
Anak Maut Ibu Bapa Kritikal Akibat Keracunan Gas Beracun Ketika Tidur Dalam Kereta

Anak Maut Ibu Bapa Kritikal Akibat Keracunan Gas Beracun Ketika Tidur Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 600 hits
The ReporterPenduduk di sekitar Masjid At Taqwa Kecamatan Salo Kabupaten Kampar Riau Indonesia digemparkan dengan penemuan dua orang dewasa yang tidak sedarkan diri dan seorang lagi telah meninggal dunia dalam sebuah kereta Toyota Innova Da...
Bayi 8 Bulan Maut Digilis Treler Selepas Walkernya Meluncur Ke Tengah Jalan

Bayi 8 Bulan Maut Digilis Treler Selepas Walkernya Meluncur Ke Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 537 hits
The ReporterSeorang bayi yang baru berusia lapan bulan maut digilis sebuah treler apabila walker yang dinaikinya meluncur ke tengah jalan Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Soi Suksawat 84 Thailand Difahamkan keadaan struktur jalan yan...
Kanak Kanak Maut Terbelit Langsir Ketika Bermain

Kanak Kanak Maut Terbelit Langsir Ketika Bermain

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 494 hits
Foto oleh Kosmo OnlineSeorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai akibat terbelit kain pengikat langsir di leher ketika bermain dengan adik adiknya di rumahnya di Taman Belimbing di Jitra Kedah semalam Loading Dalam kejadian...
Bayi 8 Bulan Naik Walker Terlepas Ke Luar Pagar Rumah Maut Digilis Treler

Bayi 8 Bulan Naik Walker Terlepas Ke Luar Pagar Rumah Maut Digilis Treler

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 469 hits
Penggunaan walker pada bayi perlu di pantau Kealpaan sesaat boleh mengundang bahaya hingga boleh menyebabkan kemalangan Kes bayi dengan walker terlepas ke atas jalan ini wajar dijadikan pengajaran Dalam kes yang terjadi di Soi Suksawat Thai...
Murid Tahun 4 Maut Dilanggar Motorsikal Ketika Ke Surau

Murid Tahun 4 Maut Dilanggar Motorsikal Ketika Ke Surau

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 419 hits
PARIT Seorang murid Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah di sini maut selepas dia dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan ke surau di Jalan Haji Wahab Kampung Ekor Lambat di sini lewat petang tadi Dalam kejadian kira kira pada pukul 6 ...
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

The History Of Electricity From Discovery To Modern Power

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun

Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Denny Caknan Feat Bella Bonita Sinarengan Chord

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina