Tidur Lena Dengan Bantal Latex Dari Naturenite
Assalamualaikum. Tidur yang cukup dan lena adalah sangat-sangat penting untuk kita dapatkan kehidupan yang berkualiti. Yelah, kalau tidur tak cukup, hari esoknya pasti kita kurang produktif dan tak bersemangat. Bantal adalah adalah satu keperluan utama untuk anda tidur lena. Macam Ayue dan Qaayed, kami memang pentingkan bantal yang berkualiti supaya tidur malam kami lena dibuai mimpi. Hehe.
Pemilihan bantal yang tak sesuai akan membuatkan anda tak tidur lena dan sakit leher betul tak? Bangun-bangun pagi je sakit leher. Haa, tu maksudnya bantal anda tak sesuia dengan anda lah tu. Boleh dah mula cari bantal yang lebih bagus untuk anda.
Untuk Ayue sekeluarga, kami guna bantal dari Naturenite. Bantal ni bantal LATEX. Untuk anda yang tidak tahu, bantal latex ni ada banyak kelebihan dia.
Antaranya :
100% bahan semulajadi
Diperbuat daripada lateks semulajadi, bantal ini sesuai untuk penghidap alahan, kerana ia adalah antibakteria, acuan-bukti, dan tahan terhadap tungau debu.
Tahan lama
Bantal getah standard ini mampu bertahan lama dan akan mengekalkan lotengnya (ketinggian bantal kerana ia meletakkan rata di atas katil) sepanjang malam, tanpa perlu berbulu
Breathability
Direka dengan lubang pengudaraan, haba badan akan hilang dengan cepat. Anda tidak perlu flip bantal di tengah-tengah tidur anda. Ideal untuk tidur sensitif yang ingin mengelakkan terlalu panas pada waktu malam .
Untuk bantal, Naturenite ada 2 pilihan yang anda boleh pilih. Ergonomic Contour Latex Pillow atau Classic Latex Pillow. Ayue ni old school sikit, jadi Ayue pilih Classic Pillow. Bentuk bantal lateks klasik ini adalah yang paling biasa digunakan dan popular kerana ia sesuai dengan semua saiz katil. Sesuai untuk orang yang bersaiz sederhana.
Tadaa! Ni lah dia Classic Latex Pillow Ayue. Datang dalam kotak kecil saja. Anda perlu buka untuk dapatkan size bantal yang sebenar. Cara nak buka dia senang je.
Buka kotak dan potong sedikit pada hujung bungkusan plastik yang mengandungi bantal.Keluarkan bantal dari bungkusan dan biarkan ia berkembang secara semula jadi.Perlahan-lahan rollkan bantal ke belakang dan sebagainya beberapa kali dan letakkannya selama 24 jam untuk pengembanganDah dapat dah bantal tidur anda. Jangan potong dengan pisau pula tau. Nanti terpotong bantal pula
Cara nak cuci bantal ni pun senang saja. Bantal tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dan pengering.Jenis bantal ini hanya perlu dibasuh tangan dan tidak boleh meregangkan, memutarnya.Bantal ini mengandungi ciri-ciri anti-mikrob semulajadi, jadi tiada pendedahan kepada cahaya matahari diperlukan. Getah semulajadi tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari langsung kerana sinar UV akan mengoksidakan bahan yang menyebabkan kerosakan dan kemerosotan kepada kualiti tidur yang sepatutnya disediakan.Untuk membersihkan bantal, sekiranya ia menjadi kotor, gunakan tuala bersih yang direndam dengan air atau campuran pencuci ringan. Selepas membersihkan, letakkan tuala kering di kedua-dua belah bantal dan tekan kelembapan berlebihan jika ada. Biarkan ia kering di permukaan rata dan jauh dari cahaya matahari secara langsung.
Apa yang membuatkan Naturenite Latex Pillow ni istimewa adalah dia ada natural bouncy feel of latex pillow dan menawarkan keselesaan maksimum dengan mengekalkan kepala dan leher anda sejajar, melegakan sakit dan sakit. Malah Naturenite juga mempunyai rekabentuk pinholes yang unik, yang akan meningkatkan dan menyediakan aliran udara maksimum.
Untuk Classic Latex Pillow, ini adalah pilihan size yang ada:
Ayue pilih size Kid untuk Qaayed dan size Queen untuk Ayue dan suami. Setiap size bantal tu pun memainkan peranan yang penting tau untuk tidur yang lena. Macam Ayue dan suami memang suka tidur mengiring dan terlentang. Sebab tu Ayue pilih size Queen. Kalau anda tak tahu macam mana nak pilih size bantal, ni Ayue ada senaraikan dibawah.
Kedudukan Tidur dan Pilihan Ketinggian Bantal
Back Sleeper (Tidur terlentang)
Memerlukan bantal yang lebih tipis yang membantu memegang kepala mereka sejajar dengan bahu mereka. Sekiranya kepala anda terlalu rendah, ia akan menyebabkan ketegangan di atas leher dan upper back, dan jika ia diangkat terlalu tinggi, ia akan memampatkan vertebra anda dan menjejaskan bahagian belakang anda juga
Stomach Sleeper (Tidur meniarap)
Thinner pillows adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Tips penting semasa memilih bantal adalah pilih bantal yang tidak mengangkat kepala melebihi paras bahu anda untuk mengelakkan ia memberi tekanan kepada tulang belakang anda.
Side Sleeper (Tidur mengiring)
Apabila memilih bantal untuk Side Sleeper, anda perlu mencari pilihan sokongan yang lebih tebal yang membantu memegang kepala anda walaupun di antara bahu anda dan juga mengisi jurang di antara kepala dan bahu anda untuk membolehkan leher anda berehat
Ok dah faham dah kenapa anda perlu pilih size bantal yang sesuai? Jom lah tukar bantal anda dengan Naturenite Latex Pillow ni. Mereka tengah ada promosi tau. Harga sebiji bantal Latex ni hanya RM149 saja. Harga yang sangat berpatutan. Anda boleh cuba 30hari dulu, jalau anda tak suka, anda boleh pulangkan kembali dalam masa 30 hari. Tapi percayalah, anda mesti suka punya lah bila dah pakai bantal Naturenite Latex ni. Dan yang paling penting, bantal Naturenite Latex ni ada warranty 3 tahun.
Cepat-cepat beli ok? Jangan lupa guna code "AYU" untuk dapatkan diskaun 25% lagi dari harga promo tu. Aduh, dah murah, murah lagi pula tu. Tapi boleh guna sekali je ok? Ajak lah adik kakak abang semua beli. Hehe
Untuk maklumat lanjut boleh layari : https://naturenite.com
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2019/07/tidur-lena-dengan-bantal-latex-dari.html