Tidur Lebih Nyenyak 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang


Tidur Lebih Nyenyak, 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang
Dalam dunia serba sibuk hari ini, ramai yang bergelut untuk mendapatkan rehat yang cukup. Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan fizikal serta mental.
Tekanan kerja, penggunaan gajet hingga lewat malam, dan gaya hidup tidak seimbang sering menjadi punca tidur terganggu.
Akibatnya, anda akan sukar untuk fokus, emosi mudah terganggu, dan rasa letih pada keesokan hari.
Tidur yang tidak berkualiti bukan saja akan menjejaskan tenaga, namun juga menggangu sistem imun, metabolisme dan kesihatan jantung.
Maka, penting untuk bantu tubuh kita bertenang agar tidak berhadapan dengan masalah sukar tidur.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan minum beberapa jenis minuman. Justeru, hari ini SK akan kongsikan lima minuman yang membantu tubuh jadi lebih relaks, menurut The Healthy.
Jika anda sukar lelap atau sering terjaga tengah malam, mungkin sudah tiba masanya anda cuba untuk amalkan.
1. Smothie pisang dengan tambahan magnesium
Menurut The Healthy, magnesium boleh membantu merehatkan otot.
“Ia dapat membantu anda tidur dengan lebih lena dan berkualiti,” jelas jurucakap bagi Academy of Nutrition and Dietetics, yang juga merupakan pakar pemakanan berdaftar, Debbie Petitpain.
Beliau menjelaskan bahawa cara terbaik untuk menikmatinya ialah dengan mencampurkan magnesium ke dalam smoothie pisang. Ini kerana pisang sendiri merupakan sumber semula jadi magnesium.
Dicadangkan untuk kisar satu cawan susu badam tanpa guka bersama setengah bihi pisang dan sedikit serbuk kayu manis.
Campuran ini boleh membekalkan kira-kira 10% daripada keperluan harian magnesium, selain mengandungi tryptophan, kalium dan vitamin B6.
Minum segelas satu hingga dua jam sebelum waktu tidur untuk hasil yang optimum.
2. Teh chamomile

Teh chamomile memang terkenal dengan kesan menenangkan selepas diminum.
“Chamomile mengandungi apigenin, sejenis sebatian tumbuhan yang boleh melekat pada reseptor tertentu dalam otak dan membantuk mengurangkan keresahan serta menggalakkan rasa tenang,” jelas seorang pakar diet berdaftar dan penulis buku From Burnout to Balance, Patricia Bannan.
Satu kajian semakan sistematik dan meta-analisis terhadap bebreapa ujian klinikal yang diterbitkan dalam Complementary Therapies in Medicine pada tahun 2024 juga mendapati bahawa kamomil boleh memberi sedikit peningkatan terhadap kualiti tidur.
Cara minumnya ialah dengan merendam satu uncang teh chamomile dalam secawan air panas selama lima minit. Minum satu jam sebelum waktu tidur.
Namun, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau pakar diet berdaftar terlebih dahulu sebelum mengamalkan minuman herba secara berkala.
3. Teh daun kemangi
Menurut Petitpain, teh daun kemangi boleh membantu menurunkan paras kortisol (hormon utama berkaitan dengan tekanan).
“Minum sesuautu yang suam boleh mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (sistem “rehat dan hadam”), membantu menurunkan kadar degupan jantung dan mempersiapkan tubuh untuk berehat,” jelasnya.
Untuk meminumnya, rendam satu uncang teh daun kemangi dalam secawan air panas selama sepuluh minit lalu minum perlahan-lahan kira-kira satu jam sebelum waktu tidur.
4. Jus ceri masam
Menurut The Healthy, buah ceri masam secara semula jadi mengandungi melatonin, iaitu hormon yang membantu mengawal kitaran tidur seseorang.
Bannan menjelaskan yang beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa jus ceri masam dapat meningkatkan kualiti tidur serta membantu seseorang tidur lebih lama pada waktu malam.
Beliau juga menyarankan untuk minum kira-kira 150 milimiter (lebih kurang 5 auns) jus ceri masam 100% tanpa gula satu hingga dua jam sebelum tidur.
Boleh juga cuba versi sleepy girl mocktail dengan mencampurkan sesetengah cawan jus ceri masam 100% bersama satu sudu besar serbuk magnesium dan sedikit air berkarbonat atau minuman prebiotic soda.
5. Air kosong
Petitpain turut menjelaskan yang air kosong juga penting untuk membantu tidur yang lebih lena. Ia boleh mencegah masalah mulut kering, kekejangan otot, dan sakit kepala.
Semua ini boleh mengganggu tidur atau membuatkan seseorang sukar untuk kembali tidur semula selepas terjaga.
Oleh itu, dinasihatkan untuk minum sehingga satu cawan air kira-kira sejam sebelum waktu tidur. Anda boleh memilih untuk minum air suam atau sejuk, dengan atau tanpa hirisan lemon mengikut keselesaan.
BACA: Kajian Dedah 5 Jenis Minuman Yang Bantu Kurangkan Kolesterol Jahat
Sumber: The Healthy
The post Tidur Lebih Nyenyak, 5 Minuman Ini Boleh Buat Badan Rasa Lebih Tenang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/18/tidur-lebih-nyenyak-5-minuman-ini-boleh-buat-badan-rasa-lebih-tenang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Ramuan Minuman Herbal Penurun Berat Badan Yang Efektif Aman Untuk Perut Lebih Ramping

8 Ramuan Minuman Herbal Penurun Berat Badan Yang Efektif Aman Untuk Perut Lebih Ramping

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 144 hits
Minuman herbal penurun berat badan bisa jadi solusi pendamping diet sehat untuk membantu mengontrol nafsu makan melancarkan metabolisme dan membuat perut terasa lebih ringan dengan cara alami
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 166 hits
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan Selepas beriadah dan bersukan pilihan minuman sebenarnya memainkan peranan penting Rasa penat yang menekan dada badan yang lesu dan kepala yang sedikit berdenyut memb...
Rtm Boleh Buat Lebih Baik Tapi Pilih Jalan Ini

Rtm Boleh Buat Lebih Baik Tapi Pilih Jalan Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 142 hits
Malaysia berbangga dengan industri animasi Malaysia yang berkembang pesat Malah karya oleh studio studio animasi Malaysia juga amat popular di rantau ASEAN sehingga peringkat antarabangsa Namun malangnya apabila menonton klip video lagu 821...
Hiburan Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar Bila Nak Baring Sebelah Dia Rasa Nak Termuntah

Hiburan Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar Bila Nak Baring Sebelah Dia Rasa Nak Termuntah

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 217 hits
Seorang wanita menzahirkan rasa sedih apabila pengorbanannya selama ini menjaga ibu mentua dibalas tuba oleh si suami Menurut kisah wanita itu yang diambil dari satu group suaminya ada menegur bau badan yang didakwa busuk gara gara tugas ha...
Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat

Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 202 hits
Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat Umum ketahui makanan merupakan sumber asas yang memastikan tubuh kita mampu berfungsi dengan baik setiap hari Sejak kecil kita diajar bahawa makan pada waktu yang t...
Bagaimana Printing Custom Boleh Bantu Bisnes Anda Kelihatan Lebih Eksklusif

Bagaimana Printing Custom Boleh Bantu Bisnes Anda Kelihatan Lebih Eksklusif

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 186 hits
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif penampilan jenama memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan Salah satu cara paling berkesan untuk menaikkan imej jenama anda ialah melalui printing custom iaitu proses cetakan...
Tidur Lebih Lena Dengan Origin Mattress

Tidur Lebih Lena Dengan Origin Mattress

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 189 hits
Salam Hai Dah lama sebenarnya Nova cari tilam yang betul betul ngam dengan katil IKEA queen size bilik Nova Itulah masalahnya bila beli tilam jenama lain saiz dia tak masuk elok sebab tak ikut standard dia dah pula ada ruang hujung kaki kat...
Korang Tak Boleh Keluar Rumah Tanpa Apa

Korang Tak Boleh Keluar Rumah Tanpa Apa

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum SA suka dengar every day x pernah failed memang on SuriaFM je walau DJ nyer yang best dah ramai yang xde dengar je la sebab banyak yang diorang putar so untuk Morning Morning Suria 2 minggu lepas ada segmen dengan pendengar ...
Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 273 hits
Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan 2025 Ramai rakyat Malaysia suka tengok barang unik dan berkualiti di Amazon tapi persoalan biasa yang selalu timbul Boleh ke barang ni dihantar ke Malaysia Jawapannya Ya banyak produ...
30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surah Al Qasas Rumi Terjemahan Audio Lengkap 88 Ayat

Tak Contact Sebab Malas Nak Ganggu Privacy

Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History