


Selain dari bantal untuk tidur dirumah terdapat juga bantal untuk korang bawa mengembara atau untuk pergi bercuti. Getha Travel Latex Pillow merupakan bantal 100% asli dari latex. Reka bentuk mudah alih yang hebat dari GETHA Travel Latex Pillow membolehkan korang menikmati Lateks Semulajadi di mana sahaja korang pergi.Korang yang suka mengembara atau bercuti kini tak perlu risau kerana bantal ini mudah untuk dimasukkan dalam beg pakaian dan ianya sangat ringan. Ianya tidak memerlukan ruang yang luas dan sangat flexsible untuk kegunaan ramai.
Di Getha korang juga boleh mendapatkan produk lain seperti alas tilam kalis air dan juga lilin kecil untuk membakar minyak aromaterapi. Kiranya Getha ini ibarat seperti syurga untuk bilik tidur korang. Cik Nor juga memilih H2O Waterproof Mattress Protector untuk melindungi tilam dari kebocoran yang tidak diduga. H2O Waterproof Mattress Protector adalah alas tambahan yang baik untuk membantu melindungi tilam korang daripada tumpahan dan kemalangan yang tidak diduga serta untuk memastikan jangka hayat tilam korang lebih lama. Ia juga memberikan rasa mewah dan menyejukkan kulit korang untuk memberikan keselesaan dan kedamaian.ketika berehat. Dengan adanya alas tambahan ini korang bolehlah berehat dengan lebih selesa dengan persekitaran yang bersih diatas tilam korang. Alas pelindung ini disyorkan kepada mereka yang mempunyai anak kecil untuk mengelakan kebocoran. Cik Nor guna ni untuk mengelakan kebocoran ketika datang bulan.heheCara penjagaan alas tambahan ini sungguh mudah, cuma lap dan keringkan dengan segera tempat tumpahan atau kebocoran. Ia boleh dibasuh dengan tangan atau menggunakan mesin secara lembut.
Pilihan terakhir Cik Nor di Getha ialah Tea Light Candle. Tea Light Candle merupakan Oriental Secret Natural Tea Light Candle yang direka untuk menyerikan lagi bilik tidur korang.. Lilin tanpa wangi ini terbuat dari 100% Palm Wax dan Pure Cotton Wicks. Gabungan tersebut membakar bebas tanpa toksik, bersih dan terang. Naikkan suasana bilik korang dengan Lilin Cahaya Teh dan ciptakan suasana yang hangat dan nyaman tanpa memakan asap berbahaya atau jelaga hitam jahat yang berkaitan dengan Paraffin Wax.Kelebihan lilin ini ialah : - Bebas Parafin - Tidak Beracun- Pembakaran Bersih- Mesra Alam- Tidak berbau- 100% Semulajadi
Arahan penggunaan:Nyalakan satu cahaya teh hingga 4 jam cahaya lilin lembut.Boleh juga digunakan untuk Diffuser Burner.Serikan bilik tidur korang dengan produk-produk semulajadi untuk menjamin kesihatan dan kualiti hidup yang berpanjangan. Untuk maklumat lanjut tentang produk Getha korang boleh lawati :Laman Web : https://shop.getha.com.my/|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |