Benarkah Pemilihan Bantal Yang Betul Membantu Anda Tidur Lena


Benarkah Pemilihan Bantal Yang Betul Membantu Anda Tidur Lena ? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sha perasan kini makin ramai yang mula mengambil berat tentang kesihatan diri. Sha sendiri pun selepas aktiviti riadah dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini telah mengambil langkah meneruskan aktiviti berbasikal bersama suami. Selain bersukan kardio kami juga kembali mula mengamalkan pemakanan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan dan kecergasan lebih terjaga. Tetapi dalam menjalani hidup sihat dalam diet juga kita perlu tahu bahawa ada satu faktor yang membantu dalam kejayaan sesuatu diet adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi. Oleh itu bagi mendapatkan tidur yang lena selain memastikan waktu tidur dan tempoh yang betul, keadaan atau persekitaran tempat tidur kita perlulah juga dititikberatkan. Tempat tidur pastinya berkaitan dengan tilam dan bantal yang diguna pakai dan Sha percaya semua orang akan ada pilihan jenis bantal yang betul untuk keselesaan semasa tidur



4 Tips Memilih Bantal Yang Betul
1. Material Isian Bantal
Terdapat beberapa jenis isian bantal yang ada dipasaran. Pastikan korang memeriksa terlebih dahulu label yang ada supaya ianya sesuai dengan diri masing-masing. Setiap orang pasti berbeza pilihan sama ada korang lebih suka bantal lembut boleh memilih kekabu manakala jika sukakan bantal pejal boleh memilih bantal jenis foam

2. Bentuk Bantal
Bentuk atau struktur bantal juga memainkan peranan, sebab itu kini terdapat pelbagai pilihan bentuk bantal bagi memenuhi keperluan setiap orang yang berbeza


3. Sesuai dengan Posisi Tidur
Jika korang biasa tidur secara terlentang, bantal yang sesuai untuk korang haruslah tidak terlalu keras dan tidak terlalu tinggi. Semasa tidur, leher perlu disokong, manakala kepala pula seharusnya selari dan sama tinggi dengan bahagian atas belakang (upper back) dan tulang belakang. Jika korang suka tidur mengiring, bantal yang sesuai untuk anda perlu mesra dengan kontur (bentuk) leher anda. Tak salah jika cerewet dalam pemilihan bantal sebab kesannya baik untuk membantu kita tidur lebih lena

4. Saiz Bantal Yang Sesuai
Bantal boleh didapati dalam pelbagai saiz. Banyak bantal sekarang disertakan ukuran bagi memudahkan pengguna. Sebelum ini Sha banyak beli bantal iku suka yang berkenan sahaja, tak ambil kira sesuai atau tidak dengan saiz tubuh badan. Serius kalau salah bantal memang ada saja tak kena, kena tambah bantal la sampai kadang-kadang terpaksa berbantalkan lengan sendiri

Misi Mendapatkan Bantal Yang Betul
Pemilihan bantal yang betul juga dapat membantu kita tidur dalam posisi yang betul sekali gus tak ada lagi kes sakit leher, sakit belakang atau salah bantal. Tambah pula aktiviti berbasikal juga memberi tekanan pada bahagian belakang jadi Sha memerlukan bantal yang betul untuk lebih selesa dan lena. Oleh kerana mahukan bantal yang terbaik kenalah rajin mencari kan? Jadi kita cari yang memang pakar dalam penyediaan kelengkapan dalam bilik tidur. Akhirnya Sha dipertemukan dengan Bantal Latex GETHA 100%. Di sini Sha memilih dua jenis bantal yang sesuai untuk keperluan Sha iaitu GETHA Massage Latex Pillow dan GETHA Aroma Latex Pillow. Apakah ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada GETHA 100% Natural Latex

Ciri dan Kelebihan GETHA 100% Natural Latex :
• Mempunyai ratusan lubang membuatkan sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar yang berterusan. Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur anda, memberikan anda kesegaran dan keselesaan

• Tahan lama dan direka untuk keselesaan terbaik, produk GETHA 100% Natural Latex tidak akan leper, tidak perlu menggosok dan mengekalkan bentuknya selama bertahun-tahun sokongan yang berterusan

• Dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan. GETHA 100% Natural Latex mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang menentang tungau, debu dan alergen lain, serta tahan terhadap kulat

• GETHA 100% Natural Latex diuji dan diluluskan daripada bahan berbahaya mengikut keperluan ECO Eropah. Ia tidak beracun, secara semula jadi hypoallergenic dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma

• GETHA 100% Natural Latex secara semula jadi sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang. Sokongan melembutkan titik tekanan dan secara dramatik dapat mengurangkan gangguan tidur

• Direka dan dibentuk khas, GETHA 100% Natural Latex diperbuat dari sumber semula jadi bumi - pokok getah, dan dihasilkan mengikut standard yang tepat dan mesra alam

GETHA Massage Latex Pillow Mengurut Mengurangkan Keletihan Akibat Aktiviti Siang Hari
Rutin harian yang penuh sepanjang hari membuatkan Sha memerlukan rehat dan tidur yang cukup di malam hari. Bangun pagi menguruskan anak-anak untuk ke sekolah, kemudian bergerak ke tempat kerja. Waktu petang selepas balik kerja pula curi masa berbasikal bersama suami agak memenatkan



Bentuk lekuk pada GETHA Massage Pillow dapat menyokong leher dengan baik ketika tidur. Massage Pillow sesuai untuk korang suka tidur mengiring.


GETHA Aroma Latex PillowSelain bentuk bantal yang betul, ramai orang menggunakan terapi aroma untuk tidur lena. Dengan pengalaman dan kepakaran GETHA telah mengeluarkan Aroma Latex Pillow untuk menemani tidur korang


Bentuk dan material bantal ini menyokong kedudukan anatomi kepala, leher dan bahu korang ketika tidur. Sesuai untuk semua peringkat umur dan kepada pengguna yang tidur dengan keadaan terlentang. Mengikut saiz Aroma Latex Pillow, ianya sesuai untuk korang yang bertubuh kecil.




Untuk pelbagai pilihan bantal yang sesuai dengan cara tidur, keperluan kesihatan korang tak salah jika sedikit cerewet demi memastikan tidur kita lebih berkualiti. Lain bantal lain bentuk, lain empuk dan gebunya jadi semuanya ada pada diri korang mahu pilih yang mana satu. Jika korang sedang mencari bantal berkualiti korang boleh melayari GETHA MALAYSIA kerana di sana korang boleh mendapatkan pelbagai jenis bantal dengan pelbagai fungsi dan juga lain-lain keperluan teman tidur korang.

Website GETHA : https://shop.getha.com.my/Facebook : GETHAInstagram : @gethabedding

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/07/pemilihan-bantal-yang-betul-membantu-anda-tidur-lena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pentingnya Mendapat Tidur Yang Berkualiti Dengan Pemilihan Bantal Yang Betul

Pentingnya Mendapat Tidur Yang Berkualiti Dengan Pemilihan Bantal Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 420 hits
Pentingnya mendapat tidur yang berkualiti dengan pemilihan bantal yang betul Semenjak bermulanya PKP akak dah mula bekerja dari rumah Kalau nak ikutkan bekerja dari rumah ni dah menjadi idaman dan igauan sejak sekian lama tapi bukan dalam k...
Lepas Anak Lahir Isteri Akan Hilang Nikmat Tidur Lena Selama 6 Tahun

Lepas Anak Lahir Isteri Akan Hilang Nikmat Tidur Lena Selama 6 Tahun

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 310 hits
Keseronokan menyambut kelahiran bayi dalam sebuah rumah tangga akan mengubah 360 kehidupan pasangan suami isteri Dalam seronok dan bahagia mendengar suara tangisan dan menatap wajah comel si kecil ada banyak cabaran lain yang mungkin member...
Tidur Berkualiti Dengan Bantal Getha

Tidur Berkualiti Dengan Bantal Getha

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum Setiap orang sudah semestinya mahukan tidur berkualiti setiap malam terutama mereka yang penat bekerja disiang hari Tidur yang berkualiti setiap malam menjamin seseorang akan lebih ceria dan berkeyakinan untuk memulakan hari...
Selain Susu 7 Makanan Ini Terbukti Berkesan Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah

Selain Susu 7 Makanan Ini Terbukti Berkesan Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 403 hits
Tidak dinafikan bahawa rutin tidur yang teratur merupakan proses penting untuk menggalakkan perkembangan otak si manja Namun kebanyakan ibu ayah mengalami kesukaran untuk menidurkan anak sehingga terpaksa berjaga pada waktu malam Apakah tip...
Anak Kerap Gesel Gigi Ketika Tidur Petanda Stres Jika Dibiarkan Boleh Menyebabkan Masalah Lain

Anak Kerap Gesel Gigi Ketika Tidur Petanda Stres Jika Dibiarkan Boleh Menyebabkan Masalah Lain

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 394 hits
Ketika sedang nyenyak melelapkan mata tidur ibu ayah mungkin akan terganggu dengan bunyi bunyian gertakan atau geselan gigi yang dialami oleh anak masih kecil Masalah gigi ini bukanlah sesuatu tabiat selamat kerana ia memberikan petanda tid...
1 Aidiladha Tidur

1 Aidiladha Tidur

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Nak cerita balik alkisah semasa hari raya haji baru baru ni sebenarnya tak ada nak cerita sangat pun cuma saja nak berkongsiKK lepas Jumaat terus tidur hahaha pagi tu tak ada orang pun datang rumah cuma...
Fadhilat Baca Surah Al Kafirun Sebelum Tidur

Fadhilat Baca Surah Al Kafirun Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 249 hits
SOALAN Adakah benar membaca surah Qul ya ayuhal kafirun masa kita nak tidur terpelihara dari syirik Ia hadith atau bukan hadith Terima kasih ustaz JAWAPAN Memang benar amalan membaca ketika hendak tidur akan surah Al Kafirun akan terpelihar...
Dikira Tidur Seorang Pria Di Sragen Ternyata Tak Sadarkan Diri Berjam Jam Di Masjid Warga Cemas Terpapar Corona

Dikira Tidur Seorang Pria Di Sragen Ternyata Tak Sadarkan Diri Berjam Jam Di Masjid Warga Cemas Terpapar Corona

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 239 hits
Seorang pria paruh baya ditemukan tergeletak tak sadarkan diri di Masjid Ar Rohman Nglangon Karang Tengah Sragen Sabtu malam Kejadian itu membuat warga sekitar ketakutan dan tak ada yang berani mendekat Pasalnya saat ditemukan pria itu dala...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023