SHAH ALAM – Kerajaan perlu memberi pertimbangan sewajarnya dari segi masa pembelajaran subjek agama Islam di sekolah kebangsaan supaya tujuan sebenar pengajaran Islam benar-benar tercapai.Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, pihaknya berharap agar kerajaan memberikan masa yang mencukupi bagi tujuan itu.Katanya, PIBGN menyambut baik penambahbaikan kurikulum, tetapi berpandangan adalah tidak wajar untuk menyalahkan subjek agama yang diberi tumpuan di sekolah kebangsaan.“Saya rasa tidak boleh disalahkan sebegitu. Walau apa pun, kalau didapati benar bahawa tumpuan yang lebih kepada pengajian agama (Islam) itu, berikanlah masa yang berpatutan, optimum dan mencukupi, saya rasa tiada masalah.“Tapi janganlah nanti (bila) ruang atau masa pelajaran agama dikecilkan, nanti tak berkesan langsung pengajian agama (kepada murid-murid). Kita harapkan ruang masa untuk sukatan pelajaran agama yang dikecilkan nanti tidak lari daripada pengajian asalnya. Namun jika ia tidak menepati tujuan asal (pengajaran), kita tak setuju,” katanya kepada Sinar Harian.Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kurikulum sekolah kebangsaan akan dirombak bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang berguna dan tidak tertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata.Dr Mahathir berkata, ia penting supaya rakyat Malaysia boleh maju dalam setiap bidang.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |