Tidak Terkesan 9110






Sunday, February 03, 2019Tak Kisah Artikel Sarawak Report Tak Diturunkan. - T/Presiden PASTuan Ibrahim artikel berkenaan tidak akan mendatangkan kesan terhadap perjuangan Pas kerana sudah terbukti bahawa tuduhan itu bersifat fitnah semata-mata. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Pas menegaskan parti itu tidak berdepan masalah walaupun artikel Sarawak Report berhubung penerimaan dana RM90 juta tidak diturunkan daripada portal berkenaan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana setelah bertahun-tahun berita itu disebarkan, blok pembangkang yang kini merupakan kerajaan gagal memberikan sebarang bukti Pas menerima dana tersebut.
Oleh itu katanya, artikel berkenaan tidak akan mendatangkan kesan terhadap perjuangan Pas kerana sudah terbukti bahawa tuduhan itu bersifat fitnah semata-mata.
“Turun (artikel) atau tidak pun, orang ramai dah baca. Sudah bertahun-tahun berita itu. Tidak ada kesan kerana semua orang sudah tahu. Bagi kita ia memang bohong dan fitnah. “Di peringkat Parlimen juga kita minta bukti daripada DAP tetapi sehingga ke hari ini tiada dokumen yang menyokong tuduhan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kenyataan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang tidak menurunkan artikel berkenaan walaupun kes diselesaikan di luar mahkamah. 
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap Clare di luar mahkamah dan Clare turut menarik balik Tuntutan Balas terhadap Ahli Parlimen Marang itu. 
Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian tersebut. 
Ditanya mengenai mengapa tidak diteruskan saman berkenaan kerana ia merupakan langkah terbaik untuk membersihkan nama Pas, Tuan Ibrahim menegaskan, laporan itu sudah terbukti fitnah dan andai diteruskan ia akan melibatkan kos yang tinggi. 
“Saya difahamkan mereka sudah mendapat persetujuan bersama. Bagi parti, kita sambut baik keputusan Presiden. Kalau diteruskan, kos akan makan berjuta-juta. Baik kita manfaatkan kos itu kepada benda yang lebih baik. 
“Lagipun, kalau kita lihat keputusan PRU14 dahulu, Kelantan kita kekal dan kita dapat Terengganu. Ia membuktikan bahawa berita fitnah itu tidak mempengaruhi pengundi,” katanya. (SH)
Ibnu Hasyim: Tak Kisah Artikel Sarawak Report Tak Diturunkan. - T/Presiden PAS

Tuesday, 29 January 2019Palestin Julang Malaysia Sebagai Wira. Malaysia berpendirian untuk mengutuk negara Israel tetapi tidak anti-Yahudi atau anti-Semitik, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad."Malaysia tidak anti-Yahudi atau anti-Semitik. Orang Arab juga adalah orang Semitik. Tetapi kami berhak untuk mengutuk tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan menindas di mana-mana pun juga, oleh sesiapa sahaja. 
"Kami telah mengutuk Myanmar kerana layanan terhadap orang Rohingya. Kami telah mengkritik banyak negara dan orang kerana tindakan tidak berperi kemanusiaan," katanya dalam suatu hantaran terbaru di blognya.
Orang Semitik merujuk kepada kumpulan etnik, budaya atau ras yang berkongsi akar bahasa yang sama di timur tengah, termasuklah Yahudi dan Arab.
Dr Mahathir menjelaskan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel yang ditanggapinya sebagai negara penjenayah dan memang patut dikutuk.
"Kami tahu sokongan yang kuat kepada Israel. Kami tidak dapat bertindak terhadap Israel tanpa enggan mengiktiraf negara itu.
"Kami kekal berpendirian memiliki hak untuk melarang warga Israel dari masuk ke nagara kami," tulisnya lagi.
Perdana menteri juga merayu pihak yang bersimpati dengan perjuangan Palestin untuk turut sama mengutuk Israel.
"Saya merayu pihak yang bersimpati dengan perjuangan Palestin untuk menyuarakan kutukan mereka.
"Keganasan bukanlah jawapan. Suatu strategi yang teratur diperlukan bagi membawa keadilan kepada rakyat Palestin," katanya lagi. - malaysiakini
Addin: Palestin Julang Malaysia Sebagai Wira

‘Beri perhatian rasa tak puas hati orang Melayu’Pakatan Harapan perlu menyelidik mesej tidak puas hati orang Melayu terhadap Pakatan Harapan seperti dinyatakan dalam hasil kaji selidik Ilham Centre baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
“Memang saya membaca kaji selidik itu dan saya mengambil maklum
“Kita mesti mendengar rintihan dan apa pendapat rakyat serta mengambil langkah-langkah perlu bagi melihat sama ada ia memang benar begitu atau dibayangkan,” katanya sewaktu bercakap kepada media di Pandan, Selangor hari ini
Wan Azizah berkata majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu dan kerajaan mesti memberi perhatian terhadap masalah masyarakat terbanyak
Semalam laporan media menyatakan kajian yang dijalankan di seluruh negara pada akhir tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan Harapan
Dapatan daripada kajian itu menyatakan 54.4 peratus responden Melayu tidak percaya kerajaan serius melaksanakan agenda Melayu, termasuk mempertahankan hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi
Kira-kira 60 peratus responden pula percaya orang bukan Muslim sedang menguasai kerajaan dan DAP yang membuat keputusan di Putrajaya
Kaji selidik itu dijalankan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Okt hingga 24 Dis 2018. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72880‘Beri perhatian rasa tak puas hati orang Melayu’ | KeadilanDaily.com


Lupakan dendam Pas terhadap Umno demi Islam, kata Nik Abduh  4:19 PTG      Pejuang Perubahan 
Penyokong dan anggota Pas dinasihat lupakan persengketaan Pas dan Umno dan menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, hujung minggu ini, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata perkara itu sudah diperjelaskan memandangkan lawan BN dalam PRK berkenaan ialah calon daripada Pakatan Harapan (PH) adalah juga musuh utama Pas ketika ini
“Dulu, memanglah BN dan Umno musuh kita…tapi selepas apa yang berlaku pada Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kami sudah nampak siapa musuh dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam
“Kami (Pas) yakin dengan kebijaksanaan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan dan mengundi (calon) yang terbaik…anggota Pas tahu dengan kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara…mereka (PH) masih gagal menunaikan janji (manifesto),” katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah bersama Pasdan BN di Dataran Sungai Koyan, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta 500 anggota dan penyokong Pas serta BN hadir pada program berkenaan. – BERNAMALupakan dendam Pas terhadap Umno demi Islam, kata Nik Abduh ~ AGEN PERUBAHAN ®





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/02/tidak-terkesan-9110.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1