Bagaimana Amanah Yang Lemah Mampu Mengalahkan Pas


BAGAIMANA AMANAH YANG LEMAH MAMPU MENGALAHKAN PAS

8 DISEMBER 2019

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairudin dalam satu tulisan bertajuk "Pan Amat Lemah, Tak Boleh Diharap" yang diterbitkan Harakahdaily menyentuh soal keahlian AMANAH yang menurutnya walau calon AMANAH memperoleh undi yang tinggi dalam PRU14 namun tidak sampai 3000 pengundi yang mengundi AMANAH adalah ahli AMANAH.

Menurut Khairudin, dikawasan Presiden Amanah, Mohd Sabu yang mendapat 90,697, Khalid Samad yang peroleh 55,949, Salahuddin Ayub yang peroleh 55,447 dan beberapa nama lain yang memperoleh puluh ribu undi namun tidak sampai 3000 adalah ahli AMANAH.

Dari sudut "Fakta", benar anggota AMANAH disatu satu kawasan parlimen tidak melebihi 3000 ahli, dan benar sejumlah besar pengundi AMANAH bukan ahli AMANAH.

Ahli yang sedikit, katakan ya kurang 3000 ahli di Kota Raja yang ditandingi Mohd Sabu, ini bermaksud 87,000 bukan ahli AMANAH akan mungundi AMANAH, namun dimanakah ia satu perkara yang buruk? 

Mengatakan AMANAH bergantung pada pihak lain, sebenarnya disitu kebijaksaan pemimpin AMANAH, iaitu membentuk kerjasama dengan parti parti lain lalu sebuah parti yang berusia 3 tahun sewaktu PRU14 berjaya terlibat membentuk kerajaan. 

Dalam Pakatan Harapan setiap parti adalah saling memperkukuh dan memperkuat, tiada parti yang kuat bersendiri.

Kerana itu Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera. Iaitu kerana kebijaksaan, perkara yang tiada pada pemimpin PAS sehingga kini. 

Pencapaian utama sesebuah parti politik adalah jumlah undi yang diperoleh, dan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan semata pada jumlah ahli. 

Dalam pilihan raya yang lalu, AMANAH yang disebut "amat lemah" berjaya memenangi 32.35% dari jumlah kerusi yang ditandingi manakala Pas sebagai sebuah parti yang punyai jutaan ahli, hanya menang 11.25% dari Keseluruhan jumlah kerusi yang ditandingi.

Khairudin juga mendakwa, walaupun AMANAH hampir dua tahun  memiliki 5 Menteri dan 4 Timbalan Menteri mereka serta memiliki Ketua Menteri, EXCO Negeri dan Pengerusi GLC mereka masih tidak mampu mencuri ahli-ahli PAS. 

Benar, Pengerusi GLC dari AMANAH mungkin tidak mampu "mencuri ahli ahli Pas", jawatan yang diamanahkan tidak digunakan untuk kepentingan parti apatah lagi untuk mengumpan "ahli ahli Pas". 

Penyertaan baharu ahli AMANAH adalah konsisten dan berterusan walaupun tidak mencecah angka jutaan seperti Pas, jika sebelum PRU14 hanya sekitar 1000 ahli baharu setiap bulan manakala selepas PRU14 menyaksikan antara 7000-10000 sebulan , namun parti masih konsisten menerima keahlian baharu termasuk di Terengganu sendiri. 

Ahli ahli baharu ini masuk bukan kerana ada pak menteri, juga pengerusi GLC, sebaliknya kerana percaya pada perjuangan parti. 

Mendapatkan ahli seramai mungkin adalah gerak kerja berterusan setiap parti politik, namun hakikat sebenar jumlah ahli tidak akan menentukan kemenangan dalam PRU, kita lihat dalam PRU14 yang lalu, parti politik yang mempunyai keahlian terbanyak, iaitu UMNO dan PAS masing masing tersungkur di Putrajaya. 

Mungkin Khairudin perlu menilai semula keutamaan berpolitik,  adakah keperluan mempunyai jutaan ahli, atau mempunyai kebijaksanaan mengemudi parti. 

Sebelum mendakwa parti lain lemah, cerminlah diri parti Pas yang berusia lebih 60 tahun masih kekal sebagai pembangkang hingga kini.

Bagaimana  AMANAH memperkasa Islam sebagai sebuah parti kerajaan, AMANAH bukanlah parti penuh retorik seperti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, cakap ceramah berapi rapi jika hudud tidak dilaksana di Kelantan akan letak jawatan Menteri Besar, begitu juga RUU355 yang menjadi modal politik dimana akhirnya Marang sendiri menangguhkan untuk dibahas.

Dalam memperjuangkan agenda memartabatkan Islam, AMANAH menerajui dasar Rahmatan Lil Alamin yang kini menjadi dasar negara. Gagasan yang diperkenalkan berjaya meyakinkan agensi dibawah pentadbiran Kementerian Hal Ehwah Agama untuk menerima dasar baharu sehingga ia mendapat  diperkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kementerian agama juga berusaha memperkasakan undang-undang Islam antaranya Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan pindaan 2018 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada  April 2019 dimana pindaan ini sekaligus membolehkan semua sekolah agama termasuk tahfiz dan tadika di Wilayah berdaftar, dikawal selia oleh kerajaan. dan memjadi punca kuasa untuk campur tangan apabila berlaku masalah di mana-mana pusat tahfiz. 

Kementerian agama juga menggerakkan Rang Undang-undang (RUU) Profession Guaman Syarie Wilayah Persekutuan. Rang undang-undang itu akan menjadi model bagi penyeragaman undang-undang profesion guaman Syarie di negeri-negeri.

Kementerian turut memperkenalkan Mahkamah Khusus Kes Nafkah dan Hadhanah bagi membicarakan kes mahkamah syariah yang melibatkan tuntutan bekas isteri terhadap bekas suami yang mempastikan kaum wanita tiada yang teraniaya kesan dari penceraian.

Kementerian juga komited merealisasikan penubuhan Majlis Tahfiz Negara dan akan dilancarkan pada tahun 2020 bertujuan untuk membawa institusi tahfiz di negara  ke arus perdana. 

Majlis Tahfiz Negara berperanan mewujud dan menyelaras mekanisme pengiktirafan, memberi pengiktirafan kepada huffaz di samping memantau pematuhan standard pengiktirafan diberikan.

Hal ini merupakan tamparan kepada para penjaja fitnah yang mendakwa bahawa kerajaan tidak peduli terhadap undang-undang islam dan mahkamah Syariah.

Khairudin Aman Razali seharusnya lebih  menfokuskan untuk cuba membawa Pas untuk menyumbang kepada memperkasakan islam, bukan mengira jumlah ahli parti AMANAH, PAS sehingga sekarang tiada jasa significant dalam memperkasakan agama, namun cukup juara dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. 

Jangan pula AMANAH yang "amat lemah" ini menewaskan PAS dalam segala hal dari prestasi parti mahupun menyumbang kepada agama. 

MUAMMAR QADDAFI BIN MOHD NASIR
Setiausaha
Pemuda AMANAH Terengganu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/bagaimana-amanah-yang-lemah-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Terima Muafakat Nasional Punca Ahli Pas Masuk Amanah

Tidak Terima Muafakat Nasional Punca Ahli Pas Masuk Amanah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 372 hits
Pas perlu menelan jadam pahit politik apabila ahli akar umbi parti itu mula menolak Muafakat Nasional dengan menyertai Amanah Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu parti itu kini menerima masuk banyak ahli baru bekas Pas di Kelantan Terengga...
Amanah Akui Sukar Tembusi Gabungan Bn Pas

Amanah Akui Sukar Tembusi Gabungan Bn Pas

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 153 hits
dan Astro Awani Mohamad Sabu berkata walau bagaimanapun pihaknya tidak gentar untuk merobohkan pengaruh yang dimiliki gabungan parti itu khususnya di Pantai Timur Foto Astro AWANISHAH ALAM Parti Amanah Negara mengakui berdepan kesukaran unt...
Kenapa Pas Takut Sangat

Kenapa Pas Takut Sangat

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 348 hits
Adakah PAS rasa kurang terjamin keselamatan jika ada pihak yang mereka tak kenal memantau kegiatan sehari harian mereka PAS risau pegawai SPRM yang bukan mereka lantik sendiri akan bersikap adil amanah dan bersih Kita nak tahu sebab Kelanta...
Golongan Miskin Sokong Umno Pas Yang Kaya Sokong Ph Kajian

Golongan Miskin Sokong Umno Pas Yang Kaya Sokong Ph Kajian

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 446 hits
Pakatan Harapan masih mendapat sokongan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Emir Research Golongan yang berpendapatan rendah pula cenderung menyokong UMNO dan Pas Kaji s...
Dapat Pas Lawatan Tanpa Had Untuk Setahun Ini Cara Daftar Zooku Membership Untuk Anak

Dapat Pas Lawatan Tanpa Had Untuk Setahun Ini Cara Daftar Zooku Membership Untuk Anak

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 320 hits
Cuti cuti ni nesti ada ibu ayah yang merancang bawa anak pergi zoo Yalah anak anak memang suka pergi zoo tengok binatang kan Tahu tak sekarang ni ada buka keahlian ZooKu di Zoo Negara Malaysia untuk anak anak yang berusia antara 3 tahun hin...
Klip Eksklusif The Rise Of Skywalker Dedahkan Stormtroopers Yang Mampu Untuk Terbang

Klip Eksklusif The Rise Of Skywalker Dedahkan Stormtroopers Yang Mampu Untuk Terbang

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 218 hits
Walt Disney Pictures dan Lucasfilm telah melancarkan klip pertama Star Wars The Rise of Skywalker yang memaparkan Rey Finn dan Poe Dameron terkejut beruk melihat Stormtroopers kini mampu untuk terbang Anda boleh saksikan klip tersebut dipem...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say