Tidak Semua 44 Barang Kemas Dalam Jagaan Polis Peguam Firma Lebanon


MALAYSIAKINI

   
Sebuah firma barang kemas dari Lebanon, yang menyaman isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung 44 barang kemas mendakwa bahawa tidak semua barang kemas berkenaan berada dalam penjagaan pihak berkuasa.

Global Royalty mengemukakan saman terhadap Rosmah pada 26 Jun tahun lepas, meminta dipulangkan 44 barang kemas yang dihantar kepada beliau untuk memilih atau membayar harga kesemua barang berkenaan yang berjumlah AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Peguam Datuk David Gurupatham, mewakili firma barang kemas itu, Global Royalty Trading SAL, memberitahu pemberita bahawa plaintif (Global Royalty) telah memeriksa barang kemas yang dirampas itu dan ia telah membuat kenyataan kepada polis bahawa tidak semua barang itu ada di situ (dalam penjagaan pihak berkuasa).

“Saya tidak boleh beritahu berapa banyak yang ada kerana kami belum mengemukakan dokumen yang perlu. Sebaik kami kemukakan barulah kami dapat menjelaskan kedudukannya. Jadi ini perlu ditentukan,” katanya ketika ditanya berapa banyak barang kemas milik pelanggannya berada dalam penjagaan pihak berkuasa.
Gurupatham berkata, oleh itu pelanggannya memohon untuk menjadi perantara dalam saman pelucuthakan kerajaan ke atas barang kemas itu yang dirampas, di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

“Kami telah menulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meminta butiran saman pelucuthakan itu. Mereka telah menjawab dan kini kami akan mencelah untuk tindakan.

“Kami akan mengesahkan sama ada barang kemas itu ada di situ dan apa yang tidak ada. Kemudian barulah kami akan meneruskan dengan perbicaraan,” katanya kepada pemberita selepas perkara itu timbul untuk pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Wong Chee Lin.

Beliau juga berkata, mahkamah menetapkan 17 Sept dan dari 21-24 Okt untuk perbicaraan bagi saman dan 19 Ogos untuk pengurusan kes.

Pada 7 Mei, AGC telah mengemukakan satu notis pelucuthakan bagi beratus barang termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan dirampas daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu dan syarikat dan kes berkenaan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 8 Julai di hadapan Hakim Mohamed Zaini.

Pada 14 Feb lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan Rosmah untuk memeriksa dan mengesahkan dalam tujuh hari akan kewujudan 44 barang kemas yang dalam miliknya tetapi didakwa dirampas oleh polis.

Dalam samannya, Global Royalty mendakwa bahawa pada 10 Feb, 2018, mereka menghantar 44 barang kemas termasuk rantai berlian, subang, cincin, gelang tangan dan tiara, yang setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan dengan serahan tangan menerusi dua ejen.
Menurut syarikat berkenaan, semasa penghantaran itu, Rosmah mengesahkan dan menerima syarat-syarat serta peraturan dalam Memorandum No. 926 berhubung dengan barang kemas.

Ia juga mendakwa bahawa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, 2018, juga mengesahkan dan memaklumkan menerima barang kemas berkenaan tetapi berkata semua barang kemas itu tidak lagi dalam pemilikannya, dan ia telah dirampas dan kini disimpan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Global Royalty memohon pengisytiharaan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik kepada 44 barang kemas itu selain daripada perintah itu bahawa pemilikan ke atas barang kemas berkenaan selain arahan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak dipindahkan kepada defendan.

Ia juga memohon satu arahan mandatori kepada Rosmah agar menyediakan satu senarai barang kemas yang dirampas, agar barang kemas itu dikembalikan atau Rosmah perlu membayar barang kemas itu bernilai AS$14.79 juta (RM59.83 juta).- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/tidak-semua-44-barang-kemas-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Hasrat Melaram Barang Kemas Lnaru Lebur Akibat Ditipu

Polis Hasrat Melaram Barang Kemas Lnaru Lebur Akibat Ditipu

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 318 hits
KUANTAN Hasrat seorang wanita untuk melaram barang kemas baharu lebur apabila diperdayakan penjual emas yang hanya dikenalinya menerusi laman sosial Facebook sekitar Februari lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd W...
Firma Dari Labenon Periksa Barang Kemas Rosmah

Firma Dari Labenon Periksa Barang Kemas Rosmah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 380 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Sebuah firma barang kemas dari Lebanon yang menyaman isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung 44 barang kemas mendakwa bahawa tidak semua barang kemas berkenaan berada dalam penjagaan ...
Ummah Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

Ummah Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 372 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Tommy mungkin lindungi penjenayah ganggu inkues Adib Timbalan Pengerusi UMMAH Kamaruzaman Mohamad mengadakan sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara sebelum membuat laporan ter...
Polis Temui Kaitan Jho Low Dan Barangan Kemas Dirampas Di Rumah Najib

Polis Temui Kaitan Jho Low Dan Barangan Kemas Dirampas Di Rumah Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 338 hits
Polis dilaporkan telah menemukan hubungan antara ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dan barangan kemas yang dirampas di kediaman berkaitan bekas perdana menteri Najib Razak Menurut The Edge para penyiasat telah menjejaki ratusan juta dola...
Serikan Raya Tahun 2019 Anda Dengan Koleksi Barang Kemas Terbaru Daripada Poh Kong Mak Mak Mesti Suka Ni

Serikan Raya Tahun 2019 Anda Dengan Koleksi Barang Kemas Terbaru Daripada Poh Kong Mak Mak Mesti Suka Ni

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 553 hits
Wanita dengan perhiasan memang tak dapat dipisahkan Lebih lebih lagi waktu raya Kalau tak pakai barang kemas rasa macam tak lengkap Tapi takkan mahu pakai yang lama sahaja Jemu dibuatnya Kalau ada bajet lebih bolehlah beli dan buat koleksi ...
As Sita Set Barang Kemas Milik Mak Jho Low

As Sita Set Barang Kemas Milik Mak Jho Low

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 342 hits
Satu set barang kemas yang dikaitkan dengan 1MDB didakwa diberikan kepada Evelyn Goh yang merupakan ibu kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low Menurut pemfailan mahkamah Jabatan Kehakiman AS pada 28 Mei sepasang subang dan sebentu...
Global Royalty Trading Mohon Mencelah Saman Sita Barang Kemas Rosmah

Global Royalty Trading Mohon Mencelah Saman Sita Barang Kemas Rosmah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 325 hits
SHAH ALAM Syarikat pembuat barang kemas Global Royalty Trading buat permohonan mencelah dalam kes saman sita Kerajaan Malaysia terhadap barang yang dirampas dari rumah isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor
Ugut Ketua Polis Daerah Dap Serahkan Pada Polis Untuk Siasatan

Ugut Ketua Polis Daerah Dap Serahkan Pada Polis Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 410 hits
foto sumber internetKUANTAN 20 Mei DAP akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemimpin bahagian parti itu di Pahang yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut kata Timbalan Setiausaha Agungnya Nga Kor Ming Beliau berkata...
Ugut Ketua Polis Pemimpin Ph Harus Tunjuk Contoh Baik Jangan Rasa Diri Hebat

Ugut Ketua Polis Pemimpin Ph Harus Tunjuk Contoh Baik Jangan Rasa Diri Hebat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 438 hits
foto sumber internet KUANTAN 22 Mei Pakatan Harapan Pahang akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang pemimpin bahagian salah sebuah parti komponennya mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Pengerusinya ...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Plan For Your Retirement Wisely

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Doa Agar Amal Diterima Dan Taubat Diterima Teladan Dari Nabi Ibrahim Dan Ismail

Video Pembongkaran Operasi Sindiket Geng Kartel Jual Air Dan Belon

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi