Tidak Sempat Ambil Bpn Dua Sahabat Maut Dipanah Petir



“PAGI tadi Idrus Ahmad, 35, beritahu yang dia tidak sempat mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberi kerajaan yang dikongsinya dalam kumpulan WhatsApp kami,” kata Mohd Shafiq Shafihardin, 25

Idrus dan seorang lagi rakan mereka, Mohd Zulkefli Kasim, 44, maut selepas disambar petir ketika berehat di bangsal di hadapan rumah di Kampung Hujung Bechah, di Sik dalam kejadian jam 5.30 petang tadi

Menurut Mohd Shafiq, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian Idrus dan Mohd Zulkefli, dia bersama beberapa rakan bergegas ke tempat kejadian

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati mayat mereka (Idrus dan Mohd Zulkefli) sudah ditutup

“Kami nak tengok keadaan mereka yang ketika itu dalam keadaan terbaring namun polis tidak benarkan kami memasuki kawasan itu. Jadi kami hanya melihat dari jauh

“Tak sangka kejadian itu berlaku dan saya dimaklumkan kedua-dua mereka sedang berehat di bangsal itu disebabkan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi, hari ini


Mohd Shafiq berkata, dia mengenali Idrus dan Mohd Zulkefli sejak kecil walaupun dua rakannya itu lebih berusia darinya namun mengakui hubungan mereka sangat rapat

Katanya, dia sudah lama tidak bertemu dengan arwah Mohd Zulkefli sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula manakala Idrus pula banyak berbual di kumpulan WhatsApp

“Arwah abang Zul sebelum ini bekerja di bengkel besi sebelum berhenti dan mengusahakan kolam udang di kampung ini

“Idrus pula hanya bekerja kampung dan masih belum berkahwin manakala abang Zul sudah berkahwin,” katanya

Menurutnya, dia masih terkejut dengan kejadian itu dan mendoakan roh dua rakannya itu dicucuri rahmat

Katanya, keluarga kedua-dua mangsa kini berada di hospital untuk melihat jenazah mereka

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdul Razak Osman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan

Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berada di bangsal berkenaan dan terkena panahan petir

“Mereka berdua meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sik untuk dibedah siasat,” katanya

Dalam perkembangan sama, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya turut dimaklumkan berhubung kejadian membabitkan dua mangsa dipanah petir itu

Menurutnya, setakat ini pihaknya sedang mengumpul jumlah rumah yang dilanda ribut di daerah Sik

“Setakat ini kami dimaklumkan kejadian ribut berlaku di tiga kampung iaitu di Kampung Tanjung Sik, Kampung Sena dan Kampung Beris Jaya

“Namun, jumlah keseluruhan rumah yang terbabit belum dapat dipastikan lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Sumber: Harian Metro

from Sehinggit Media https://ift.tt/3e1JBX3
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/tidak-sempat-ambil-bpn-dua-sahabat-maut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Maut Dipanah Petir

Dua Maut Dipanah Petir

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 359 hits
SIK Dua rakan maut selepas disambar petir di depan rumah dalam kejadian ribut di Kampung Hujung Bechah di sini petang tadi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sik Leftenan Haisul Aishah Mohd Napiah berkata dalam kejadian kira kira j...
Dua Rakan Maut Selepas Disambar Petir Di Bangsal Depan Rumah Mereka

Dua Rakan Maut Selepas Disambar Petir Di Bangsal Depan Rumah Mereka

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 484 hits
Dua rakan maut selepas disambar petir di bangsal depan rumah merekaJenazah mereka sudah dihantar ke Hospital Sik untuk dibedah siasat Dua rakan maut selepas disambar petir di bangsal depan rumah merekaSIK Dua rakan maut selepas disambar pet...
Ingkar Pkp Ketika Keluar Memancing Dua Sahabat Rela Dipenjara 3 Bulan Kerana Tiada Wang Bayar Denda Rm1000

Ingkar Pkp Ketika Keluar Memancing Dua Sahabat Rela Dipenjara 3 Bulan Kerana Tiada Wang Bayar Denda Rm1000

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 430 hits
Dua lelaki dari Sungai Siput Perak begitu terkesan teruk akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memilih untuk dipenjarakan selama 3 bulan kerana tidak mampu membayar denda selepas mereka ditangkap bersama kerana melanggar perintah ...
Sempat Jalani Isolasi Begini Kondisi Terbaru Dua Artis Indonesia Yang Positif Corona

Sempat Jalani Isolasi Begini Kondisi Terbaru Dua Artis Indonesia Yang Positif Corona

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 185 hits
Selebriti Tanah Air juga sudah ada yang dinyatakan positif virus Corona yaitu Andrea Dian dan Detri Warmanto
Bikin Haru Dua Sejoli Ini Menikah Lewat Video Call Karena Pandemi Virus Corona

Bikin Haru Dua Sejoli Ini Menikah Lewat Video Call Karena Pandemi Virus Corona

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 218 hits
Social distancing atau jaga jarak berdampak kepada dua sejoli di Sulawesi yang rela menikah lewat fitur video call Ingin tahu kisah selengkapnya
Dua Orang Positif Corona Pemkab Sukoharjo Tak Akan Terapkan Lockdown

Dua Orang Positif Corona Pemkab Sukoharjo Tak Akan Terapkan Lockdown

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 152 hits
Pemkab Sukoharjo tidak menerapkan karantina wilayah atau Lokal Lockdown seperti Kota Tegal
Dua Pemeran Laki Laki Video Vina Garut Divonis 2 Tahun 9 Bulan

Dua Pemeran Laki Laki Video Vina Garut Divonis 2 Tahun 9 Bulan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 189 hits
Dua pemeran laki laki dalam video asusila Vina Garut Weli dan Agus Dodi divonis 2 tahun 9 bulan penjara dan denda Rp1 miliar subsider 3 bulan Keputusan diambil majelis hakim Pengadilan Negeri Garut Kamis Keduanya menerima vonis hakim yang l...
Dua Kampung Di Johor Dikenakan Perintah Berkurung

Dua Kampung Di Johor Dikenakan Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 239 hits
Dua kawasan petempatan di Kluang Johor dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan ekoran terdapat kes positif Covid 19 yang tinggi kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob Katanya kawasan itu ialah Kampung Dato Ibrahim Majid dan...
Covid 19 Antara Dua Gelombang Dan Langkah Sheraton

Covid 19 Antara Dua Gelombang Dan Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 171 hits
COVID 19 antara dua gelombang dan langkah SheratonBerdasarkan senario yang berlaku gelombang pertama Covid 19 24 Februari 2020 hingga 15 Januari 2020 Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan bermakna dibawah pentad...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal