Covid 19 Antara Dua Gelombang Dan Langkah Sheraton


COVID-19 antara dua gelombang dan langkah Sheraton
Oleh DR KAMARUDIN MUSAMarch 25, 2020 3:35 pmBerdasarkan senario yang berlaku, gelombang pertama Covid-19, 24 Februari 2020 hingga 15 Januari 2020, Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH), bermakna dibawah pentadbiran PH, kes Covid-19 telah berjaya diurus dengan berkesan, sehingga berjaya mewujudkan situasi tiada kes jangkitan selama 11 hari, iaitu di antara 15 Februari 2020 hingga 27 Februari 2020, boleh dikatakan 11 hari tersebut adalah jurang yang membentuk “kelompongan wabak.” Sekaligus membentuk situasi ke arah selamat jangkitan.Situasi ini menggambarkan bahawa kerajaan yang dikuasai PH, pada masa tersebut, telah bertindak dengan tepat, pada waktu yang tepat dalam menangani penularan wabak Covid-19 tersebut.Tindakan secara serius menggembleng segala bentuk mekanisme kemudahan perubatan, sama ada dalam aspek peralatan atau pun sumber manusia, menjadikan tindakan untuk berhadapan dengan wabak covid-19, lebih cekap dan tersusun selaras dengan prosedur standard yang diwujudkan.Terdapat unsur yang jelas akan usaha pengesanan dan pencegahan dilakukan secara konkrit dan tuntas.Kebekesenanan tindakan yang ditunjukkan oleh pihak Kementerian Kesihatan telah menarik perhatian pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga mendapat pengiktirafan daripada Ketua Pengarahnya, laporan akhbar 19 Februari 2020 memetik sebagai berkata, “Saya amat menghargai kerjasama Malaysia dan Dr Dzulkefly serta negara serantau termasuk komitmen pihaknya menjalankan penyelidikan bagi mengakhiri wabak ini.”

Ini bererti tindakan serta langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan pada waktu tersebut berada di atas landasan yang betul dalam membentuk tindakan penyelesaian dan pengawasan dilakukan berdasarkan fakta dan data yang saintifik, berpaksikan asas penyelidikan.Pemikiran sebeginilah juga yang menjadi pegangan Kementerian Kesihatan sehingga ke saat ini, sekaligus menolak pemikiran “air suam” dalam membunuh Covid-19.Manakala pada 21 Februari 2020, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah memberikan sanjungan di atas usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang disifatkannya begitu cekap dan berkesan dalam mengendalikan kes yang berkaitan dengan Covid-19.Ini bermakna usaha dalam menangani wabak Covid-19, gelombang pertama dilaksanakan secara drastik, objektif dan bersifat proaktif serta berfokus.Jelasnya tindakan yang dilakukan dengan mengambil kira aspek tonggak dalam operasi perkhidmatan, berasaskan penekanan terhadap pelaksanaan proses yang melibatkan aspek peningkatan berterusan, penambahbaikan dan tindakan pembetulan.Keadaan ini telah menjadikan segala bentuk tindakan yang diambil lebih bersifat tumpuan sasaran, menyebabkan kawalan sepenuhnya dapat dilakukan terhadap akar masalah.Bagaimana pun menjengah gelombang kedua, didapati kerajaan telah kehilangan fokus yang telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19.Keadaan ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan di atas kegagalan untuk mengesan perhimpunan Jemaah Tabligh di Masjid Seri Petaling, memandangkan kes yang berkaitan dengan Jemaah Tabligh ini terlebih dahulu dikesan oleh pihak Berkuasa Brunei Darussalam.Bererti, pihak kerajaan seolah-olah tidak mempunyai maklumat yang konkrit berkaitan dengan aktiviti Jemaah Tabligh di Masjid Seri Petaling tersebut.Pihak Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam, seolah-olah telah gagal dalam peranan dan tugas mereka untuk memastikan segala bentuk perhimpunan awam dipantau dan diawasi demi untuk keselamatan umum.Bahkan sewaktu tempoh berlangsungnya perhimpunan Jemaah Tabligh tersebut, negara masih belum diisytihar bebas sepenuhnya daripada gejala wabak Covid-19, meskipun terdapat waktu “kemandulan kes” selama 11 hari, sebagaimana yang dijelaskan.Kemungkinan besar kealpaan ini wujud disebabkan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, terlibat langsung dengan gerakan Sheraton, pada 23 Februari 2020.Terdapat laporan media yang membuat kesimpulan bahawa langkah Sheraton sebagai punca utama yang mencetuskan gelombang besar Covid-19, “Langkah Sheraton memusnahkan segala usaha Menteri Kesihatan ini dan pasukannya untuk mengawal penularan wabak Covid-19.”Keadaan ini agak jelas dengan fenomena yang berlaku, selepas asakan Sheraton dan perletakan jawatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, didapati pentadbiran Malaysia telah berada dalam keadaan “ketidaktentuan hala.”Wujudnya situasi “kekosongan kerajaan” selama hampir 16 hari, 24 Februari 2020 hingga 11 Mac 2020 menjadikan pentadbiran kerajaan berada dalam keadaan pasif dan reaktif.Ketiadaan menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Kesihatan menjadikan keputusan-keputusan penting yang berkaitan dengan dasar tidak dapat dilakukan dan dilaksanakan, meskipun Perdana Menteri ke 9, telah dilantik pada 29 Februari 2020. Namun kabinet hanya mula berfungsi pada 11 Mac 2020.Dalam jangka masa tersebut kes jangkitan wabak Covid-19 telah meningkat kepada 149 kes, manakala daripada tarikh 12 Mac hingga 18 Mac, jangkitan wabak Covid-19 telah meningkat kepada 790 kes.Berdasarkan situasi yang berlaku, langkah atau pun gerakan Sheraton ini telah menjadi antara faktor penyebab terpenting yang merosakkan kestabilan hidup rakyat serta mengganggu realiti pertumbuhan ekonomi negara.Hakikatnya langkah Sheraton, meletakkan keadaan rakyat Malaysia terdedah kepada bahaya yang mengancam keselamatan jiwa dan nyawa mereka, pada masa yang sama menjejaskan kestabilan psikologi dan emosi, khususnya dengan meluasnya penularan wabak Covid-19.Ini bererti gerakan Sheraton bukan sahaja telah menimbulkan kecelaruan politik, sebaliknya juga telah mencetuskan keresahan rakyat dalam konteks jaminan keselesaan hidup dan kebebasan dalam mengurus aktiviti penjanaan pendapatan, terutamanya apabila rakyat terpaksa berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai tindakan pencegahan kepada penularan Covid-19.Aktiviti ekonomi rakyat terbantut serta ramai dalam kalangan rakyat berdepan dengan risiko kesempitan hidup serta potensi kehilangan pekerjaan.Apa yang jelas, langkah atau gerakan Sheraton, sukar untuk dinafikan sebagai pencetus kepada kerosakkan ketenteraman awam yang mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/covid-19-antara-dua-gelombang-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Sembur Jalan Cegah Covid 19 Membazir Pakar

Langkah Sembur Jalan Cegah Covid 19 Membazir Pakar

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 238 hits
Langkah kerajaan Melayu Perikatan Nasional semalam menyembur cecair nyahjangkitan ke atas beberapa batang jalan raya yang tular di media massa semalam dianggap tidak berkesan dan pembaziran sumber manusia yang sepatutnya digunakan untuk per...
40 Juta Korban Covid 19 Tahun Ini Jika Tiada Langkah Wajar Pakar Sains

40 Juta Korban Covid 19 Tahun Ini Jika Tiada Langkah Wajar Pakar Sains

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 388 hits
GLOBAL Dunia sedang menghadapi keadaan darurat yang parah dan genting berikutan wabak Covid 19 yang melanda dunia kata suatu kajian akademik 40 juta korban Covid 19 tahun ini jika tiada langkah wajar Pakar Sekumpulan pakar sains terkemuka d...
Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Adakah Ini Bermaksud Penambahan Pkp Lagi

Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Adakah Ini Bermaksud Penambahan Pkp Lagi

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 419 hits
Tadi admin pergi Twitter Kementerian Kesihatan sebab admin nak ambil data dan admin melihat gambar persiapan KKM untuk Gelombang ke tiga dimana MAEPS di jadikan sebagai salah satu kawasan untuk menempatkan pesakit COVID 19 yang berisiko ren...
Dua Bom Meletup Di Yala 7 Wartawan Antara 25 Yang Cedera

Dua Bom Meletup Di Yala 7 Wartawan Antara 25 Yang Cedera

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 368 hits
YALA 17 Mac Dua butir bom telah meletup di hadapan sebuah pejabat kerajaan dalam Wilayah Yala di selatan Thailand menyebabkan 25 orang cedera termasuk tujuh wartawan kata seorang pegawai keselamatan Jurucakap Divisyen ke 4 Tentera Kolonel P...
Sebulan Selepas Langkah Sheraton

Sebulan Selepas Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 158 hits
Oleh Hasmi HashimDR Li Wen Liang mati Dia merupakan doktor pertama yang merawat pesakit yang terkena koronavirus di Hospital Besar Wuhan Disember tahun sudah Mulanya Dr Li menyangkakan pesakitnya dihinggapi virus SARS yang pada 2003 juga pe...
Berdasarkan Penelitian Ini Gejala Gejala Umum Covid 19 Yang Patut Diwaspadai Pahami Biar Bisa Ambil Langkah

Berdasarkan Penelitian Ini Gejala Gejala Umum Covid 19 Yang Patut Diwaspadai Pahami Biar Bisa Ambil Langkah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 227 hits
Hati hati soalnya ada pasien positif yang tanpa gejala Bukan nakut nakutin cuma biar kamu bisa lebih mawas diri kok
Membongkar Langkah Ojk Setelah Penerbitan Perppu Tentang Pandemi Covid 19

Membongkar Langkah Ojk Setelah Penerbitan Perppu Tentang Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 175 hits
OJK akan meningkatkan frekuensi assessment forward looking terhadap kondisi lembaga jasa keuangan Tujuannya agar bisa diambil langkah langkah yang diperlukan untuk menjaga stabilitas sistem keuangan di tengah ancaman pelemahan ekonomi sebag...
Corona Di Kabupaten Bogor Dua Sembuh Tiga Positif Covid 19

Corona Di Kabupaten Bogor Dua Sembuh Tiga Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 245 hits
Bupati Bogor Ade Yasin menjelaskan pasien sembuh asal Cibinong merupakan pramugara berusia 27 tahun yang selesai mendapat perawatan intensif di RSUD Cibinong yang memiliki riwayat perjalanan ke Singapura
Covid 19 Pakar Anggap Langkah Disinfeksi Jalan Sebagai Membazir

Covid 19 Pakar Anggap Langkah Disinfeksi Jalan Sebagai Membazir

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 270 hits
Beberapa pakar perubatan menyifatkan tindakan nyahjangkitan di permukaan jalan tidak berkesan untuk menghapuskan koronavirus malah ia hanyalah pembaziran sumber yang sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih mendesak Anggota Majlis Tind...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut