Tidak Seindah Filem Ini Kisah Dina Sanichar Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala


Buat kaki movie, pasti anda pernah menonton atau sekurang-kurangnya tahu mengenai kewujudan animasi The Jungle Book dan filem Mowgli : Legend of the Jungle, dua filem yang diadaptasi dari karya penulis terkenal Britain, Rudyard Kipling iaitu The Jungle Book bukan?
Jika tak tahu pasti anda boleh tanyakan pada mana-mana ahli pengakap, mereka pasti mampu menjelaskan secara terperinci kisah tersebut.
Filem ini berkisarkan kisah seorang anak kecil bernama Mowgli yang tercicir oleh ibu bapanya di sebuah kawasan hutan rimba India sewaktu percubaan melarikan diri selepas diserang harimau.
-Advertisement-Anak itu kemudiannya ditemui, diberi makan dan dibesarkan oleh sekawan serigala bersama seekor beruang dan seekor harimau kumbang sebelum akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga serigala tersebut.
FotoNamun tahukah anda watak Mowgli di dalam filem tersebut benar-benar wujud di India pada suatu masa dahulu? Malah ia menjadi inspirasi Kipling dalam menghasilkan bukunya.
Sebelum kita pergi jauh, buat anda yang tidak tahu, Kipling sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di India sebelum dihantar ke England untuk menyambung pelajarannya.
10 tahun di sana, dia kemudian berkeputusan untuk kembali ke India. Jadi anda sudah faham bukan dari mana lelaki berdarah Inggeris ini tahu mengenai kisah Mowgli itu.
Berbalik ke kisah Mowgli versi sebenar..
Kisah ‘manusia serigala’ ini mula menjadi sebutan selepas sekumpulan pemburu di Bullandshahr, Uttar Pradesh, India bertemu dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan 6 tahun sedang berjalan bersama sekawan serigala pada tahun 1867.
Pelik dengan kejadian tersebut mereka kemudiannya mengekori rapat anak kecil tadi bersama kawanan serigala terbabit pulang ke rumah mereka.
Di situ pemburu-pemburu ini kemudian nekad membunuh kesemua serigala tersebut lalu menculik anak berkenaan tanpa diapa-apakan.
Pada tanggapan mereka, mereka baru sahaja menyelamatkan seorang budak kecil, namun buat anak tersebut ia adalah sebaliknya. Dia baru sahaja menyaksikan seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam oleh manusia.
Dihantar ke rumah anak yatim dan dinamakan Dina SanicharDia kemudian dibawa keluar dan dihantar ke sebuah rumah anak yatim sebelum dibaptis dan diberi nama Sanichar; yang bermaksud Sabtu dalam bahasa Urdu.
Difahamkan nama tersebut dipilih memandangkan Dina ditemui pada hari Sabtu.
Tidak seindah filemBermula saat itu kisah Dina tidak seindah filem, dia bukan sahaja bergelut untuk hidup di dunia yang lebih moden, malah dia juga dikategorikan sebagai bebal kerana tahap IQ yang terlalu rendah.
Bukan sahaja tidak pandai menulis dan membaca, dia juga gagal bertutur seperti manusia biasa, sebaliknya hanya mengeluarkan bunyi seperti seekor haiwan.

Malah postur jalan Dina juga lain dari manusia biasa. Dia dilihat sedikit bongkok sewaktu berjalan memandangkan sudah bertahun membiasakan diri merangkak bersama keluarga serigalanya.
Lebih memburukkan keadaan, dia juga gemar berbogel dan tidak begitu gemar disarungkan pakaian.
Jelas Dina bukan hanya terasing, malah dia sentiasa berasa terancam selepas melihat sendiri ‘ahli keluarganya’ dibunuh dan dia secara paksa di bawa pergi dari tempat yang pernah digelarnya sebagai rumah.
Akhirnya pada tahun 1895 di usia 29 tahun, Dina Sanichar dilaporkan meninggal dunia selepas menghidap batuk kering.
Tiada momen indah bertemu wanita idaman seperti dalam The Jungle Book, juga tiada penutup yang indah bergembira bersama keluarga serigala seperti filem Mowgli sebaliknya mati berseorangan di dunia yang begitu asing.
Source: Apsari MysteriesUnresolved
BuzzKINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/01/tidak-seindah-filem-ini-kisah-dina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Lupakan Song Hyekyo Sebut Tentang Kisah Silam Bersama Song Joongki

Dah Lupakan Song Hyekyo Sebut Tentang Kisah Silam Bersama Song Joongki

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 149 hits
Pasti ramai yang tahu kan tentang perpisahan antara Song Joong ki dan Song Hye kyo pada 6 tahun lepas Artikel Berkaitan Baru baru ini Song Hye kyo telah muncul sebagai tetamu menerusi saluran YouTube Kang Min kyung bagi mempromosikan filem ...
Kisah Membeli Buku Dan Pengesahsn Sekolah

Kisah Membeli Buku Dan Pengesahsn Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 156 hits
Assalammualaikum Dunia Hari ini di awal pagi lebih kurang pukul 8 30 pagi dah keluar rumah iyelah tak nak bersesak dan dengan harapan orang tak ramai Ok selesai buku sekolah Sampai sekolah pun tengok tidak ramai kelihatan Para ibu bapa yang...
Kisah Nak Tebuk Atap Tapi Tak Cukup Jomlah

Kisah Nak Tebuk Atap Tapi Tak Cukup Jomlah

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 178 hits
RMS Kisah PN menurut sumber ada rancangan untuk jatuhkan kjaan dan 17 MP telah setuju untuk keluar dari parti mereka dan sokong PN yang jadi masalah calon PM masing masing mahu dari parti mereka sudahnya rundingan tak jadi apa Hahaha Hahaha...
Dadali Band Sebuah Kisah Chord

Dadali Band Sebuah Kisah Chord

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 126 hits
C m A E B F m E Am E Tak puas kah Am E Kau sakiti aku E Masih kurang kah A B Kau lukai aku A E Setelah aku percaya B C m Ku simpan hati padamu A E Ternyata kau tlah mendua B E Kau tega lakukan itu E Am E Ternyata benar sejahat itu E A B Seo...
Kisah Mahathir Nyanyuk Dan Harta Anak 1 Billion

Kisah Mahathir Nyanyuk Dan Harta Anak 1 Billion

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 108 hits
MSOBaru baru ini keluar satu klik video stimulasi Mahathir sedang mencari cari wang dikatakan kepunyaannya sebanyak RM3 billion dia kelihatan membelek kabinte kecil kemudian mencari wang itu di dalam bilik tidurnya Sambil mencari orang tua ...
Kisah Gangster Chukai Masih Panas

Kisah Gangster Chukai Masih Panas

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 85 hits
Hangat lagi kisah yang Aku tak ulas sebelum ni sebab aku tengok ada yang dah jadikan isu politik Satu pihak parti yang memerintah Satu lagi pula Bila nak bela ni yang sampai tahap Isu ni isu Lebih dari isu politik sendiri Ia berkaitan dan t...
Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 151 hits
Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan dimakbulkan Allah Niat Nurul Izzati Barni berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati Ibu Kongsi K...
Kisah Video Tourism Malaysia

Kisah Video Tourism Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 151 hits
Najib Bakar Baru nak sembang bab video Tourism Malaysia lepas keadaan sejuk sikit Latar belakang video lagu kenek keneklah odey lembu patoh tanduk ah Cek mek kenolah godey cek awe keno tumbuk Uwa uwa uwa uwa uwa uu Lagu tradisional Melayu l...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mca Yang Makin Ditolak Masyarakat Cina Nasihat Pedas Lokman Adam Terhad

Anak Mami Yang Cantik Lyla Mulan Teh Atikah Suhaime

Tip Masak Cekodok Pisang Elok Bulat Cantik Bentuknya

Berbuka Di Rumah Mertua

Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan