Tidak Rugi Jika Kita Mengambil Sedikit Masa Merenung Dan Bersabar 9791



LANGSUNG: VK Liew nafi Warisan terlibat plot tubuh k'jaan 'pintu belakang'
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 9:01 pagi

LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam. Baca laporan langsung Malaysiakini pada 23 Feb (Ahad), 24 Feb (Isnin) dan 25 Feb (Selasa). Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini. 

Baca neh: Berita mengecewakan akhlak dan peradaban 

LANGSUNG 
Ambiga sokong kerajaan perpaduan
8.30 pagi: Bekas pengerusi Bersih S Ambiga setuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dapat menyelesaikan konflik politik yang dihadapi negara. "Saya menyokong kabinet atau kerajaan perpaduan apabila kestabilan diperlukan. Kita perlukannya. "Ia memerlukan semua pihak bekerjasama demi kepentingan rakyat. Saya rasa kita perlu mendengarnya daripada Dr Mahathir. Apakah kandungannya? Mungkin ia bukan kerajaan perpaduan seperti yang kita pernah dengar sebelum ini. "Jika ia tentang pembentukan kabinet yang tidak berdasarkan komposisi parti, maka ia idea baru yang perlu mendapat sokongan kita," ciapnya di Twitter. Timbul spekulasi Mahathir menimbang untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan", walaupun dengan terma yang tidak dapat dipersetujui BN dan PAS, yang menyebabkan mereka menarik balik sokongan kepada Mahathir semalam. 

VK Liew nafi Warisan terlibat plot tubuh kerajaan pintu belakang 
8.15 pagi: Pengerusi Tetap Warisan Liew Vui Keong menafikan partinya terbabit dalam usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang. Dalam satu hantaran Facebook, beliau berkata tiada anggota parlimen Warisan yang hadir ke majlis makan malam di Hotel Sheraton Petaling Jaya pada 23 Februari lalu. 

"Pihak team semburit telah berbohong dengan cerita rekaan mereka untuk projek masuk belakang mereka," katanya tanpa berselindung, walaupun tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus. Presiden Warisan dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dilihat berada di Hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur pada hari tersebut, di mana pemimpin Umno dan PAS serta Bersatu berkumpul di Hotel Sheraton. 

"Untuk rekod juga, saya tidak akan bekerjasama dengan penipu, pencuri dan perompak negara. Saya tiada hasrat untuk dikaitkan dengan mereka. BIarlah tiada jawatan, biarlah orang lain yang memegang jawatan tersebut. "Bagi saya, integriti penting dan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah perkara paling utama," katanya. 

Hari 4 - kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan
8 pagi: Kemelut politik yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 20 bulan, memasuki hari keempat hari ini. Bagaimanapun ia tampak akan berakhir tak lama lagi. Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan bertemu anggota parlimen PH dan Bersatu hari ini untuk melihat sama ada kerajaan dapat dituubuhkan. Umno dan PAS mendesak pilihan raya dibuat selepas menarik balik sokongan terhadap perdana menteri interim Dr Mahathir Mohamad, tetapi ia dapat dielakkan jika Mahathir mendapat sokongan majoriti. Pemimpin PH tidak memberitahu apakah yang akan disampaikan kepada Sultan Abdullah tetapi setakat ini tiada tanda mereka tidak akan menyokong Mahathir. Bagaimanapun tidak jelas sama ada Sultan Abdullah akan membuat keputusan hari ini. 

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512229
'Bukan door tapi rumah dah terbakar, tak ada pintu dah'
Ramieza Wahid Diterbitkan 25 Feb 2020, 7:32 malam  |  Dikemaskini 25 Feb 2020, 8:44 malam

Rumah dah terbakar - itu gambaran diberikan PAS semasa menjelaskan keadaan semasa politik selepas Yang di-Pertuan Agong menemui sebahagian besar ahli parlimen di Istana Negara sebentar tadi. Bercakap kepada media dalam sidang media bersama Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra sebentar tadi, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata mereka kini berpendapat pilihan terbaik bagi mengatasi kemelut itu ialah dengan membubarkan parlimen. "Maka isu yang panas berlaku baru-baru ini... isu back door (pintu belakang), front door (pintu depan)... bukan door (pintu), tapi rumah dah terbakar, tak ada pintu dah," katanya.

Difahamkan gambaran rumah yang terbakar itu merujuk kepada keruntuhan kerajaan PH yang menyaksikan perkembangan drastik susulan usaha penjajaran semula kuasa sejak Ahad lalu. Ia berlaku ekoran tindakan Bersatu - yang mempunyai 26 kerusi parlimen - meninggalkan PH selepas 11 anggota parlimen PKR diketuai Azmin Ali mengumumkan mereka menjadi ahli parlimen bebas. Pengumuman itu dibuat sejurus selepas PKR memecat keanggotaan Azmin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Ia kemudian menyaksikan kerajaan PH jatuh berdasarkan ketiadaan penguasaan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, masih tidak jelas parti atau pakatan politik mana yang mempunyai majoriti parlimen.

Kembalikan mandat ke rakyat

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatan beliau sebelum itu pada hari yang sama. Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, menjelaskan bahawa blok pembangkang yang terdiri daripada BN, PAS serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PRBS) mahu parlimen dibubarkan.

Mereka juga menarik semula akuan bersumpah (SD) yang menyokong Dr Mahathir jika beliau membentuk gabungan baru. Jelasnya, itu merupakan pendirian yang disampaikan semua ahli Parlimen BN dan PAS ketika mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi. “Pendirian kita adalah dalam situasi ini, mandat harus dikembalikan kepada rakyat. “Kita memohon supaya parlimen dibubarkan, biarlah rakyat yang menentukan,” katanya. Selain itu, beliau juga menyifatkan tindakan Dr Mahathir untuk membentuk kerajaan perpaduan tidak mencerminkan demokrasi berparlimen yang diterapkan Malaysia kerana lantikan menteri berdasarkan kapasiti individu, bukan parti.v

“[...] cadangan kerajaan perpaduan yang hendak dibentuk dengan Tun (Dr Mahathir) dipilih secara individu dan bukan parti. “Maka ia bercanggah dengan pendirian parti kami maka dengan itu (ahli parlimen) yang menghadap tadi untuk tak timbul isu, terpaksa kita tarik balik SD yang dipersempahkan Agong untuk beri sokongan kepada Tun (Dr Mahathir) dan meminta agar dibubarkan parlimen. Petang tadi, sebahagian besar ahli parlimen BN dan PAS hadir ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka dipanggil menghadap secara rawak tanpa mengikut parti masing-masing dalam pertemuan bersemuka dengan baginda. Masing-masing telah diberikan dua hingga tiga minit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan pertemuan itu turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali. 

Bagaimanapun, ahli parlimen yang lain akan dijadual mengadap baginda esok. 

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/512206

KABINET BARU PAKATAN HARAPAN?
24 Februari 2020

Menteri Mentor : TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Perdana Menteri : YB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM

Timbalan Perdana Menteri I : YB DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR

Timbalan Perdana Menteri II : (BORNEO)

Menteri Kewangan: YB TUAN LIM GUAN ENG

Menteri Hal Ehwal Ekonomi : YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Menteri Pertahanan : YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU

Menteri Dalam Negeri : YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL

Menteri Pengangkutan : YB TUAN LOKE SIEW FOOK

Menteri Pengajian Tinggi : YB DR. MASZLEE BIN MALIK

Menteri Pendidikan : YB TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD

Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga Dan Masyarakat : YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN

Menteri Komunikasi Dan Multimedia : YB TUAN KHALID BIN ABD SAMAD

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : YB TUAN CHANG LIH KANG

Menteri Sumber Manusia : YB TUAN M. KULASEGARAN A/L V. MURUGESON

Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI): YB DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB

Menteri Industri Utama : YB PUAN TERESA KOK SUH SIM

Menteri Kesihatan : YB TUAN DR LEE BOON CHYE

Menteri Luar Negeri : YB TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK

Menteri Wilayah Persekutuan : YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD

Menteri Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan : YB TUAN AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL

Menteri Tenaga Teknologi Sains , Iklim & Alam Sekitar : YB PUAN YEO BEE YIN

Menteri Belia Dan Sukan : YB TUAN SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Pengguna : YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR BIN HAJI MOHD. AKIN

Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi : YB DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING

Menteri Kerja Raya : YB DATUK MOHD AZIS BIN JAMMAN

Menteri Air, Tanah & Sumber Asli : YB DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM

Menteri di JPM (Agama) : YB DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA

Menteri di JPM (Undang – Undang) : YB TUAN GOBIND SINGH DEO

Menteri di JPM (Perpaduan) : YB DATUK LIEW VUI KEONG

Selamat tinggal Azmin dan Muhyidin.

Selama ni duk kutuk Tun macam-macam, tuduh Tun nak angkat Azmin, tuduh Tun cover kes video Azmin, tuduh Tun rancang kerajaan pintu belakang dengan PAS dan UMNO.... Tun diam tidak menjawab buat-buat tak dengar, rupanya menguatkan lagi andaian bahawa diam Tun seperti mengiyakan segala tuduhan.

Azmin sudah naik syok kerana menyangka Tun di belakang gerakannya mencari sokongan dari MP PAS dan UMNO, kononnya untuk menandatangani SD menyatakan sokongan kepada Tun jadi PM hingga akhir penggal.

Tun diam, kerana dia sudah janji akan lepaskan jawatan selepas Persidangan Apec bulan November nanti.

Rupa-rupanya, dengan PAS dan UMNO, Azmin merancang untuk merampas kerajaan melalui pintu belakang... Akhirnya dia dapat memujuk Muhyidin dan Bersatu untuk mengkhianati Pakatan Harapan... Semuanya dilakukan dengan menjual nama Tun.
Hari Ahad, MT Bersatu mengadakan mesyuarat... Dalam mesyuarat itu baru Tun tahu Bersatu mahu keluar dari PH... Tun tak setuju... Mesyuarat menjadi tegang... Muhyidin tak sangka Tun tak setuju.... Kerana dia sudah merancang dengan Azmin dan oran-orangnya, bersama MP UMNO dan PAS untuk ke Istana Negara pada sebelah petangnya, mengadap YDP Agong.

Mereka pergi juga ke istana, Tun tak pergi.... Mereka plan nak suruh Tun maklumkan kepada Agong mereka sudah cukup number untuk membentuk kerajaan.... Bila Tun tak pergi, 30 buah kereta vip yang memasuki perkarangan istana negara semalam hanya kunjungan hormat sajalah.

Pada sebelah malamnya mereka buat dinner di Sheraton hotel... Tnetu majlis itu telah dirancang awal, dengan kepercayaan Tun sudah bentuk kerajaan baru petang tadi... Majlis di Sheraton hotel itu pun Tun tak datang.

Hari Isnin.... Pagi, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim berkunjung ke rumah Tun... Selesai saja perjumpaan itu, tiba-tiba Muhyidin mengumumkan Bersatu keluar dari PH... serentak dengan pengumuman dari SUA PKR bahawa Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR, sebelum Azmin sempat mengumumkan keluar parti.... Apa maknanya...?

Maknanya kerajaan PH sedang dikhianati oleh Muhyidin dan Azmin... Tindakan Muhyidin seolah-olah memaksa Tun menurut rancangan mereka, kerana kononnya mereka punya majoriti untuk menubuhkan kerajaan Melayu... Tun tidak mahu menurut rancangan itu kerana itu adalah pengkhianatan kepada parti-parti dalam PH..... Dalam keadaan yang mendesak dan memerlkan Tun membuat keputusan yang spontan itu, dengan tidak di sangka-sangka Tun mengumumkan letak jawatan sebagai PM.

Belum habis lagi, kerana MP Bersatu mempunyai SD menyokong Tun sebagai PM, malas nak terbabit dalam drama itu, Tun umumkan pula letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu...... tergolek Azmin dan Muhyidin.

Sekarang YDP Agong lantik Tun sebagai PM Interim... sementara dilantik PM yang baru yang punya sokongan majoriti di kalangan MP.

Jadi nampak gayanya selepas ni, Tun Mahathir jadi PM ke-7, kemudian jadi PM Interim sekejap, kemudian PM ke-8 pun Tun Mahathir jugak, hingga Persidangan Apec, selepas itu Anwar jadi PM ke-9.... Selamat tinggal Azmin dan Muhyidin.

LANGKAH SHERATON SUATU PENGKHIANATAN

1. Di mata Rakyat Azmin, Zuraidah & kuncu-kuncu nya adalah pengkhianat yg sanggup mengkhianati pemimpin utamanya DSAI, Partinya dan gabungan PH yg di beri mandat pada pilihanraya ke-14 yg lepas. Ini menjadikan kerajaan pertama dalam sejarah terkulai di tengah jalan.

2. PBBM juga rakan culprit pengkhianatan secara jelas apabila keseluruhan partinya bersetuju utk pembentukan suatu Pakatan Baru. Hasrat mereka utk menjadi kuasa parti penentu terbesar hancur lebur.

3. Apakah PBBM mengatur langkah daripada awal tanpa pengetahuan Tun M langsung? Apakah Tun M akan bersetuju utk meneruskan Pakatan baru itu sekiranya kelompok tertentu yg terlibat dgn kes jenayah pada malam itu tidak hadir atau tiada dlm list? Mana mungkin parti-parti yg lain percaya andainya ia bukan datang drp Tun? Hanya Tun yg ada jawapannya ini.

4. Sekiranya benar Tun M tidak tahu menahu, maka pastinya Azmin & PBBM menjadi jurujual paling hebat yg menjaja nama Tun M kesana dan kemari.

5. Perancangan yg di buat separuh masak menjadikan Tun M, terus bertindak mengasingkan diri daripada kelompok pengkhianatan PBBM dengan melepaskan jawatannya sbg pengerusi, sekaligus menamatkan kegembiraan azmin, zahid, hisham yg berpeluk-pelukan di awalnya.

6. Kini, Azmin & the geng hilang arah. Begitu juga PBBM. kembali menagih Tun kembali semula kpd PBBM.

7. PAS juga terkedu. Perancangan utk merampas kuasa daripada jalan belakang kecundang. Impian utk melihat pemimpin mereka menjadi menteri hancur lebur. Luluhlah hati walauan-walauan.

8. Group Azmin, PBBM & PAS adalah perancang utama. Kisah mereka ini bakal tercatat dalam sejarah moden Malaysia sebagai "Suatu pengkhianatan-Rampasan kuasa yg Gagal"

9. Atas apa jua alasan mereka ini, rakyat tidak buta dan bodoh utk menilai betapa hancur nya nilai moral golongan-golongan Eksekutif Negara itu yg saban hari bercakap soal etika, kejujuran, kesetian, amanah kepada rakyat. Merekalah contoh tepat pencabulan moral itu bagaimana ia di lakukan.

10. Demi kuasa, mereka mencaturkan segalanya. Amanah pentadbiran negara di buat seperti seolah-olahnya pentadbiran negara ini seperti sebuah Syarikat. Di agih mengikut bilangan syer!

11. Kejadian itu menunjukkan negara ini bukan milik mana-mana parti politik. Kuasa pentadbiran negara ini tidak boleh di tuntut oleh sesiapapun.

12. Dalam sekelip mata hilang segala-galanya dek kerana tamak, gelojoh & pengkhianatan segelintirnya. Hari ini kau bukan lagi seorang menteri, timbalan menteri bukan juga sebagai kerajaan.

13. Hari ini negara memasuki fasa baru, yg menzahirkan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agung (YDPA) di dalam mengendalikan dan menguruskan sifat tamak & gelojoh barisan Eksekutifnya. YDPA menjadi paksi keadilan, kestabilan dan kemanaan negara. Rakyat kini sudah mampu melakar senyuman, fungsi YDPA kini seolah-olahnya pulih sepenuhnya dan tidak lagi menjadi "rubber stamp" yg selama ini dikatakan hanya berperanan menurut kata dan perintah pemain-pemain politik. Tahniah YDPA. Baginda adalah sebenarnya yg telah berjaya merungkai kemelut ini dengan penuh bijaksana.

DAULAT TUANKU🙏
SEMOGA INSTITUSI RAJA BERLEMBAGAAN AKAN TERUS MENJADI PAKSI RAKYAT & NEGARA

Pembayang Kabenit: 

Perdana Menteri : Mahathir

Timbalan Perdana Menteri : Datuk Seri Anwar Ibrahim ( PKR )

Menteri Kewangan 1 : Lim Guan Eng ( DAP )

Menteri Kewangan 2 : Nurul Izzah ( PKR )

Menteri Pertahanan : Mohamad Sabu ( AMANAH )

Menteri Dalam Negeri : Saifuddin Nasution ( PKR )

Menteri Hal Ehwal Ekonomi : Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Menteri Pengangkutan : Anthony Loke Siew Fook ( DAP )

Menteri Pengajian Tinggi : Tony Pua Kiam Wee ( DAP )

Menteri Pendidikan : Mahathir

Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga & Masyarakat : Hannah Yeoh (DAP)

Menteri Komunikasi Dan Media : Gobind Singh Deo ( DAP )

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : Fuziah Salleh ( PKR )

Menteri Sumber Manusia : Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid ( PKR )

Menteri Pertanian & Industri Asas Tani : Datuk Salahuddin Bin Ayub (AMANAH )

Menteri Industri Utama : Datuk Mohd Hatta Bin Ramli ( AMANAH )

Menteri Kesihatan : Dzulkefly Ahmad ( AMANAH )

Menteri Luar Negeri : Wong Chen ( PKR )

Menteri Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar : Khalid Samad ( AMANAH )

Menteri Pelancongan Seni Dan Kebudayaan : Shamsul Iskandar Md Akin ( PKR )

Menteri Tenaga Teknologi Sains , Iklim & Alam Sekitar : Yeo Bee Yin ( DAP )

Menteri Belia Dan Sukan : Syed Saddiq Syed Abd Rahman

Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri : Chong Chieng Jen ( DAP )

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Pengguna : Mohamed Hanipa Maidin ( AMANAH )

Menteri Pembangunan Usahawan : Liew Chin Tong ( DAP )

Menteri Kerja Raya : Rina Harun

Menteri Air , Tanah & Sumber Asli : Mahfuz Omar ( AMANAH )

Menteri di JPM ( Agama ) : Mujahid Yusuf Rawa ( AMANAH )

Menteri di JPM ( Undang – Undang ) : Nga Kor Ming ( DAP )

Menteri di JPM ( Perpaduan ) : M. Kulasegaran ( DAP )

TIMBALAN MENTERI

Timbalan Menteri Kewangan 1 : Dato Johari Bin Abdul ( PKR )

Timbalan Menteri Kewangan 2 : Dato Hassan Bahrom ( AMANAH )

Timbalan Menteri Pertahanan : Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji ( DAP )

Timbalan Menteri Dalam Negeri : Lim Lip Eng ( DAP )

Timbalan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi : William Leong ( PKR )

Timbalan Menteri Pengangkutan : Charles Santiago ( DAP )

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi : Ngeh Koo Ham ( DAP )

Timbalan Menteri Wanita , Keluarga & Masyarakat : Tan Yee Kew ( PKR )

Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia : Akmal Nasrullah Mohd Nasir ( PKR )

Timbalan Menteri Pendidikan : Teo Nie Ching ( DAP )

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar : Larry Sng Wei Shien ( PKR)

Timbalan Menteri Pertanian : Sim Tze Tzin ( PKR )

Timbalan Menteri Kesihatan : Dr Lee Boon Chye ( PKR )

Timbalan Menteri Industri Utama : Noor Amin bin Ahmad ( PKR )

Timbalan Menteri Sumber Manusia : Wong Tack ( DAP )

Timbalan Menteri Wilayah & Bandar : Azman Ismail ( PKR )

Timbalan Menteri Teknologi & Sains : Sivakumar A/L Varatharaju ( DAP )

Timbalan Menteri Perdagangan : Wong Kah Woh ( DAP )

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan : Sim Chee Keong ( DAP )

Timbalan Menteri Kerja Raya : Mohd Anuar Mohd Tahir ( AMANAH )

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan : Hassan Karim ( PKR )

Timbalan Menteri di JPM ( Agama ) : Hasanuddin Mohd Yunus ( AMANAH )

Timbalan Menteri di JPM ( Undang – Undang ) : Kesavan a/l Subramaniam ( PKR )

Timbalan Menteri di JPM ( Perpapaduan ) : Maszlee Malik

Sumber:
https://thecoverage.my/news/here-are-the-list-of-new-cabinet-minister-line-up-under-mahathir-pm-8-new-coalition-with-anwar-pkr-dap-amanah/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/tidak-rugi-jika-kita-mengambil-sedikit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takpe Belum Ada Zuriat Sekarang Allah Bagi Masa Honeymoon Lepas Ni Allah Bagi Berturut Turut Anak

Takpe Belum Ada Zuriat Sekarang Allah Bagi Masa Honeymoon Lepas Ni Allah Bagi Berturut Turut Anak

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 416 hits
Setiap orang diberikan rezeki berbeza beza Ada yang dilimpahi dengan kekayaan hidup sederhana dan ada juga yang dikurniakan anak ramai tetapi orang sebelah pula bertahun kahwin masih belum ada suara tangisan si kecil Namun apa sahaja yang T...
Sumareh Berteka Teki Soal Masa Depan

Sumareh Berteka Teki Soal Masa Depan

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 213 hits
Pemain penyerang sayap pasukan Pahang Mohamadou Sumareh masih berteka teki tentang masa depannya Beliau menyatakan buat masa ini beliau mahu berahsia dahulu tentang perkara itu Spekulasi bertiup kencang mengaitkan penyerang Harimau Malaya i...
35 Kumpulan Kata Kata Romantis Dari Film Film Hollywood Sepanjang Masa

35 Kumpulan Kata Kata Romantis Dari Film Film Hollywood Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 250 hits
Berikut merupakan kata kata romantis dari film film Hollywood yang tak lekang oleh waktu yang bisa menginspirasi anda untuk pasangan anda
Pasang Air Cond Dan Kipas Dalam Satu Masa Technician Dedah Kesan Ramai Tak Sedar

Pasang Air Cond Dan Kipas Dalam Satu Masa Technician Dedah Kesan Ramai Tak Sedar

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 342 hits
Pasti ramai di antara kita yang mempunyai pendingin hawa yang dapat memberi udara dingin di ruangan dalam rumah Namun ada juga yang hanya menggunakan kipas untuk memastikan ruangan dalam rumah berada dalam keadaan yang sejuk Pun begitu ada ...
Seks Masa Sesuai Untuk Hamil

Seks Masa Sesuai Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 513 hits
Bilakah masa yang terbaik untuk bersama Apabila anda sedang cuba untuk hamil seks pada masa yang sesuai sangat penting Telur anda sebaik sahaja dibebaskan daripada salah satu ovari boleh bertahan selama di antara 12 dan 24 jam sahaja Sperma...
13 Keistimewaan Mini Telekung Auni S Design Pilihan Muslimah Masa Kini Mudah Dan Selesa

13 Keistimewaan Mini Telekung Auni S Design Pilihan Muslimah Masa Kini Mudah Dan Selesa

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1386 hits
KEISTIMEWAAN TUDUNG AUNI S DESIGN1 Manfaat 2 layer poket Muat untuk memasukkan pasport supaya memudahkan urusan imigresyen Mudah dan ringkas kerana tidak perlu membawa tas tangan terutamanya ketika mengerjakan rukun umrah dan haji Boleh mel...
3 Penerapan Pancasila Sebagai Dasar Negara Pada Masa Awal Kemerdekaan

3 Penerapan Pancasila Sebagai Dasar Negara Pada Masa Awal Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 298 hits
Penerapan pancasila sebagai dasar negara pada masa awal kemerdekaan mendapatkan banyak tantangan dan rongrongan Ada banyak usaha untuk mengganti Pancasila sebagai dasar negara yang dilakukan oleh beberapa kelompok seperti PKI dan DI NII Pan...
Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 518 hits
Adakalanya malang tidak berbau Kecederaan yang berlaku tanpa kita jangka membuatkan anak kecil kita menerima kesan yang berpanjangan hingga membesar Salah satu hal yang perlu dijaga adalah gigi anak anak terutama apabila anak sudah pun mend...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat