Seks Masa Sesuai Untuk Hamil



Bilakah masa yang terbaik untuk bersama? Apabila anda sedang cuba untuk hamil, seks pada masa yang sesuai sangat penting. Telur anda, sebaik sahaja dibebaskan daripada salah satu ovari, boleh bertahan selama di antara 12 dan 24 jam sahaja. Sperma dapat bertahan lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam uterus dan tiub falopia anda. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, anda mempunyai tempoh subur selama kira-kira enam hari sahaja.

Tempoh enam hari itu termasuk lima hari sebelum dan hari anda mengovulasi.
Seks pada masa yang tepat sewaktu ovulasi tidak begitu penting. Sebaliknya, apa yang penting ialah memastikan anda bersama suami dalam tempoh kesuburan anda. Justeru, waktu yang paling sesuai bersama suami jika anda mahu hamil ialah satu atau dua hari sebelum anda mengovulasi.

Seperti yang anda boleh bayangkan, sukar untuk mengenal pasti hari yang tepat sebelum ovulasi. Jadi cara yang terbaik ialah nikmati seks setiap dua atau tiga hari dalam waktu kitaran anda.

Tetapi jika anda mahu meneliti statistiknya, ada dinyatakan di sini. Mengandaikan anda dan suami mempunyai kesuburan yang normal, kebarangkalian anda hamil adalah:

4 peratus jika anda mengadakan seks lima hari sebelum ovulasi;15 peratus jika anda mengadakan seks empat hari sebelum ovulasi;25 hingga 28 peratus jika anda mengadakan seks satu atau dua hari sebelum ovulasi;8 hingga 10 peratus jika anda mengadakan seks dalam masa 24 jam ovulasi berlaku.

Bila masa anda mengovulasi dalam mana-mana kitaran bergantung kepada:

kepanjangan kitaran haid anda;kekerapan haid anda.

Kitaran haid seorang wanita boleh jadi sependek 22 hari atau sepanjang 36 hari. Secara purata, seorang wanita itu dating haid di antara 12 dan 14 hari selepas dia mengovulasi.

Jadi anda berkemungkinan untuk mengovulasi sekitar pertengahan kitaran jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Jika kitaran anda pendek, anda boleh mengovulasi dalam masa beberapa hari selepas haid anda kering. Jika anda mempunyai kitaran yang panjang, anda boleh mengovulasi dua minggu selepas haid anda kering.

Hampir 50 peratus wanita mempunyai kepanjangan kitaran yang berbeza-beza sebanyak lebih daripada tujuh hari. Jika kepanjangan kitaran anda tidak sekata, tempoh kesuburan anda juga mugkin berbeza kira-kira seminggu dari bulan ke bulan.

Sebab itulah lebih baik untuk anda mengadakan seks setiap dua hingga tiga hari sepanjang kitaran anda. Ianya lebih berkesan berbanding menumpukan tenaga anda hanya pada hari-hari yang anda fikir anda hampir mengovulasi. Begitu juga, seks setiap dua hingga tiga hari meningkatkan kualiti sperma berbanding dengan seks setiap hari.


Bagaimana saya boleh tahu bilakah saya hampir mengovulasi?
Anda mungkin sedar bila anda mengovulasi, atau anda mungkin tidak perasan sebarang perubahan yang berlaku. Jika anda merancang untuk hamil, kenalilah badan anda dengan lebih dekat lagi. Perhatikan tanda-tanda semula jadi yang menunjukkan anda sedang menghampiri waktu ovulasi. Ini boleh bermula kira-kira tiga minggu sebelum haid yang seterusnya datang, dan tanda-tandanya termasuk:

Peningkatan rembesan faraj menjadikannya lebih basah, dan teksturnya anjal seperti putih telur. Ini dipanggil mukus subur. Rasa sedikit tidak selesa pada sebelah bahagian perut. Rasa lebih seksi.

Salah satu cara yang paling mudah untuk mengetahui bilakah hari-hari subur anda ialah dengan kaedah “dua hari”. Ini melibatkan pemeriksaan harian untuk melihat kehadiran mukus subur.

Apa yang anda perlu lakukan ialah tanya diri sendiri dua soalan samada pada waktu tengah hari atau sebelum anda masuk tidur: “Adakah saya perasan sebarang rembesan hari ini?” dan “Adakah saya perasan sebarang rembesan semalam?” Jika jawapan kepada kedua-dua soalan itu ialah “ya”, maka anda kemungkinan besar dalam tempoh subur. Jika jawapan bagi kedua-duanya ialah “tidak”, maka anda mungkin bukan berada dalam tempoh subur.

Untuk mengenal pasti tempoh subur, cubalah kakulator ovulasi kami. Dan baca artikel kami untuk mendapatkan tip-tip yang dapat membantu anda mengenal pasti tanda-tanda ovulasi.


Adakah haid yang tidak tetap bermakna lebih sukar untuk hamil?
Jika haid anda tidak tetap, lebih sukar bagi anda mengenal pasti bilakah waktu subur anda. Jadi berlatihlah mengesan tanda-tanda mukus subur, enggunakan kaedah “dua hari” yang dinyatakan tadi. Cuba untuk mengadakan seks apabila anda perasan sudah dua tiga hari anda mendapat mukus basah dan licin. Atau anda mungkin dapati lebih mudah dengan hanya mengadakan seks yang kerap sepanjang kitaran anda.

Jika kitaran anda tidak tetap, atau selang lebih daripada 36 hari, jumpalah doktor. Kadang kala kitaran yang tidak tetap disebabkan oleh masalah seperti sindrom polisistik ovari (PCOS) atau masalah tiroid. Masalah-masalah ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil.

Anda biasanya dinasihatkan supaya terus mencuba untuk hamil selama sekurang-kurangnya satu tahun sebelum merujuk kepada doktor tentang masalah penghamilan. Walau bagaimanapun, jika anda berumur 36 tahun atau lebih atau anda mempunyai masalah kesihatan seperti haid tidak tetap yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil, maka anda disarankan supaya mendapatkan bantuan segera.


Sumber : BabyCenter

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogpetua.blogspot.com/2020/02/seks-masa-sesuai-untuk-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Berat Badan Naik Melampau Masa Hamil Boleh Kurangkan Ikut Fomula Ini

Kalau Berat Badan Naik Melampau Masa Hamil Boleh Kurangkan Ikut Fomula Ini

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 286 hits
Pertambahan berat badan ketika hamil adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap individu wanita hamil Tetapi kalau berat anda menjadi berlebihan bagaimana untuk mengurangkan berat Mengurangkan berat Kenaikan berat sepanjang tempoh k...
Arwah Suami Pergi Masa Hamil 4 Bulan Isteri Tunaikan Hasrat Rakam Foto Keluarga

Arwah Suami Pergi Masa Hamil 4 Bulan Isteri Tunaikan Hasrat Rakam Foto Keluarga

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 551 hits
Setiap orang pasti mengimpikan kebahagiaan rumah tangga yang terbina sejak berkekalan hingga ke akhir hayat Namun begitu siapalah kita untuk menafikan atau menukar takdir yang ditetapkan oleh Maha Esa apabila menjemput ahli keluarga pergi b...
Hilang Anak Abang Dalam Masa 3 Bulan Tuhan Ganti Rezeki Isteri Ali Puteh Hamil Lagi

Hilang Anak Abang Dalam Masa 3 Bulan Tuhan Ganti Rezeki Isteri Ali Puteh Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 759 hits
Suasana pilu dan sedih masih lagi menyelubungi seluruh ahli keluarga Syed Umar Mokhtar Syed Mohd atau Abam yang meninggal dunia pada Isnin yang lalu terutama bagi adiknya Ali Puteh Tapi kuasa Allah itu memang cukup hebat selang beberapa har...
Djp Penerimaan Pajak 2019 Tak Sesuai Harapan

Djp Penerimaan Pajak 2019 Tak Sesuai Harapan

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 173 hits
Direktur Penyuluhan dan Pelayanan Ditjen Pajak Hestu Yoga Saksama mengakui bahwa penerimaan pajak 2019 hanya tumbuh tipis
Pokok Pasu Yang Sesuai Di Ruang Teduh

Pokok Pasu Yang Sesuai Di Ruang Teduh

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 366 hits
Selalu ana post gambar gambar pokok bunga rose dan pokok bunga warna warni di halaman ataupun pokok di kebun belakang rumah jer kan Hari ini nak share dengan korang pokok pokok hijau yang ana letakkan di ruang porch parkir kereta berbumbung...
Resepi Kerepek Carrot Hanya Guna 3 Bahan Sihat Amp Sesuai Untuk Anak Anak

Resepi Kerepek Carrot Hanya Guna 3 Bahan Sihat Amp Sesuai Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 367 hits
Mesti ramai ibu ibu dah lalui dilema begini bila cuba galakkan anak anak makan makanan berkhasiat kan Lebih lebih lagi apabila si kecil yang suka mengunyah dan makan snek Jadi ibu ini kongsi resepi mudah dan sihat membuat snek untuk anak Se...
Pks Sebut Harga Bbm Tak Sama Rata Sesuai Klaim Presiden Jokowi

Pks Sebut Harga Bbm Tak Sama Rata Sesuai Klaim Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 208 hits
Anggota Komisi VII Dewan Perwakilan Rakyat dari Fraksi Partai Keadilan Sejahtera Mulyanto mengkritik klaim sukses program Bahan Bakar Minyak satu harga Presiden Joko Widodo Menurutnya fakta di beberapa wilayah mengenai harga BBM satu harga ...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp