Tidak Perlu Lockdown Jika Proses Vaksin Tidak Lembab




tidak perlu lockdown jika proses vaksin tidak lembabOleh: Redzuan RF8 MediaMay 30, 2021ShareTindakan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau lockdown tidak diperlukan sekiranya suntikan vaksin dipercepatkan sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarpun lockdown disokong semua pihak untuk memutuskan rantaian Covid 19 namun ada beberapa isu yang perlu segera diselesaikan kerajaan terkait tindakan berkenaan.
“Kita dikejutkan dengan pengumuman lockdown. Sebab minggu sebelumnya tidak ada kawalan ketat, kemudian diumumkan. Ada kebijaksanaannya untuk kawasan yang dianggap sangat mengancam keselamatan rakyat.
“Tetapi kalau kita lihat peta Malaysia, kawasan yang dianggap mencabar adalah yang banyak kes. Ada kawasan pedalaman Pahang, Sarawak dan sebagainya yang kes kecil sekali. Mengapakah lockdown (diisytihar) seluruh negara, itu yang harus PM berikan penjelasan. Mengapa lockdown di kawasan yang tidak bermasalah, lebih baik sekadar kawalan minimum.
“Lockdown beri kesan ekonomi yang parah. Namun orang tak terima kerana langkah penyelesaian lambat, yang tahu lockdown. Tetapi tindakan untuk memperolehi vaksin?
“Kejayaan (menurunkan kes) di Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain kerana vaksin. Bila vaksin diberikan maka tak perlu fikir lockdown,” katanya dalam siaran langsung Facebook, malam tadi.
Bagi Ahli Parlimen Port Dickson itu, lockdown sepatutnya langkah terakhir dan penumpuan harus diberikan kepada usaha menyediakan dana bantuan kepada rakyat.
“Bila umum lockdown perlu umum sekali langkah bantuan kepada rakyat. Itu belum diberikan. Apakah lockdown akan percepat proses vaksin? Tiada petanda.
“Oleh itu, saya desak kerajaan putuskan sekarang juga mana-mana sektor swasta dan Kerajaan Negeri dibenarkan beli vaksin untuk langkah yang lebih berkesan. Ini demi keselamatan rakyat, jangan fikirkan soal politik, komisyen, kewangan, keuntungan peribadi sebagainya,” ujarnya.
Sebelum itu, Anwar memberitahu pasukan tindakan Covid 19 di bawah pejabat Ketua Pembangkang semalam telah menghubungi dua pakar bagi menghuraikan lebih lanjut berkenaan tindakan mengawal dan menangani Covid.
Katanya, melalui perbualan bersama Prof Dr Sanjiv Krihsna dan Prof Jamal Hisham Hashim, ditegaskan strategi sesuai menangani Covid adalah dengan mengenali masalah, strategi rawatan bersesuaian dan vaksinasi.
“Tiga perkara ini disentuh dan dikaji berdasarkan perkembangan yang berlaku.
“Bagi (pendapat) Prof Sanjiv, bagi saya agak menggerunkan dan beri peringatan kepada rakyat. Iaitu 2% daripada orang yang positif Covid akan menyebabkan 90% yang lain mendapat kesan jangkitan.
“Maknanya 1 orang boleh jangkiti 45 orang. Kewaspadaan kita tidak hanya tertakluk kepada arahan tetapi tanggungjawab mematuhi segala perintah terutama dalam SOP.
“Soal pengesanan penyakit adalah untuk menentukan ujian itu lebih menyeluruh. Sekarang ini keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (melakukan) 150,000 ujian sehari, sebab itu negeri Selangor mengambil inisiatif tambahan (saringan percuma kerajaan negeri),” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu menekankan perlunya kerajaan memperbanyak saringan Covid serta mengesan tanda-tanda awal jangkitan dan mempersiapkan hospital, alat pernafasan juga Unit Rawatan Rapi.
Mengenai pendaftaran vaksin, Anwar berpuas hati dengan jumlah yang agak tinggi. Malah, katanya negeri yang tertinggi mendaftar untuk mendapatkan vaksin adalah Sarawak yang lebih banyak kawasan pedalaman berbanding bandar.
Katanya, strategi pemberian vaksin juga perlu diubah untuk kasawan pendalaman dan desa.
Namun, proses kemasukan vaksin yang perlahan bagi beliau sangat memprihatinkan.
“Dari segi jumlah (ketibaan) vaksin dipertikai. Dijanji sejak Januari sekarang pergi ke akhir Jun. Pharmaniaga kata akan perolehi 4 juta vaksin akhir Jun. Tetapi penerimaan dan pengagihan itu satu soal lain.
“Vaksin tidak boleh (terus diagih) dengan kaedah yang ada sekarang (yang banyak kelemahan).
“Kita perlu turun (benarkan suntikan dilakukan) ke klinik desa dan ke klinik swasta yang kecil-kecil. Di Selangor umpamanya, Menteri Besar memaklumkan (lebih cepat proses vaksinasi dengan bantuan klinik).
“Kita gesa sekali lagi, perolehan vaksin disegerakan dan jangan berdolak dalih,” tegas Anwar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/tidak-perlu-lockdown-jika-proses-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunakan Tempoh Lockdown Percepatkan Proses Vaksinasi

Gunakan Tempoh Lockdown Percepatkan Proses Vaksinasi

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 254 hits
POSTED BY AMIR WRLRPerwakilan Negeri Kedah Adam Loh menyeru kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan penuh digunakan untuk mempercepatkan proses vaksinasi negara Beliau berkata gesaan itu dibuat kerana menyifatkan proses vaksinasi...
Vaksin Kawalan Pergerakan Kendiri Kini Pertahanan Utama Lawan Covid 19

Vaksin Kawalan Pergerakan Kendiri Kini Pertahanan Utama Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 224 hits
MALAYSIAKINI Suntikan vaksin dan kawalan pergerakan kendiri adalah pertahanan utama dan penting bagi setiap rakyat ketika ini dalam usaha untuk melumpuhkan penularan COVID 19 yang dilihat kembali memuncak sejak awal April lepas Presiden Per...
Buasir Otak Tv Gagal Tempah Slot Janji Temu Vaksin

Buasir Otak Tv Gagal Tempah Slot Janji Temu Vaksin

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 290 hits
Bila kau gagal tempah slot janji temu vaksin sebab website hang ramai sangat yang masuk Jom tonton animasi ini
Penerima Vaksin Akan Mati Selepas Dua Tahun

Penerima Vaksin Akan Mati Selepas Dua Tahun

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 336 hits
INI satu lagi kaedah kumpulan anti vaksin untuk memburuk burukkan vaksin Mereka memetik pendapat peribadi individu tertentu dan memotong sekerat sekerat kenyataan yang telah dikeluarkan Walaupun ianya dikeluarkan oleh individu termasyhur te...
P Pinang Perlu Tulis Surat Pada Pharmaniaga Tawar Beli Vaksin Secara Terus

P Pinang Perlu Tulis Surat Pada Pharmaniaga Tawar Beli Vaksin Secara Terus

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 228 hits
Pada 29 Mei 2021oleh PENTADBIROleh Ghafar NSSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berpendapat Kerajaan Pulau Pinang harus menulis surat kepada Pharmaniaga Bhd secara rasmi bagi menawarkan untuk membeli vaksin secara terus Beliau berkata ini sem...
Stafsus Jokowi Ke Gubernur Jabar Prioritaskan Vaksin Penyandang Disabilitas

Stafsus Jokowi Ke Gubernur Jabar Prioritaskan Vaksin Penyandang Disabilitas

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 178 hits
Vaksinasi untuk penyandang disabilitas diprioritaskan mengingat kelompok rentan ini diprioritaskan agar kesehatannya pulih dan perekonomiannya bisa dibantu dan bangkit kembali bebernya
Rentasan 895 Panas Rakyat Diberi Suntikan Vaksin Kurang Dos Amara

Rentasan 895 Panas Rakyat Diberi Suntikan Vaksin Kurang Dos Amara

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 210 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8951 HASIL MAINAN SCHEME OF THING GAGAL 2 ADAKAH DOS VAKSIN JUGA DUA DARJAT 3 INILAH HASIL BILA LANTIKAN POLITIK KUASAI GLC
Hiburan Nad Zainal Keliru Dek Dakwaan Dapat Layanan Istimewa Daftar Vaksin

Hiburan Nad Zainal Keliru Dek Dakwaan Dapat Layanan Istimewa Daftar Vaksin

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 190 hits
Baru baru ini pelakon Nad Zainal dituduh oleh seorang individu di laman media sosial Twitter dimana individu tersebut mendakwa Nad mendapat layanan double standard ketika mendaftar slot untuk vaksin AstraZeneca Pelakon drama Takdir Yang Ter...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti