Tidak Membantu Tangani Covid Tiba Masanya Agong Tamatkan Perintah Darurat


 





Darurat yang telah berkuatkuasa sejak 3 bulan lalu terbukti tidak berjaya menangani wabak Covid 19 sebagaimana alasan yang diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada 13 Januari 2021.

Oleh itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tiba masanya darurat yang gagal itu ditamatkan agar pendekatan lain yang lebih relevan diambil.
"Rasionalnya seperti yang kita semua maklum, setakat ini darurat tidak berjaya membantu kerajaan dalam usaha mengekang penyebaran wabak Covid 19.
"Malah kita lihat keadaan menjadi semakin genting bila jumlah kes meningkat dengan mendadak. Tempat-tempat sebelum ini yang dianggap kawasan hujau seperti Kelantan dan Terengganu tiba-tiba jumlah kes meningkat begitu tinggi, tidak termasuk Sarawak
"Persoalannya adakah darurat berjaya mengekang Covid? Berdasarkan bukti yang ada dan berdasarkan sains, ia tidak melakukan perkara itu.
"Maka bagi kami memang cukup wajar untuk jemaah menteri menasihatkan Tuanku menamatkan darurat sekarang," katanya ketika ditemui dalam himpunan penyerahan memorandum anjuran Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, walaupun telah ditubuhkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bagi tujuan menasihatkan Agong dalam isu darurat namun memorandum yang dihantar oleh Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat adalah suara sebenar dari rakyat biasa yang perlu diambil kira.
"Setakat ini sekitar hampir 40,000 orang telah menadatangani petisyen online untuk mohon perkenan Tuanku menamatkan darurat
"Saya lihat masalah besar berlaku dari segi ekonomi, sosial, sekolah sekejap buka-tutup, pemberian vaksin juga belum memadai. Semua ini tidak dibantu oleh darurat. Yang paling terkesan adalah proses semak imbang apabila Parlimen terus ditutup walaupun Tuanku telah bertitah Parlimen boleh bersidang," katanya.
Ditanya mengenai kempen spontan di media sosial #KerajaanGagal, Fahmi berkata kempen itu dimulakan oleh rakyat dan digerakkan sepenuhnya oleh rakyat, tanpa campurtangan ahli-ahli politik.
"Itu (kempen) adakah yang lahir dari sanubari rakyat. Ini adalah gerakan organik, tiada kaitan dengan ahli politik. Saya sendiri tidak mahu komen sangat sebab kita lihat kemarahan rakyat telah capai ke satu tahap di mana mereka seakan begitu berani mengutarakan pandangan mereka.
"Ramai yang hilang kerja, hampir 800,000 dan jumlahnya amat tinggi dalam kalangan anak muda hampir 13%, dan ini bukan jumlah yang kecil. Kemarahan itu dapat kita lihat dengan respons anak muda di Tweeter dan Facebook," katanya lagi.
Himpunan di luar pagar Istana Negara petang tadi dihadiri oleh pimpinan Pakatan Harapan serta pemimpin-pemimpin pembangkang lain. Tiga tokoh politik, Tun Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu dan Khalid Samad dibenarkan masuk ke istana.
Mereka menghantar permohonan kedua menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.
Surat berkenaan, diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Nazim Mohd Alim pada kira-kira 3.30 petang.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/tidak-membantu-tangani-covid-tiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Mahu Anak Muda Laksana Inisiatif Bantu Dunia

Covid 19 Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Mahu Anak Muda Laksana Inisiatif Bantu Dunia

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah bahawa golongan muda harus berani dan memulakan inisiatif bagi membantu memulihkan dunia kepada keadaan yang lebih baik dalam mengharungi pandemik Co...
How Is The Tamat Darurat Committee Going To Convince The Agong To End The Emergency

How Is The Tamat Darurat Committee Going To Convince The Agong To End The Emergency

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 351 hits
The media team in the PMO in Putrajaya is so weak that I fear the Tamat Darurat committee will be able to convince the Agong that the Emergency has negative impacts on the rakyat while the government still sleeps and fails to prove otherwis...
Sejak Semalam Heboh Di Tweeter Menteri Kesihatan Nafi Agong Peroleh Vaksin Sinopharm Covid 19 Dari Uae

Sejak Semalam Heboh Di Tweeter Menteri Kesihatan Nafi Agong Peroleh Vaksin Sinopharm Covid 19 Dari Uae

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 308 hits
April 18 2021 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menafikan laporan media yang mendakwa Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah telah memperoleh vaksin Sinopharm Covid 19 yang belum diluluskan untuk digunaka...
Health Minister Denies Agong Kin Vaccinated With Illegal Sinopharm Covid 19 Vaccine During Uae Visit

Health Minister Denies Agong Kin Vaccinated With Illegal Sinopharm Covid 19 Vaccine During Uae Visit

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 380 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah met with Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais at the Emirates Palace December 23 2020 Picture via Facebook KUALA LUMPUR Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba has r...
Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Darurat Serah Surat Kepada Istana Negara

Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Darurat Serah Surat Kepada Istana Negara

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 386 hits
ismaweb netDakwa darurat bawa kesan buruk daripada pelbagai sudutKUALA LUMPUR 8 Ramadan 1442H Selasa Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat hari ini menghantar surat kedua kepada Istana Negara memohon menghadap Yang di Pertuan Agon...
Agong Berkenan Terima Menghadap Jawatankuasa Tamat Darurat

Agong Berkenan Terima Menghadap Jawatankuasa Tamat Darurat

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 322 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini memperkenankan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap baginda Menurut sumber yang rapat dengan jawatankuasa itu sepucuk surat dari Ista...
Jk Tamat Darurat 12 Pemimpin Pembangkang Dijangka Menghadap Agong

Jk Tamat Darurat 12 Pemimpin Pembangkang Dijangka Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 273 hits
Yasmin RamlanJawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat bercadang membawa 12 pemimpin pembangkang bagi menghadap Yang di Pertuan Agong untuk memperincikan desakan mereka berkaitan darurat Bagaimanapun menurut Pengerusinya Khalid Samad nama 1...
Darurat Gagal Bendung Covid Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Hassan Karim

Darurat Gagal Bendung Covid Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Hassan Karim

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 305 hits
Darurat diisytihar pada awal Januari lalu dengan alasan khusus untuk memerangi wabak Covid 19 Namun setelah berlalu 3 bulan bukan sahaja jumlah jangkitan Covid tidak menurun malah angka kematian pula yang meningkat Bagi Ahli Parlimen Pasir ...
Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Carsome Unveils Official Fam Fleet

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Impose Retirement Age On Politicians Too

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

Lirik Lagu Dalam Sujudku Amira Othman

Seriously Ds Azalina Please Let Them Rest

3d Print Custom Toy Create Unique Designs With R3dprints