Covid 19 Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Mahu Anak Muda Laksana Inisiatif Bantu Dunia


 

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah bahawa golongan muda harus berani dan memulakan inisiatif bagi membantu memulihkan dunia kepada keadaan yang lebih baik dalam mengharungi pandemik Covid-19.
Bertitah pada Global Youth Mobilisation secara maya malam semalam, Seri Paduka berpandangan golongan muda harus diberi peluang dan sokongan untuk memainkan peranan mereka sebagai warga dunia yang aktif menyumbang.
Titah baginda, golongan muda bersemangat, berbakat serta kreatif, dan penularan pandemik itu menunjukkan bahawa mereka juga panjang akal untuk terus belajar dan menyesuaikan diri sekalipun berdepan gangguan besar dalam pendidikan mereka.
“Kita telah lihat golongan muda melakukan kerja sukarela, menyokong petugas barisan hadapan, membangkitkan kesedaran awam, dan paling tidak, menjadi warga yang bertanggungjawab dengan mematuhi garis panduan pencegahan penularan Covid-19.
“Kita juga telah melihat usaha pertubuhan belia seperti yang dilakukan oleh Big 6 dalam memastikan pembelajaran orang muda tidak terhenti di sebalik segala gangguan itu,” titah baginda dalam video bersempena Global Youth Mobilisation.
Tunku Azizah turut menzahirkan rasa gembira diundang bertitah pada Global Youth Mobilisation, satu inisiatif oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Big 6 Youth Organisations, dan sebagai ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri serta selaku Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, baginda bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif itu.
“Beta juga mengucapkan tahniah kepada WHO dan Big 6 Youth Organisations kerana proaktif dalam mengiktiraf maklum balas positif bahawa orang muda boleh menyumbang kepada usaha menangani pandemik Covid-19 dan memainkan peranan aktif dalam usaha pemulihan dengan mewujudkan platform ini serta sumber untuk menyokong mereka,” titah baginda.
Tunku Azizah turut menggesa semua kerajaan, perniagaan dan komuniti menyokong golongan muda menerusi inisiatif Global Youth Mobilisation itu.
Sementara itu, Seri Paduka bertitah pendidikan tidak formal telah diterima guna untuk dilaksanakan oleh golongan muda di rumah dan secara maya.
Malah titah baginda, lebih banyak hubungan antarabangsa yang menyumbang kepada persefahaman dan keamanan dunia berlaku melalui program dan acara maya melibatkan golongan muda dari pelbagai negara pada masa ini.
“Kami sangat bangga apabila dua ahli Pandu Puteri dari Malaysia dapat berucap pada forum kesaksamaan generasi di Mexico kerana kalau pada hari-hari biasa, usaha ini akan melibatkan kos yang banyak untuk membawa mereka ke sana.
“Memetik Mia Arissa, ahli Pandu Puteri berusia 11 tahun dari Malaysia yang berucap pada forum itu baru-baru ini: ‘Kami merupakan pelaburan tanpa perbelanjaan. Jangan pandang rendah potensi kami hanya kerana kami dianggap muda. Anak gadis juga boleh lakukan banyak perkara jika diberikan peluang berbuat demikia’,” titah baginda. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/04/covid-19-raja-pemaisuri-agong-tunku.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tomok Dan Raja Mukhriz Positif Inisiatif Cendana Dapat Bantu Merangsang Industri Kreatif Tempatan

Tomok Dan Raja Mukhriz Positif Inisiatif Cendana Dapat Bantu Merangsang Industri Kreatif Tempatan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 213 hits
Tidak dapat dinafikan semenjak dunia dilanda pandemik COVID 19 ini ia telah memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai termasuklah para penggiat seni dan golongan selebriti Berikutan dengan perkara tersebut kerajaan telah memutuskan unt...
Health Minister Denies Agong Kin Vaccinated With Illegal Sinopharm Covid 19 Vaccine During Uae Visit

Health Minister Denies Agong Kin Vaccinated With Illegal Sinopharm Covid 19 Vaccine During Uae Visit

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 359 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah met with Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais at the Emirates Palace December 23 2020 Picture via Facebook KUALA LUMPUR Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba has r...
United Kingdom Lapor 32 Penerima Suntikan Vaksin Covid 19 Astrazeneca Meninggal Dunia

United Kingdom Lapor 32 Penerima Suntikan Vaksin Covid 19 Astrazeneca Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 274 hits
United Kingdom melaporkan 168 penerima suntikan vaksin COVID 19 AstraZeneca mengalami kesan sampingan pembekuan darah termasuk 32 yang maut akibatnya Menurut Agensi Kawal Selia Produk Ubat dan Kesihatan mereka yang mengalami pembekuan darah...
Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Banyak Belanja Untuk Bantu Rakyat Terkesan Dengan Covid 19 Muhyiddin

Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Banyak Belanja Untuk Bantu Rakyat Terkesan Dengan Covid 19 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 252 hits
The ReporterPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan pada masa ini sudah tidak mempunyai banyak wang kerana pada Belanjawan 2021 sebanyak RM600 bilion dan beberapa pakej rangsangan telah digunakan untuk membantu rakyat ...
Agong Zahir Kegusaran Peningkatan Kes Positif Covid 19

Agong Zahir Kegusaran Peningkatan Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 265 hits
MALAYSIAKINI Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan berterusan kes positif jangkitan harian Covid 19 di negara ini yang mencecah lebih 3 000 kes Datuk...
Sejak Semalam Heboh Di Tweeter Menteri Kesihatan Nafi Agong Peroleh Vaksin Sinopharm Covid 19 Dari Uae

Sejak Semalam Heboh Di Tweeter Menteri Kesihatan Nafi Agong Peroleh Vaksin Sinopharm Covid 19 Dari Uae

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 293 hits
April 18 2021 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menafikan laporan media yang mendakwa Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah telah memperoleh vaksin Sinopharm Covid 19 yang belum diluluskan untuk digunaka...
Tidak Membantu Tangani Covid Tiba Masanya Agong Tamatkan Perintah Darurat

Tidak Membantu Tangani Covid Tiba Masanya Agong Tamatkan Perintah Darurat

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 216 hits
Darurat yang telah berkuatkuasa sejak 3 bulan lalu terbukti tidak berjaya menangani wabak Covid 19 sebagaimana alasan yang diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada 13 Januari 2021 Oleh itu Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil be...
Amalkan Joymix Yoghurt Yuja Bantu Kuatkan Sistem Imun Badan Untuk Melawan Covid 19

Amalkan Joymix Yoghurt Yuja Bantu Kuatkan Sistem Imun Badan Untuk Melawan Covid 19

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 367 hits
Assalamualaikum Seperti yang kita semua tahu pandemik Covid 19 yang melanda dunia masih belum reda Bukan Fiza sahaja malah kita semua nakkan pandemik ini berakhir tapi apa daya yang kita ada untuk mengakhiri semua ini Apa yang perlu dilakuk...
Cara Bantu Anak Tadika Menulis Cantik Dengan Bermain Bukan Hanya Paksa Belajar

Cara Bantu Anak Tadika Menulis Cantik Dengan Bermain Bukan Hanya Paksa Belajar

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 402 hits
Kena tunggu dan tengok baru elok Jika tak tengok ada lah tulisan yang kecil ada besar Jenuh cakap Ini antara situasi yang biasa ibu ibu ada anak umur 5 hingga 6 tahun akan alami Sebenarnya dalam fasa ini anak kita sedang dalam fasa belajar ...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Persediaan Persekolahan

Leadership Styles Quiz Discover Your Unique Leadership Blueprint

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua