Tidak Masuk Akal Mengaitkan Anwar Dalang Dalam Video Azmin



Sejak awal apabila video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali tersebar, persoalan utama yang bermain di kepala ramai orang ialah siapakah dalang di sebaliknya?Apatah lagi apabila kemudian Haziq Abdullah Abdul Aziz, dengan tenang, selamba dan seperti membaca pengumuman melihat anak bulan puasa, mengakui beliau adalah lelaki dalam video terbabit sambil mendakwa Azmin adalah pasangan sejenisnya.Selain itu, beliau juga meminta SPRM menyiasat Azmin yang didakwanya tidak layak menjadi pemimpin.Sambil ramai yang bingung bagaimana Haziq boleh mengaitkan hubungan seks sejenis dengan siasatan SPRM, yang lainnya turut hairan macam mana lelaki semuda beliau ada kekuatan untuk mengakui penglibatannya dalam dunia paling jijik itu secara terbuka.Kemudian Haziq juga mendedahkan lagi hubungan seks sejenisnya dengan Azmin bukanlah pertama kali berlaku di Sandakan, tetapi turut berlaku di Kuching dan KL sejak tiga tahun lalu.Sekali lagi, ramai yang bertanya, jika tiada “seseorang” atau pihak yang benar-benar kuat dan kukuh di belakangnya, mana mungkin beliau mampu seberani itu tampil di depan umum dengan pengakuannya itu.Secara logiknya, dengan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Samsul Iskandar Md Akin dan Azmin pula merupakan menteri kanan, jika pun benar mereka berdua merupakan pasangan kekasih dan ada hubungan seks, menyimpan rapi hubungan itu jauh lebih bermanfaat dan menjamin masa depannya.Tiada untungnya beliau tampil membuat pengakuan mengenai penglibatannya kerana selain jawatannya sudah digantung dan mungkin dibuang kerja, beliau turut berdepan kemungkinan didakwa di mahkamah serta dipenjarakan selepas ini.Tetapi, jika ada “dalang besar” di belakangnya yang menjanjikan habuan lebih lumayan, mungkin segala-galanya tidak mustahil untuk seseorang itu berkorban seketika sementara laba lebih lumayan jatuh ke riba kemudiannya.Dalam hal ini, oleh kerana Azmin dilihat sebagai saingan kepada Anwar Ibrahim dan dikatakan lebih berada di hati Tun Mahathir Mohamad untuk dijadikan Perdana Menteri ke-8, walaupun dalam masa yang sama terikat dengan janji untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu dengan sendirinya terdedah kepada dakwaan sebagai dalang di sebalik video tersebut.Namun demikian, ikut hukum akal dan melihat kepada Anwar sendiri pernah terpalit dengan fitnah liwat sebanyak dua kali, tentulah tidak mungkin beliau menggunakan kaedah yang sama untuk memalukan Azmin yang merupakan anak didik dan mempunyai hubungan bagai keluarga dengannya.Mustahil Anwar sekejam dan sezalim itu dalam memburu cita-cita politiknya, malah dalam rekodnya sejak bersama UMNO lagi, beliau tidak pernah sama sekali menggunakan apa-apa taktik kotor dan jijik untuk menyerang dan menjatuhkan lawannya.Tetapi, sudah tentu mereka yang pernah merekayasa fitnah seumpama itu, lebih mungkin atau mudah untuk mengulanginya sekali lagi.Lagi pula, walaupun Azmin dikatakan saingan kepada Anwar untuk dijadikan Perdana Menteri ke-8, Presiden PKR itu tetap ada kelebihan kerana persetujuan dan konsensus PH untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya sudah terpatri dengan kukuh.Selain Tun Mahathir sendiri sudah banyak kali mengulangi janji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, PKR, DAP, Amanah dan Bersatu juga masih berpegang teguh kepada janji itu.Anwar hanya perlu bersabar dan menunggu detik waktu untuknya tiba menjadi Perdana Menteri dan tiada keperluan untuk menggunakan taktik kotor seperti penyebaran video dan sebagainya.Lebih daripada itu, sebagai Presiden PKR dan Azmin adalah timbalannya, lebih tidak masuk akal untuk mengatakan Anwar terlibat dalam taktik kotor sebegini kerana ia akan memalu serta meruntuhkan parti itu sendiri dari segi kepercayaan umum.Sebagai parti dominan dalam PH, kalau pun Anwar itu terlalu jahat dan rakus, lebih munasabah untuk beliau melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan Bersatu daripada menghancurkan partinya sendiri.Dalam pada itu, persoalan paling besar ialah bagaimana video itu dirakam dan disebarkan kerana Anwar tidak mempunyai kuasa dalam kerajaan yang memberinya kelebihan melakukan perkara jahat seperti itu.Ikut logik akal juga, tentulah mereka yang ada kuasa dan tahu pergerakan Azmin yang boleh memasang alat rakaman di bilik hotel penginapannya. Jika tidak, bagaimana mereka tahu di bilik mana Azmin menginap.Biasanya kerja-kerja sebegini hanya mungkin dilakukan oleh pengintip upahan, tetapi tentulah lebih mudah kalau ada penglibatan polis cawangan khas atau SB.Kalau Anwar mengupah pengintip upahan misalnya, risiko untuk perkara itu terdedah adalah lebih tinggi berbanding jika SB yang melakukannya.Tetapi, jika SB yang melakukannya, siapakah yang ada kuasa memberi arahan seperti itu?Adakah ia Anwar?Walaupun Haziq dalam pengakuannya turut mendedahkan Azmin sebagai lelaki yang sakit kerana memasang alat rakaman aksi seksnya sebagai koleksi peribadi, persoalan lain ialah bagaimana video itu boleh tersebar?Sangat tidak mungkin Azmin dengan sengaja menyebarkan video itu dengan tujuan untuk menarik simpati atau “mengenakan” Anwar misalnya.Sekali lagi, apa yang paling mungkin ialah rakaman itu mesti dilakukan oleh pihak lain yang bertujuan bukan saja untuk memecahkan hubungan Anwar dengan Azmi, tetapi juga menjadikan Tun Mahathir terus dominan sebagai Perdana Menteri.Tidak mustahil, matlamat lebih besar di sebalik video ini ialah untuk menghancurkan PKR itu sendiri.Logikkah kalau mahu dikata Anwar melakukan semua itu? (Shahbudindotcom 16/06/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/tidak-masuk-akal-mengaitkan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Sangkal Dakwaan Jadi Dalang Penyebaran Video Intim

Anwar Sangkal Dakwaan Jadi Dalang Penyebaran Video Intim

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 293 hits
Astro Awani Anwar berkata tidak ada sebab baginya atau penyokongnya untuk terlibat dalam perbuatan sedemikian Gambar fail BERNAMA PORT DICKSON Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di seba...
Azmin Lembaga Displin Pkr Perlu Siasat Dalang Sebar Video

Azmin Lembaga Displin Pkr Perlu Siasat Dalang Sebar Video

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat perlu menyiasat dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan anggota parti itu baru baru ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jika parti mahu...
Bukti Anwar Azmin Rafizi Kenal Pelakon Video Akhir Zaman

Bukti Anwar Azmin Rafizi Kenal Pelakon Video Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1423 hits
Semenjak kes video akhir zaman tersebar ramai pemimpin yang terpalit dengan skandal tersebut cuba lindungi diri masing masing dengan pelbagai dakwaan dan kenyataan Kononnya boleh menjadikan diri mereka alibi daripada isu yang melanda parti ...
Tak Masuk Akal Kata Anwar

Tak Masuk Akal Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 409 hits
Diterbitkan 17 Jun 2019 11 41 malamPresiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak masuk akal untuk mana mana pihak mengaitkan beliau dengan penyebaran video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Bahkan anggota...
Tengok Video Macam Azmin Setpol Anwar

Tengok Video Macam Azmin Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 480 hits
News Diterbitkan Hari ini 10 16 malamFarhash Wafa Salvador Rizal Mubarak setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim memberikan pendapatnya mengenai siri video seks yang didakwa melibatkan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali ...
Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1367 hits
Isk isk kau ni saja jer nak buat Azmin Ali naik darah tinggi apatah lagi bos kau si Anwar Ibrahim tu Kot ya pun nak bercakap tu biarlah berlapik Ini kau sound setepek memang nampak macam muka Azmin Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak setiau...
Popcorntambah Anwar Kata Dia Kepimpinan Pkr Tak Perlu Masuk Campur Urusan Azmin Haziq Pula

Popcorntambah Anwar Kata Dia Kepimpinan Pkr Tak Perlu Masuk Campur Urusan Azmin Haziq Pula

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 1469 hits
Anwar berkata bahawa dirinya enggan untuk masuk campurtangan dalam isu skandal video akhir zaman yang mana pelakunya dikatakan mirip individu bernama Azmin Ali dan Haziq Aziz Itu adalah keputusan Mohamed Azmin dan peguamnya Saya fikir tidak...
Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 336 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR Saya tidak bersetu...
Sebab Mengapa Dasar Ekonomi Pakatan Harapan Tidak Masuk Akal

Sebab Mengapa Dasar Ekonomi Pakatan Harapan Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 404 hits
Di mana mana negara maju saya lawati termasuklah United Kingdom serta negara negara Eropah Amerika Syarikat negara negara Timur Tengah dan Australia pekerja asing bergaji murah memang berleluasa Mereka ini memenuhi pekerjaan pekerjaan yang ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik