Tidak Hanya Menyalahkan Kerajaan Lama Sebaliknya Perlu Tuan Ibrahim



LIM Guan Eng pada sidang media sempena persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto NSTP/Nurul Shafina Jemenon
Dewan bermula 'panas', Guan Eng 'diasak' pembangkangKUALA LUMPUR: Sesi Dewan Rakyat pagi tadi bermula dalam suasana ‘panas’ apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ‘diasak’ bertubi-tubi beberapa ahli parlimen pembangkang ketika sesi pertanyaan lisan.Beliau menjawab soalan pertama oleh Jonathan Yasin (PH – Ranau) mengenai hutang, pendapatan dan aset negara apabila suasana mula bertukar tegang selepas soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS – Kubang Kerian) membabitkan Laporan Ketua Audit Negara 201.Ia membabitkan penjelasan mengenai bayaran balik pinjaman yang dijamin lima syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) termasuk aset dan nilai aset1Malaysia Development Berhad ( IMDB) .Sambil menjawab soalan itu, Guan Eng menyindir sinis Tuan Ibrahim supaya membaca laporan audit itu dengan lebih menyeluruh, selain menegaskan syarikat yang dinyatakan diwarisi daripada kerajaan lama.Tidak berpuas hati dengan jawapan Guan Eng, Tuan Ibrahim bangun mencelah meminta Guan Eng yang juga Menteri Kewangan itu tidak hanya menyalahkan kerajaan lama, sebaliknya perlu menyatakan cara pengurusan yang dikendalikan kerajaan baharu.Namun, Guan Eng tetap menegaskan apa yang ditanggung kerajaan adalah disebabkan kerajaan terdahulu.“Hutang (dibuat) kerajaan lama, tetapi dibayar oleh kerajaan baharu. Takkan itu pun tak faham.“Ini yang ditanggung oleh kerajaan sekarang, tetapi kita masih mampu membiayainya.“Bagaimanapun, syarikat penarafan kredit antarabangsa masih mengekalkan penarafan kepada Malaysia kerana yakin dengan pengurusan kewangan yang berdasarkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, tak ada rasuah lagi,” katanya.Kenyataan beliau itu mendapat bantahan apabila beberapa wakil pembangkang termasuk Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Tan Sri Shahidan Kasim (BN-Arau) bangkit beramai-ramai.Shahidan menyifatkan Ahli Parlimen Bagan itu sebagai ‘kelentong’ apabila sering kali mengulangi mengenai masalah hutang dan bukan jumlah atau nilai aset seperti soalan yang ditanya terdahulu.Keadaan tidak terkawal itu memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mencelah bagi mententeramkan suasana."Yang Berhormat.. ini adalah sesi soal jawab lisan dan bukannya sesi perbahasan," katanya.Tidak berpuas hati dengan jawapan Guan Eng, Shahidan meminta beliau tidak menipu dewan, membuatkan menteri kewangan itu memaksa Ahli Parlimen Arau berkenaan menarik balik kenyataan ‘menipu’ yang dikeluarkan.Tindakan itu membuatkan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah bangun membantah dan mendakwa Guan Eng juga perlu menarik balik perkataan 'perompak' yang pernah digunakannya dalam Dewan Rakyat."Bagan (Guan Eng) tidak pernah menarik balik perkataan perompak, mengapa mahu tarik balik (perkataan menipu), Tidak boleh 'double standard'," kata Mohd Shahar.Perang mulut yang tidak berkesudahan antara Guan Eng dan beberapa wakil pembangkang itu memaksa Mohamad Ariff menghentikan sesi berkenaan bagi memberi laluan kepada soalan seterusnya selepas lebih setengah jam diperuntukkan bagi soalan kepada menteri kewangan itu.Terdahulu, menjawab soalan Jonathan, Guan Eng berkata, perangkaan terkini menunjukkan rizab simpanan negara meningkat kepada RM432.7 bilion berbanding RM419.6 bilion tahun lalu.Beliau berkata, jumlah terkini itu adalah memadai bagi membiayai import tertangguh selama 7.6 bulan, selain 1.1 kali jumlah hutang negara bagi tempoh jangka pendek.Tahun lalu, rizab simpanan negara cukup untuk membiayai import tertangguh selama 7.4 bulan, selain hanya sekali jumlah hutang luar negara bagi jangka pendek.“Pada 2018, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan adalah RM232.9 bilion, manakala bagi perbelanjaan kerajaan pula sebanyak RM287.1 bilion.“Ini merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM231 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM56.1 bilion,” katanya.Menjawab soalan tambahan Jonathan mengenai cara kerajaan menambahkan pendapatan baharu bagi mengurangkan hutang negara, Guan Eng berkata, hutang langsung negara hanya dapat dikurangkan jika kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan mempunyai lebihan selepas menampung perbelanjaan pembangunan.“Lebihan ini akan digunakan untuk membiayai hutang langsung dan kerajaan tidak perlu membuat pinjaman,” katanya.Sebagai contoh, katanya, kerajaan berjaya mengurangkan hutang langsung daripada RM95.9 bilion pada tahun 1993 kepada RM9.9 bilion pada 1997 berikutan lebihan fiskal dalam kedudukan kewangan tahunan negara.“Walaupun kedudukan hutang langsung meningkat, tetapi komitmen hutang jika diteliti secara keseluruhannya adalah menurun berbanding peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK).“Jika kita lihat kedudukan hutang langsung Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Jun berjumlah RM799.1 bilion atau 52.7 peratus daripada KDNK, tetapi masih kekal di bawah paras 55 peratus yang ditetapkan,” katanya. (BH)Lihat sebelum ini.. 
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/tidak-hanya-menyalahkan-kerajaan-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Guna Hujah Tuan Ibrahim Pas Dan Umno Pun Patut Diharamkan

Jika Guna Hujah Tuan Ibrahim Pas Dan Umno Pun Patut Diharamkan

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 332 hits
Pada 3 NOV 2019Kenyataan Media oleh Ketua DAPSY Johor Sheikh Umar Bagharib AliBerhubung cadangan PAS agar parti DAP diharamkan berdasarkan tiga sebab yang diberikan oleh Timbalan Presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man saya menyifatkannya ...
Pas Was Offered But Rejected Perlis Exco Post Tuan Ibrahim

Pas Was Offered But Rejected Perlis Exco Post Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 221 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man today revealed that the Islamic party was offered an executive council post by the BN run Perlis government However Tuan Ibrahim also revealed that PAS decided to decline the offer Some states such...
Guan Eng Kurang Ajar Takut Tuan Ibrahim

Guan Eng Kurang Ajar Takut Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 245 hits
Muafakat Guan Eng takut bukan rakyatKL PAS menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggambarkan Umno dan PAS memberi ancaman kepada kaum bukan Melayu jika kedua dua parti itu memerintah negara Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato Tua...
Tawaran Kampung Baru Hanya Wayang Kerajaan Datuk Jo

Tawaran Kampung Baru Hanya Wayang Kerajaan Datuk Jo

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 326 hits
Tawaran pembelian tanah dengan harga RM1 000 bagi setiap kaki persegi di Kampung Baru adalah bersifat paksaan kepada pemilik tanah Menurut bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani pembangunan di Kampung Baru tidak boleh mempunya...
Tuan Ibrahim Cermin Diri Dolu Sebelum Nak Haramkan Orang

Tuan Ibrahim Cermin Diri Dolu Sebelum Nak Haramkan Orang

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 590 hits
PAS mahu DAP diharamkan Kalu dah diharamkan PAS nak salahkan sapa Nak ratib kat sapa Baca harakah tadi kenyataan Tuan Ibrahim Kerajaan patut haramkan DAP atas kontroversi kebalakangan ini iaiitu kaitan dengan komik LTTE dan Kristian Begitul...
Hubungan Pas Umno Tuan Ibrahim Dakwa Guan Eng Buat Hasutan Keterlaluan

Hubungan Pas Umno Tuan Ibrahim Dakwa Guan Eng Buat Hasutan Keterlaluan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 223 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat kenyataan kenyataan bersifat hasutan keterlaluan dengan mempertikaikan kerjasama politik Umno dan parti Islam itu di kalangan bukan Islam Dalam k...
Rakyat Perlu Bijak Memilih Hanya Calon Parti Kerajaan Mampu Tunai Janji Kata Dr Mahathir

Rakyat Perlu Bijak Memilih Hanya Calon Parti Kerajaan Mampu Tunai Janji Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 469 hits
PONTIAN Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat di Tanjung Piai lebih bijak memilih dan tidak mudah percaya dengan janji janji yang ditaburkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kali ini Menurut ...
Najib Senarai Habuan Kerajaan Rm7 3 Juta Menjelang Prktgpiai

Najib Senarai Habuan Kerajaan Rm7 3 Juta Menjelang Prktgpiai

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 205 hits
Najib Razak berkata kerajaan pusat setakat ini mengumumkan projek bernilai RM7 3 juta dalam masa kurang seminggu menjelang pilihan raya kecil Tanjung Piai bulan depan Bekas perdana menteri itu menyenaraikan tiga pengumuman projek sejak 15 O...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau