Tidak Hairan Perubahan Drastik Lihat Keluarga Diraja Saudi



Krisis keluarga diraja Arab Saudi berterusan

RIYADH, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Putera Talal bin Abdulaziz, bapa kepada jutawan Putera Al-Waleed bin Talal, dilaporkan mengadakan mogok lapar sebagai bantahan terhadap tindakan anak saudaranya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang menangkap tiga anak lelakinya.
Putera Talal, 86 tahun, orang pertama yang melakukan pembaharuan dalam keluarga diraja Arab Saudi (House of Saud), yang juga saudara tiri kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz, mula mogok lapar pada 10 November, dilaporkan hilang 10 kilogram berat badan, tidak lama selepas anak lelaki sulungnya, Putera Al-Waleed ditahan pada 4 November.Minggu lalu, tiub makanan dimasukkan ke badannya, tetapi keadaan kesihatannya yang ditempatkan di Hospital King Faisal di Riyadh, terus lemah, kata beberapa individu yang melawatnya.Ramai keluarga diraja dan ahli perniagaan melawat Putera Talal.Seorang pelawat yang enggan dikenali berkata:“Kami mengenali dia dengan baik dan mengapa dia melakukan ini. Tidak ada sebab perubatan mengapa dia tidak mempunyai selera makan.“Beliau juga tidak menyatakan alasan kenapa beliau enggan makan. Namun tidak ada keraguan terhadap sebab beliau melakukan mogok lapar.”Ketika Raja Salman melawatnya akhir November untuk menyampaikan takziah atas kematian kakak mereka, Madawi, Raja Arab Saudi itu dirakam mencium tangan Putera Talal yang duduk di atas kerusi roda.Pelawat itu berkata, Putera Talal tidak membangkitkan isu penangkapan tiga anak lelakinya ketika bertemu Raja Salman kerana beliau enggan menggunakan kedudukannya untuk mendesak raja membebaskan anak-anaknya, sedangkan yang lain berada dalam tahanan.Sebulan selepas bertindak demikian, Putera Talal memberitahu rakan-rakannya bahawa adalah menjadi hak beliau untuk membantah secara sopan bagi menarik perhatian terhadap kezaliman yang dilakukan anak saudaranya Putera Mahkota Mohammed, dengan alasan mengekang rasuah.Kehadiran Putera Talal yang menjalani rawatan di hospital itu menjadi titik pertemuan ramai kalangan keluarga Al-Saud, dan bagaimana mereka melihat apa yang sedang berlaku di Arab Saudi sekarang.Putera Talal dikenali sebagai seorang yang liberal. Bekas Menteri Kewangan ketika Arab Saudi diperintah Raja Saud (1953-1964), beliau lebih dikenali sebagai ‘Putera Merah’ pada 1060-an kerana mengetuai Pergerakan Bebas Putera-Putera Raja, yang mendesak diakhiri kuasa monarki mutlak.Tetapi, keluarga diraja menolak pergerakan itu dan Putera Talal dipaksa mengasingkan diri di Mesir sebelum ibunya berjaya mengadakan perdamaian dengan anggota keluarga lain.Putera Talal juga berkempen untuk hak asasi wanita, sebelum Arab Saudi membuat keputusan membenarkan wanita memandu.Beliau juga berterusan menganjurkan kempen pelaksanaan sistem monarki berperlembagaan dan mendorong untuk pemisahan kuasa di mana beliau mendakwa sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.Ketika satu temu bual dengan stesen televisyen Mesir, Al Mihwar pada 2007, Putera Talal berkata, beliau mempercayai kepada pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman.“Almarhum Raja Fahd melaksanakannnya pada 1992, apabila beliau menggunakan Perlembagaan Saudi yang menjadi undang-undang asas kerajaan. Di dalamnya, pemisahan kuasa disebut dengan jelas. Apa yang kita tuntut sekarang ialah pihak berkuasa menjadi institusi bebas,” katanya.
Tiga anak Putera Talal yang ditangkap oleh Putera Mahkota Mohammed ialah Putera Al-Waleed, Pengerusi Kingdom Holding Company, dan salah seorang yang paling kaya di dunia dengan aset dinilai oleh Bloomberg sebanyak AS$19 bilion, yang berada dalam tahanan di Ritz-Carlton Hotel, Riyadh sejak 4 November lalu.
Menurut sumber, Putera Mahkota Mohammed mendesak Putera Al-Waleed menyerahkan keseluruhan empayar Kingdom Holding Company kepada kerajaan, tetapi beliau enggan berbuat demikian dan mendesak dibicarakan.Bagaimanapun, baru-baru ini akhbar Okaz melaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan Putera Al-Waleed selepas beliau setuju membayar AS$6 bilion kepada kerajaan.Sementara itu, seorang lagi anak Putera Talal, Putera Khalid yang melobi pembebasan abangnyaitu dilaporkan ditangkap selepas bertengkar dengan pegawai kerajaan berhubung penahanan Putera Al-Waleed. Seorang lagi, adiknya juga ditangkap kerana dituduh mengkritik.Pelawat itu berkata, tiada siapa yang ragu-ragu mengenai motif Putera Mahkota Mohammed untuk melakukan pembersihan dalam kalangan keluarga diraja dan ahli perniagaan.Katanya, sementara ada anggota keluarga diraja yang memang diketahui korup dan tidak diganggu, kebanyakan sasaran penangkapan ditujukan kepada anak-anak Putera Abdullah bin Abdulaziz dan Putera Talal.“Sesetengah keluarga diraja itu sudah diketahui sejak berdekad lalu terbabit dalam rasuah,” kata Putera Bandar bin Sultan, antara putera raja Arab Saudi paling terkenal dan bekas Duta Arab Saudi ke Washington, yang turut ditangkap.Penganalisis pula mempersoalkan kenapa Putera Khalid bin Sultan dan Putera Mohammed bin Fahd tidak disiasat.Selain, Putera Al-Waleed dan adik beradiknya, beberapa kerabat diraja yang lain masih berada dalam tahanan. Mereka termasuk, Putera Turki bin Nasser, Putera Turki bin Abdullah dan Putera Fahd bin Abdullah bin Abdulrahman.Sementara itu, nasib Putera Abdulaziz bin Fahd, yang sebelum ini kuat mengkritik pemerintah, juga tidak diketahui. Laporan media sosial sebelum ini, mendakwa beliau diserang angin ahmar dan serangan jantung ketika beliau mengelak daripada ditangkap.Putera Mohammed bin Nayef, yang disingkirkan daripada jawatan Putera Mahkota, dilaporkan masih dikenakan tahanan rumah sebelum operasi besar-besaran menangkap anak raja dan ahli perniagaan dilakukan November lalu, manakala Putera Miteb bin Abdullah pula dilaporkan dibebaskan setelah membuat bayaran AS$1 bilion kepada kerajaan.Bagaimanapun, Putera Mohammed bin Nayef dan Putera Miteb tidak dibenarkan bergerak bebas. Kedua-duanya mesti mendapatkan kebenaran jika mahu meninggalkan istana mereka dan akan diiringi oleh anggota Pengawal Kebangsaan yang setia kepada Putera Mahkota Mohammed.Sejak kebelakangan ini, ada laporan menyebut ramai anggota keluarga diraja Arab Saudi yang lebih kanan berasa kecewa dan marah di atas tindakan Putera Mahkota Mohammed, dan kawalan mutlak yang cuba dikuatkuasakan di seluruh negara.Pada masa sama, mereka turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Putera Mohammed bin Nayef yang disingkirkan daripada jawatan Putera Mahkota – kedudukan kedua selepas Raja Arab Saudi. – Agensi (03/01/2018)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat latar belakang keluarga Diraja Saudi maka tidak hairanlah, apabila berlaku perubahan drastik seperti di dalam video ini..Terbaru!! Saudi Arabia, Astaghfirullah!!Lihat lagi..

E-Buku IH-124: Budaya Saudi&Melayu Kota Mekah Kini.

Bab 1Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...Wanita Saudi Peluk Penyanyi Lelaki Di Konsert Taif...Bab 2
Gadis Saudi Murtad Lari Luar Negara (11). Dibantu/...Hebatnya PAS, K'tan Lebih Baik Dari Saudi (12) Kon..13 Perkara Mengenai Orang Arab (13). Rempit Dengan...Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..Saudi Buka Pintu Pelancong (15): Longgar Pakaian W...Saudi Buka Pintu Pelancong (16). Ini 7 Tempat Law...Pelancong Di Saudi (17) Bukan Mahram Boleh Sebilik...Stesen Kereta Api Laju Haramain Di Jed...Kisah Semarak Bahasa Melayu (19) Mekah/Madinah &Kg...Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di M...Bab 3
Orang Arab Cakap Melayu Loghat K'tan Di Makkah.Orang Melayu Dihormati Di Mekah, Mengapa?Saudi Fasa Perubahan Politik, Ekonomi Sosial. Ting...Madinah, Bas Bertembung Kenderaan Berat, 35 mautMelayu Jatuh Hati Berada Di Tanah Haram, Mekah.Kisah Ibnu Hasyim Di Mekah 1987. Catatan Dari Colo...Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah. Bagaimana Masala...Terbaru!! Saudi Arabia, Astaghfirullah!!Bersambung

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/tidak-hairan-perubahan-drastik-lihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selak Sikit Lagi 7 Skandal Keluarga Saudi Gegerkan Dunia

Selak Sikit Lagi 7 Skandal Keluarga Saudi Gegerkan Dunia

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 506 hits
KERAJAAN Arab Saudi atau al Mamlakah al Arabiyah as Su diyah didirikan dari unifikasi empat wilayah Hejaz Najd dan bagian dari Arabia Timur dan Arabia Selatan pada 23 September 1932 Pendirinya adalah Abdulaziz Al Saud dari Dinasti Saud Kera...
Saudi Fasa Perubahan Politik Ekonomi Sosial Tingkatkan Pelawat M Sia

Saudi Fasa Perubahan Politik Ekonomi Sosial Tingkatkan Pelawat M Sia

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 201 hits
Dreamliner 10 menggantikan Dreamliner Dash 9 bagi tujuan menambah kapasiti dan juga peningkatan perkhidmatan penerbangan Sumber foto MAHB Ahlan wasahlan Saudia selamat datang ARAB Saudi kini bersedia untuk menerima lebih ramai pelawat dari ...
Atm Terima Peruntukan Tambahan Termasuk Peruntukan Membaiki Dan Menyelenggara Rumah Keluarga

Atm Terima Peruntukan Tambahan Termasuk Peruntukan Membaiki Dan Menyelenggara Rumah Keluarga

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 389 hits
Terima kasih di atas peningkatan jumlah peruntukan pertahanan sebanyak 12 peratus kepada RM15 6 bilion berbanding RM13 9 bilion tahun lalu Daripada jumlah itu RM12 5 bilion adalah peruntukan Belanja Mengurus manakala RM3 08 bilion adalah Be...
Keluarga Mamat Khalid Kecewa

Keluarga Mamat Khalid Kecewa

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 896 hits
KELUARGA pengarah terkenal Mamat Khalid kesal dan kecewa dengan tindakan segelintir pelawat hospital yang sanggup menyelinap masuk ke wad Unit Rawatan Rapi semata mata untuk mengambil gambar pengarah itu Isterinya Hasmah Hassan berkata perb...
Lindungilah Diri Anda Dan Keluarga Sebelum Terlambat

Lindungilah Diri Anda Dan Keluarga Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 228 hits
Ohmedia tengok makin lama makin ramai orang terkena penyakit kritikal seperti kanser sakit jantung strok dan lain lain Namun ramai yang tak ambil langkah awal bukan saja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dari segi persediaan kewanga...
Kepala 2 Beranak Atas Siling Jiran Pelik Tiada Bau Busuk Sifatkan Keluarga Penyayang

Kepala 2 Beranak Atas Siling Jiran Pelik Tiada Bau Busuk Sifatkan Keluarga Penyayang

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 559 hits
Pembunuhan yang menggemparkan di mana 2 beranak dibunuh kejam dan disyaki dilakukan oleh suami sendiri Mayat 2 beranak itu telah dikerat lapan bahagian kepala disorok di atas siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya Batu Berendam Manakala ...
Keluarga Sihat Tonggak Warga Emas Sejahtera

Keluarga Sihat Tonggak Warga Emas Sejahtera

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 331 hits
Dr Aniza sedang memeriksa seorang warga emas di Program Kesejahteraan Warga Emas Bersama Komuniti Terengganu semalam Oleh Pok AbbasKUALA TERENGGANU 13 Oktober Keluarga yang sihat merupakan tunggak penting dalam melahirkan individu dan komun...
Aurel Hermansyah Cantik Dalam Balutan Hijab Dipuji Keluarga Gen Halilintar

Aurel Hermansyah Cantik Dalam Balutan Hijab Dipuji Keluarga Gen Halilintar

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 324 hits
Aurel Hermansyah baru saja mengunggah foto saat memakai hijab Penampilan yang terlihat berbeda itu membuatnya mendapat banyak pujian dari warganet
Peringati 17 Tahun Bom Bali Keluarga Korban Dari Jepang Sambangi Monumen Ground Zero

Peringati 17 Tahun Bom Bali Keluarga Korban Dari Jepang Sambangi Monumen Ground Zero

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 157 hits
Chiba mengharapkan peristiwa Bom Bali tidak lagi terjadi Karena itu adalah harapan semua orang
Justice Beyond Life Tun Mahathir S Tribute To A Fallen Comrade

Whistleblower Himself May Be Implicated In Assemblymen Bribery Case Says Source

Perempuan Terkejut Bila Bayar Rm8 40 Untuk Secawan Milo Panas

Poll Finds Malaysians Divided Over Blanket Ban On 3r Discussions

Minta 2 Dapat 1 Lagi Pendedahan Video Pemberi Maklumat

Dua Lelaki Tular Curi Motosikal Diburu

Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Time To Engage China In Its Terms


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Pembungkusan Yang Berfungsi Menjaga Kesegaran Minyak Esensial

Makan Kerepek Pisang Tanduk Kawan Bagi

Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden

Business Website Boosts Credibility

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan