Sedar Kuasa Rakyat Pm Belum Putuskan Nasib Waytha


20 December 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata apabila sebuah kerajaan mengalami ketidakpercayaan, ia akan ditolak rakyat. — Foto oleh Hari Anggara
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum memutuskan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak akibat kegagalan beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Dr Mahathir berkata rakyat bebas untuk menyatakan pandangan mereka mengenai hal tersebut.

“(Tetapi) terpulang pada saya untuk memutuskan, saya belum putuskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad Institiut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini malam tadi.

Ditanya sama ada beliau selesa dengan prestasi Waytha Moorthy sebagai menteri, Dr Mahathir berkata, “Saya rasa OK (dengan prestasinya).”

Waytha Moorthy adalah menteri bertanggungjawab bagi Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Semalam, laporan media melaporkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan memorandum kepada Dr Mahathir, yang juga pengerusinya, mendesak supaya Waytha Moorthy disingkirkan sebagai menteri.

Dalam isu lain, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa mereka yang keluar Umno tidak akan mengambil alih Bersatu.

Katanya bekas ahli Umno tersebut hanya boleh berada pada jawatan mereka sehingga pemilihan (parti) yang akan datang.

“Tidak boleh, mereka semua boleh memegang jawatan sehingga pemilihan yang akan datang,” katanya.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, Kerajaan Pakatan Harapan akan menggandakan usaha mereka dalam menyempurnakan janji-janji yang dibuat terutamanya berkaitan janji pilihan raya.

Katanya, apabila sebuah kerajaan mengalami ketidakpercayaan, ia akan ditolak dan rakyat akhirnya akan melakukan apa sahaja untuk menyingkirkannya.

“Adalah amat penting sekali bagi kerajaan dipercayai rakyat dan memenuhi janji-janjinya.

“Bila adanya kegagalan mendapatkan kepercayaan rakyat, kerajaan yang paling kuat sekalipun akan tumbang.

“Kerajaan sekarang amat menyedari hal ini, memang janji-janji telah dibuat sebelum kita mendapat kuasa,” kata beliau.

Beliau berkata Pakatan Harapan, ketika itu, masih sebagai pembangkang, membuat janji dengan jangkaan mereka akan kalah.

“Janji-janji itu adalah untuk kerajaan yang berkuasa, jadi jika mereka menang mereka akan mendapati janji itu sukar untuk dipenuhi.

“Nasib baik atau tidak bernasib baik kami menang dan kini kami perlu menggandakan usaha kami untuk memenuhinya.

“Tentu sekali kadang kala janji itu sukar untuk dipenuhi tetapi sama ada sukar atau tidak seseorang itu mestilah menunjukkan ia cuba melakukan yang terbaik untuk memenuhinya.

“Sesebuah kerajaan hanya boleh terus diberi kuasa jika ia boleh dipercayai, kita mesti penuhi apa yang telah kita janjikan,” kata beliau. 
— Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/sedar-kuasa-rakyat-pm-belum-putuskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Perlu Fokus Membela Nasib Rakyat Henti Tunding Jari

Ph Perlu Fokus Membela Nasib Rakyat Henti Tunding Jari

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kononnya wujud rancangan menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sekadar pendapat peribadi Pengarah Komunika...
Nasib 60 Keluarga Flat Taman Teluk Gedung Indah Wakil Rakyat Membisu

Nasib 60 Keluarga Flat Taman Teluk Gedung Indah Wakil Rakyat Membisu

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 292 hits
Pelbagai aduan sudah dibuat menerusi segala bentuk saluran baik kepada pemaju pihak berkuasa tempatan mahupun kepada wakil rakyat tetapi sampai sekarang ibarat sekadar mencurah air ke daun keladi penyelesaian tidak juga kunjung tiba Itulah ...
Najib Ekonomi Lembab Tidak Tidur Malam Untuk Adinda Saja Fikir Juga Nasib Rakyat

Najib Ekonomi Lembab Tidak Tidur Malam Untuk Adinda Saja Fikir Juga Nasib Rakyat

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 352 hits
Berikut ialah petikan laporan media pagi ini Apa langkah langkah yang kerajaan PH akan ambil untuk memperbetulkan unjuran yang amat muram ini Jangan hanya tidak tidur malam untuk adinda Fikirlah juga nasib seluruh rakyat Malaysia Oleh Najib...
Keputusan Pecat Waytha Moorty Terserah Kepada Saya Untuk Putuskan Pm

Keputusan Pecat Waytha Moorty Terserah Kepada Saya Untuk Putuskan Pm

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 291 hits
Keputusan pecat Waytha Moorty terserah kepada saya untuk putuskan PMSebanyak 393 065 tandatangan telah diperolehi dalam dua petisyen berasingan yang mendesak agar P Waytha Moorty dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Perpaduan susulan kem...
Menteri Sri Mulyani Belum Putuskan Penghapusan Pajak Rumah Mewah Ini Alasannya

Menteri Sri Mulyani Belum Putuskan Penghapusan Pajak Rumah Mewah Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 272 hits
Menteri Sri Mulyani mengungkapkan telah melakukan pertemuan dan pembahasan mengenai rencana pemangkasan pajak tersebut bersama Kamar Dagang Industri sektor kontruksi dan properti Dia juga menjelaskan pihaknya harus mengevaluasi dampak baik ...
Kalau Takut Pecat Waytha Percayalah Akhirnya Tun M Sendiri Akan Ditolak Rakyat

Kalau Takut Pecat Waytha Percayalah Akhirnya Tun M Sendiri Akan Ditolak Rakyat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 444 hits
Di mana mana saja ketika ini terdapat isyarat yang cukup jelas dan nyata mahukan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dipecat dengan segera daripada kabinet Selain wakil pembangkang dan kerajaan sudah sama sama senada ber...
Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat mula sedar pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan bukan faktor utama kenaikan harga barang Ini kerana katanya sudah 6 bulan GST dimansuhkan dan digantikan cukai jualan dan perkhidmata...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dalam Dunia Ini Cinta Sahaja Tak Cukup

Calon Pas Diarah Berhenti Ceramah Di Masjid Dr Maszlee Balun Berita Pos

Jahat Betina Ni Elok Kena Saman Dan Tangkap Kurung Ja

Kalau Boleh Tak Nak Gaduh Depan Anak Farah Nabilah Kongsi Cara Tangani Selisih Faham Dengan Suami

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri