Kejatuhan Harga Stesen Minyak Mungkin Tutup Susulan Perintah Kawalan Kata Persatuan


Robin Augustin
-March 26, 2020 3:12 PM

Banyak pengusaha stesen minyak berdepan masalah kewangan susulan kejatuhan harga bahan api itu dan kemerosotan jualan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
PETALING JAYA: Persatuan pengusaha stesen minyak tempatan menyuarakan kebimbangan sebahagian besar daripada 3,800 ahlinya di seluruh negara yang berkemungkinan terpaksa menghentikan operasi disebabkan masalah kewangan berikutan kejatuhan harga bahan api dan kehilangan pelanggan berikutan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Khairul Annuar Abdul Aziz memberitahu FMT bahawa jualan produk bahan api turun sebanyak 70%.

Rata-rata katanya, stesen memerlukan modal dari RM150,000 hingga RM200,00 sebulan untuk membeli minyak.

Kos operasi, termasuk utiliti dan upah pekerja adalah sekitar RM30,000 hingga RM70,000 bergantung pada saiz stesen.

“Biasanya wang untuk ini datang daripada margin menjual bahan api. Tetapi bulan ini, tiada margin berikutan harga bahan api turun selama 3 minggu berturut-turut.

Katanya, ini menyebabkan stesen mengalami kerugian kira-kira RM40,000 berikutan mereka membeli minyak pada harga lebih tinggi berbanding harga jualan pada minggu berikutnya.

Beliau berkata, perintah kawalan pergerakan menyebabkan jualan menurun dan kebanyakan stok dibeli pada harga RM1.82 seliter tetapi kini dijual pada harga RM1.44.

“Itu kerugian sebanyak 38 sen seliter. Ini bermakna kita secara efektif memberi pengguna subsidi 38 sen seliter.”

Khairul berkata, tanpa margin dan dengan kos operasi perlu dibayar, ramai pemilik stesen minyak mungkin terpaksa menghentikan sementara operasi kerana mereka tidak mempunyai rizab yang mencukupi.

“Bagi kebanyakan stesen, jika mereka terus beroperasi, keadaan akan menjadi lebih buruk.

Beliau memberitahu FMT isu yang dihadapi bukanlah membabitkan keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada ketahanan kewangan.

“Kami tidak pernah melalui situasi di mana kedua-dua harga dan lalu lintas jatuh begitu mendadak.”

Beliau bercakap mengenai keperluan ditetapkan harga lantai, dengan berkata, beberapa negara mempunyai dana penstabilan yang boleh diikuti oleh Malaysia.

Dengan dana tersebut katanya, akan ada harga lantai. Jika harga jatuh di bawah harga lantai, wang yang dijimatkan oleh kerajaan boleh dimasukkan ke dalam dana.

Jika harga naik melebihi harga siling, wang daripada dana itu boleh digunakan untuk mensubsidi bahan api.

Khairul berharap kerajaan akan memilih untuk membuat semakan harga bahan api secara bulanan selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dengan berkata, mekanisme penetapan harga secara mingguan terlalu sukar diramal.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mengehadkan waktu operasi stesen minyak dari 7 pagi hingga 7 malam sepanjang tempoh perintah kawalan.

“Ini akan membantu mengurangkan kos. Stesen perlu membayar antara antara RM8,000 ke RM15,000 sebulan untuk elektrik sahaja. Kita boleh berjimat lebih banyak jika hanya beroperasi selama 12 jam.

“Kami juga berharap kerajaan akan menguatkuasakan peraturan tidak boleh memasuki kedai di stesen minyak dan semua pembelian dibuat melalui tingkap juruwang sahaja.”

Katanya, petugas pam minyak tidak perlu dipaksa bekerja bagi melindungi mereka daripada Covid-19.

Pada masa ini, ini bukan peraturan dan pemilik stesen mesti mengikut arahan syarikat minyak.

Khairul berkata, kerajaan sepatutnya menjadikannya sebagai satu peraturan.

“Kami mahu memastikan pekerja juga selamat.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/kejatuhan-harga-stesen-minyak-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Mungkin Lanjut Tempoh Perintah Kawalan Jika Rakyat Berdegil Covid Serius

Kerajaan Mungkin Lanjut Tempoh Perintah Kawalan Jika Rakyat Berdegil Covid Serius

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 273 hits
Kerajaan mungkin akan terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jika angka jangkitan virus COVID 19 terus meningkat dan tidak menunjukkan keadaan stabil Melalui perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jika dalam tem...
Boleh Didenda Rm10 000 Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Kata Peguam

Boleh Didenda Rm10 000 Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 391 hits
V Anbalagan PETALING JAYA Individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa semalam bagi membendung penyebaran Covid 19 boleh didenda sehingga RM10 000 jika pendakwa raya memfailkan kes di Mahkamah Majistret kata peguam A Sr...
Bersedia Untuk Kawalan Dilanjutkan Kata Persatuan Perubatan

Bersedia Untuk Kawalan Dilanjutkan Kata Persatuan Perubatan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 223 hits
March 24 2020 11 49 AMKOTA KINABALU Persatuan Perubatan Malaysia menggesa orang ramai bersedia untuk kemungkinan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid 19 dilanjutkan selepas 31 Mac Presiden Dr N Ganabaskaran berkata lan...
Gagal Bendung Penularan Covid 19 Tempoh Perintah Kawalan Mungkin Dilanjutkan Ts Muhyiddin Yassin

Gagal Bendung Penularan Covid 19 Tempoh Perintah Kawalan Mungkin Dilanjutkan Ts Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 424 hits
nbsp Kerajaan tidak teragak agak melanjutkan tempoh Perintah Kawalan pergerakan jika masih ramai gagal mematuhi arahan berkenaan sehingga menyukarkan usaha pihak berwajib mengekang penularan wabak Covid 19 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Dua Panggung Wayang Utama Tutup Operasi Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Dua Panggung Wayang Utama Tutup Operasi Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 379 hits
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dua panggung wayang utama negara iaitu GSC dan TGV mengeluarkan notis penutupan operasi selama tempoh 2 minggu mulai 18 Mac ini ...
Kerajaan Biaya Kos Makanan 60 Ribu Pelajar Tinggal Di Kolej Semasa Perintah Kawalan Kata Ismail Sabri

Kerajaan Biaya Kos Makanan 60 Ribu Pelajar Tinggal Di Kolej Semasa Perintah Kawalan Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 307 hits
Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos makanan kira kira 60 000 pelajar institusi pengajian tinggi yang tinggal di kolej susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan kes Covid 19 Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata j...
Covid 19 Kerajaan Perlu Dengar Rungutan Stesen Minyak Yang Bakal Tutup Dan Cadangan Untuk Mengatasinya

Covid 19 Kerajaan Perlu Dengar Rungutan Stesen Minyak Yang Bakal Tutup Dan Cadangan Untuk Mengatasinya

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 273 hits
Tuan tuan system ekonomi yang paling canggih dan efisien yang diciptakan Allah swt untuk kebaikan manusia adalah system pasaran bebas atau free market Sepertimana diberi namanya system pasaran bebas atau free market ini hanya boleh wujud da...
Ubah Bajet 2020 Kerana Kejatuhan Harga Minyak Covid 19

Ubah Bajet 2020 Kerana Kejatuhan Harga Minyak Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 193 hits
Pakar ekonomi berpendapat kerajaan Perikatan Nasional menyelaras semula Belanjawan 2020 susulan kejatuhan harga minyak dunia dan penularan wabak Covid 19 Menurut Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Razak peruntukan yang diumum kepada beb...
Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 582 hits
The ReporterSemenjak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khasnya beberapa hari lalu masih ramai rakyat di negara ini yang tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day