Covid 19 Henti Eksport Topeng Muka Semak Semula Harga Siling


Wartawan MalaysiaGazette Topeng penutup mulut dan hidung digunakan bagi mencegah jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV). Foto tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Hospital Kuala Lumpur. -- SYAFIQ AMBAK 
KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menyemak semula harga siling penutup hidung dan mulut itu kerana kos pengeluarannya sudah meningkat, seiring dengan kenaikan kos bahan mentah dan kos-kos berkaitan disebabkan pandemik koronavirus.

Ini kerana, pengeluar-pengeluar penutup hidung dan mulut tidak mampu mengeluarkan produk dan memenuhi harga siling yang ditetapkan di kedai-kedai, kata Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang.

Malahan, kapasiti pengeluar-pengeluar tempatan juga rendah berbanding permintaan terhadap alat perlindungan itu.

”Para peruncit kini mengalami masalah untuk menjual penutup hidung dan mulut pada harga kawalan, akibatnya berlaku kekurangan bekalan kepada rakyat.

”Peruncit juga tidak dapat menjual penutup hidung dan mulut pada harga kawalan kerana kos pengimportan bahan-bahan dari luar negara meningkat disebabkan permintaan pasaran global dan penurunan nilai ringgit,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu MPS menyatakan kebimbangan berhubung serbuan dan penalti yang dikenakan terhadap komuniti farmasi kerana menjual penutup hidung dan mulut melepasi harga siling.

Ini mengambil kira cadangan awal MPS yang mahu kerajaan menghentikan eksport penutup hidung dan mulut dan menyemak semula harga siling ekoran masalah bekalan daripada pengilang-pengilang tempatan untuk mendapatkan bahan mentah.

”Kita semua tahu bahawa China adalah pengeluar topeng muka terbesar dan negara itu telah mengharamkan eksport.

“Malaysia pula mempunyai empat buah kilang untuk menghasilkan penutup hidung dan mulut, dua daripadanya menyediakan bekalan kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam. Satu lagi pula untuk eksport, tinggal satu lagi kilang untuk memenuhi keperluan 32.6 juta rakyat Malaysia.

”Disebabkan itu ketika bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pengilang tempatan akan membekalkan 10 juta penutup hidung dan mulut dalam beberapa minggu lagi, sehingga hari ini masih tidak diketahui.

”Menteri Kesihatan yang baru Datuk Seri Dr Adham Baba pula berkata bekalan akan diagihkan tidak lama lagi tapi tidak memaklumkan secara terperinci,” kata Amrahi.

Lantaran itu, MPS menegaskan kerajaan perlu mengawal pembuatan dan pengagihan penutup hidung dan mulut yang masih kekurangan dalam pasaran tempatan di tengah-tengah kebimbangan penularan wabak Covid-19,” tambahya.

MPS turut mencadangkan kerajaan mendapatkan pengeluar-pengeluar alat itu untuk berkongsi data pengeluaran harian secara telus supaya rakyat serta peruncit tahu.

Melalui data itu, kerajaan dapat memberi panduan kepada pengeluar untuk mengedarkan topeng di seluruh Malaysia secara adil, jika mungkin, melalui komuniti farmasi kerana paling mudah diakses. -MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/covid-19-henti-eksport-topeng-muka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 315 hits
Harga siling topeng muka RM2 akan turun kata MKN Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Mar 2020 1 44PM
Jangan Bebankan Rakyat Ph Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka

Jangan Bebankan Rakyat Ph Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 257 hits
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan merakamkan rasa kesal serta bantahan terhadap pengumuman Kerajaan yang berniat menaikkan harga pasaran bagi penutup muka 3 lapis dari RM0 80 sekeping ke RM2 00 sekeping Majlis Setiausaha PH dalam kenyataann...
Indonesia Larang Eksport Topeng Muka

Indonesia Larang Eksport Topeng Muka

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 187 hits
OLEH NORRASYIDAH ARSHADSHAH ALAM 13 MAC Indonesia hari ini melarang pengeskportan topeng muka buat sementara waktu dalam usaha menangani masalah Covid 19 kata menteri perdagangannya Agus Suparmanto berkata arahan berkenaan dikuat kuasa demi...
Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka Hand Sanitizer

Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 702 hits
Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka Hand Sanitizer Semenjak tersebarnya penyakit berbahaya seperti COVID19 Laman sesawang dan juga akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia menjadi antara top page yang sentiasa aku jenguk Bukan apa d...
China Akan Bekalkan Topeng Muka Pencuci Tangan Kepada Malaysia

China Akan Bekalkan Topeng Muka Pencuci Tangan Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR 16 Mac Kerajaan China hari ini menyatakan komitmen membantu Malaysia dalam menangani penularan jangkitan COVID 19 dengan membekalkan peralatan perubatan seperti penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman Mente...
Jangan Panik Sebab Makanan Topeng Muka Cukup Kata Pm

Jangan Panik Sebab Makanan Topeng Muka Cukup Kata Pm

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 336 hits
MUHYIDDIN Yassin memberi jaminan bekalan bahan makanan keperluan harian dan penjagaan kesihatan mencukupi apabila perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa Rabu untuk mengekang jangkitan Covid 19 Perdana menteri berkata demikian bagi menangan...
Ditipu Rm15 000 Scammer Ambil Kesempatan Jual Topeng Muka

Ditipu Rm15 000 Scammer Ambil Kesempatan Jual Topeng Muka

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 250 hits
Tiga individu membuat laporan berkaitan pembelian topeng secara online sejak bulan lalu dan sehingga kini masih belum menerima apa yang dipesan Dikatakan ketiga tiga mereka yang terdiri daripada kerani dan peniaga mengalami kerugiaan sebany...
Lebih Sebulan Farmasi Kehabisan Stok Topeng Muka

Lebih Sebulan Farmasi Kehabisan Stok Topeng Muka

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 494 hits
Topeng muka pada ketika ini mendapat permintaan yang sangat tinggi Lebih lebih pula selepas kerajaan menyarankan ia digunakan oleh orang awam sebagai pencegahan Covid 19 yang kini disahkan memasuki gelombang kedua di negara ini Bagaimanapun...
Farmasi Jual Topeng 20 Sen Dengan Harga Rm1 Kena Denda Rm20 000

Farmasi Jual Topeng 20 Sen Dengan Harga Rm1 Kena Denda Rm20 000

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR 11 Mac Sebuah farmasi di Selayang dekat sini dikompaun RM20 000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Cawan...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Filem Sheriff

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Al Kisahnya Raya 2024

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024