Tidak Ada Muawiyah Ali Khawarij Hanya Gila Kuasa Kadir Jasin



ULASAN: Saya berfikir lama dan dalam sebelum menulis rencana ini kerana dua watak pencetusnya adalah dua orang anak muda yang saya sayang dan menaruh harapan tinggi bahawa mereka akan menjadi antara pewaris kepemimpinan negara tidak lama lagi.
Untuk sekian lama saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya kita mula bergerak secara serius membina kepemimpinan baru yang terdiri daripada generasi muda.
Maka atas kepercayaan itulah saya menaruh harapan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta penggiat-penggiat politik yang seangkatan atau lebih dewasa sedikit daripada mereka.
Mungkin ramai tidak setuju dengan saya, tetapi saya terus menaruh harapan kepada watak-watak seperti Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Liew Chin Tong, Darell Keiking, Anthony Loke dan Ulya Aqamah Husamudin (Ahli MPT Bersatu) untuk menyebut beberapa orang.
Malang sekali, atau mungkin juga di sebaliknya, rahmat, maka berlakulah rampasan kuasa Langkah Sheraton (the Sheraton Move) yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan terbongkarlah rahsia sebenar di sebalik dua watak ini.
Saddiq memilih untuk menongkah arus kerana berpegang kepada prinsip perjuangan dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat jelata dalam Pilihan Raya Umum 2018.
Dia sudah pun mula ditekan dan diasak oleh pelbagai ‘forces’ tangan hitam di peringkat pusat dan negeri Johor.
Fayhsal pula memilih untuk mengambil laluan laju bagi mengisi citi-cita politiknya yang sangat tinggi melalui persekongkolan dengan konspirator Langkah Sheraton.
Saddiq menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari dan akhirnya hilang jawatan Menteri.
Fayhsal memilih untuk bersama-sama dengan yang menang, dilantik Senator dan menjadi Timbalan Menteri. Sekarang dia sedang mencabar Saddiq untuk jawatan Ketua Armada Bersatu.
Dalam percubaan mempertahankan cabarannya terhadap Saddiq agar tidak nampak oportunistik, Fayhsal menulis catatan berikut dalam platform sosial medianya yang berbunyi:
“Wait for my nationwide tour to campaign for my Ketua Armada candidacy (sic). I will clear the air. I did not betray Saddiq neither Tun (sic). Our political differences in Bersatu are akin to Saydina Ali vs Mu’awiyyah. Those who called others as TRAITOR is (sic) an extremist like the Khawarij.”
(“Tunggu sehingga saya menjelajah negara untuk berkempen bagi jawatan Ketua Armada. Saya akan beri penjelasan. Saya tidak mengkhianati Saddiq atau Tun. Perbezaan politik kita dalam Bersatu adalah umpama Saiyidina Ali melawan Mu’awiyyah. Mereka yang memanggil orang lain PENGKHIANAT adalah pelampau seperti Khawarij.”)
Ya, dia memilih untuk menulis prakata kepada manifestonya dalam bahasa Inggeris seperti Muhyiddin Mohd Yassin yang menggulung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonominya 27 Mac dalam bahasa Inggeris juga.
Dalam penggulungan bahasa Inggeris itu, Muhyiddin antara lain, berkata: “And, this government may not be the government that you vote (sic) for.” (Dan kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih.)
Adakah Fayhsal dan bos nombor satunya dalam kerajaan dan parti tidak berani membuat pengakuan masing-masing dalam bahasa Melayu kerana bimbang difahami oleh lebih banyak orang?
Jawapan saya mudah saja. Tidak ada Saidina Ali, tidak ada Mau’awiyah dan tidak ada Khawarij dalam keputusan MPT Bersatu pada 23 Februari untuk keluar PH!
Itu hanya cerita budak cerdik yang belum pandai politik tetapi cuba mengabui mata khalayak dengan cerita-cerita kayangan yang dipelajarinya di kuliah-kuliah universiti yang tidak ada makna dalam tendang terajang politik yang sedang dia dan feksyennya dalam Bersatu sedang mainkan.
Saya ada di situ, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, dalam bilik mesyuarat yang amat dingin pada siang hari, 23 Februari lalu, bagi menghadiri mesyuarat tergempar MPT Bersatu.
Tidak ada Ali. Tidak ada Mu’awiyah. Tidak ada Khawarij. Yang ada adalah kegilaan kepada kuasa dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat jelata dalam PRU 9 Mei 2018.
Manteranya adalah, kalau Bersatu tidak keluar PH, ia akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Untuk itu, kata Muhyiddin dengan disokong kuat oleh para pengikutnya, “kita wajib keluar hari ini juga.”
Sorak-sorai, berebut pembesar suara dan menghentak meja menenggelamkan rayuan Dr Mahathir agar beliau tidak ditekan dan dipaksa untuk mengorbankan prinsip dan memungkiri janji.
Yang tinggal menyokong beliau boleh dikira dengan jari tangan saja. Sebagai seorang demokrat, Dr Mahathitr secara terbuka mengaku bahawa beliau tidak lagi mempunyai suara terbanyak dalam MPT.
Yang beliau minta hanyalah sedikit masa untuk berfikir. Itu pun tidak dihiraukan. Malam itu juga Langkah Sheraton dilaksanakan.
Demikianlah buruknya layanan yang mereka berikan kepada orang tua yang memimpin mereka bagi mengalahkan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional dan menaikkan mereka menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan pelbagai lantikan lagi.
Maaf kalau saya katakan dengan rasa kecewa dan dukacita bahawa Fayhsal kini muncul sebagai simbol kepada hipokrasi, ketamakan kuasa dan pengkhianatan terhadap keunggulan, prinsip dan perjuangan yang melahirkan Bersatu.
Saya sudahi dengan sebuah pantun nasihat peninggalan nenek moyang kita:
Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Wallahuaklam. Terima Kasih.
_____________________________________________________________________________
A Kadir Jasin merupakan tokoh wartawan negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26951

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Muhyiddin Macam Mabuk Arak Bidas Kadir Jasin

Kerajaan Muhyiddin Macam Mabuk Arak Bidas Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 284 hits
Bekas Penasihat Media dan Komunikasi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk A Kadir Jasin hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional terhadap isu operasi kilang arak Dalam kenyataannya hari ini beliau menempelak barisan Kabin...
Bursa Jatuh A Kadir Jasin Tak Perlu Pesong Fakta

Bursa Jatuh A Kadir Jasin Tak Perlu Pesong Fakta

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 190 hits
A Kadir Jasin Tak Perlu Pesong Fakta Bina Persepsi Semata mata Fadzmel SAYA tengok ramai yang kongsi prestasi Bursa Malaysia kelmarin dan mengaitkannya dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan YAB PM pada hari Jumaat y...
Benarkah Makcik Kiah Tertipu Lelaki Ini Sekolahkan Kadir Jasin

Benarkah Makcik Kiah Tertipu Lelaki Ini Sekolahkan Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 299 hits
Rasa nak jawab Kadir Jasin ni Sebelum tu apa perlu kita faham ini dinamakan sebagai stimulus package bukan belanjawan Duit dalam perbendaharaan negara itu semua duit rakyat Bila duit rakyat kenalah sampai kepada rakyat ketika rakyat susah Y...
Mangsa Covid 19 Di Jakarta Dr Hadio Ali Hanya Berdiri Di Luar Pagar Melihat Anak Anak Dan Isterinya Buat Kali Terakhir

Mangsa Covid 19 Di Jakarta Dr Hadio Ali Hanya Berdiri Di Luar Pagar Melihat Anak Anak Dan Isterinya Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 282 hits
Ini gambar terakhir Dr Hadio Ali yang meninggal dunia baru baru ini selepas berjuang merawat pesakit pesakit jangkitan wabak covid 19 di Jakarta Indonesia Inilah kali terakhir Allahyarham bertemu keluarganya Sekadar berdiri di luar pagar me...
Krisis Kami Dalam Bersatu Macam Ali Lawan Muawiyah

Krisis Kami Dalam Bersatu Macam Ali Lawan Muawiyah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 287 hits
Nama Sayidina Ali Abi Talib Muawiyah dan Khawarij dipetik oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan semasa beliau mahu menjelaskan kedudukannya serta kemelut yang melanda Bersatu ketika ini Menurut Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal perbezaan pa...
Bukan Hanya Mencari Alasan 9992

Bukan Hanya Mencari Alasan 9992

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 458 hits
Hari ini 07 35ogut sih taunya cuma 2 laguyg pertama mencari alasan sudah pastinya tersenyumdengan pengunduran dirikutetapi bagi diriku suatu ketenanganseringnya d puter di tpi pagi2 jm8ansama yang ke 2 julia kubayangkan kita hidup bersamase...
Ini Hadiah Dari Andre Taulany Untuk Rafathar Mainan Yang Hanya Ada 350 Di Dunia

Ini Hadiah Dari Andre Taulany Untuk Rafathar Mainan Yang Hanya Ada 350 Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 167 hits
Andre Taulany memberi hadiah untuk Rafathar yang telah disunat Hadiahnya merupakan mainan yang hanya diproduksi sebanyak 350 buah di Indonesia Melihat hadiah dari Andre Rafathar pun terlihat begitu sumringah
Mulai Besok Krl Hanya Beroperasi Dari Pukul 06 00 Hingga 20 00 Wib

Mulai Besok Krl Hanya Beroperasi Dari Pukul 06 00 Hingga 20 00 Wib

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 265 hits
PT Kereta Commuter Indonesia akan melakukan penyesuaian jam operasional KRL Commuter Line mulai besok Senin guna mencegah penyebaran virus corona Nantinya KRL hanya beroperasi mulai pukul 06 00 hingga 20 00 WIB yang akan berlaku hingga dua ...
Menyebarkan Ilusi Kehebatan Dr Dzul Hanya Mimpi Lim Kit Sianh

Menyebarkan Ilusi Kehebatan Dr Dzul Hanya Mimpi Lim Kit Sianh

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 248 hits
LIM Kit Siang sepatutnya telah memenuhi janjinya untuk bersara dari politik jika Dr Mahathir tidak menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim Satu dunia sudah tahu Mahathir meletak jawatan tanpa membuat peralihan kepimpinan kepad...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya