Tidak Ada Keperluan Pindaan Ruu 342 Ppim Kenyataan Media Ppim 12 10 2024


KUALA LUMPUR -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili pengguna tidak menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.
Bantahan ini berasaskan kebimbangan terhadap hak asasi dan potensi penyalahgunaan kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
PPIM berpendapat undang-undang perlu bersifat mendidik, bukan menghukum.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, ini adalah percubaan kedua untuk meminda undang-undang ini selepas ia ditarik balik pada Mac 2022 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Antara Pindaan Utama yang dilihat sangat tidak relevan ialah berkaitan kuasa pegawai. Menurut Seksyen 14A; klausa itu memberi kuasa kepada pegawai untuk menggunakan kekerasan bagi memastikan perintahnya dipatuhi walaupun hanya dengan syak sahaja," katanya.
PPIM mendapati seksyen baharu 15A pula memberi kuasa kepada pegawai untuk memerintahkan individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti, serta kontak rapat, untuk memakai atau menggunakan peranti pengesanan.
"Perkara ini jelas melanggar hak asasi seseorang," katanya.
PPIM melihat ia meningkatkan kuasa dan autoriti serta memberi kuasa penuh (absolute power) kepada Ketua Pengarah Kesihatan.
Selain itu, denda maksimum untuk individu yang melanggar undang-undang ini meningkat dari RM1,000 kepada RM5,000.
PPIM berpendapat perubahan pada kompaun dan penalti itu tinggi membebankan rakyat.
"Langkah punitif mungkin memberi kesan tidak seimbang kepada golongan rentan bawahan, terutama dari latar belakang sosioekonomi rendah.
"Selain itu RUU ini akan membuka risiko penyalahgunaan kuasa yang luas kepada Ketua Pengarah KKM dan mungkin membuka ruang untuk rasuah," katanya
Pindaan kepada Akta 342 dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 15-18 Julai 2024 oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkifly Ahmad.
Sebelum ini, Pindaan RUU ini pernah dibantah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau ketua pembangkang.
Anwar berpendapat pindaan tersebut berpotensi menyalahgunakan kuasa, terutama dalam aspek penguatkuasaan yang terlalu keras.
Selain itu, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri pernah menzahirkan kebimbangan mengenai kuasa yang terlalu besar diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan dan pegawai-pegawai penguatkuasa.
Beliau menegaskan perlunya keseimbangan dalam penguatkuasaan undang-undang dan menolak pendekatan yang terlalu punitif.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/10/tidak-ada-keperluan-pindaan-ruu-342.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Tolak Pindaan Ruu Kawalan Penyakit Berjangkit Sinar Harian 12 10 2024

Ppim Tolak Pindaan Ruu Kawalan Penyakit Berjangkit Sinar Harian 12 10 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 193 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menolak pindaan Rang Undang Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2024 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata penolakan itu berasaskan kebimbangan terhadap hak asasi dan pote...
Aktiviti Kunjungan Ppim Ke Jabatan Muzium Malaysia Ppim 10 10 2024

Aktiviti Kunjungan Ppim Ke Jabatan Muzium Malaysia Ppim 10 10 2024

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 263 hits
Kunjungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ke Jabatan Muzium Malaysia Jalan Damansara Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Kunjungan disambut oleh Kurator Bahagian Pameran Dan Pengembangan Jabatan Muzium Ma...
Kenyataan Media Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Kenyataan Media Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 145 hits
1 AMANAH menyambut baik pembentangan Belanjawan Madani 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini Walaupun pengurangan defisit berjaya dikurangkan 3 8 dari sasaran 3 3 namun ia sesuatu yang realistik sekaligus membuktikan komitmen Kera...
Aktiviti Wellness Conference Bersama The Kl Sky Clinic Ppim 12 10 2024

Aktiviti Wellness Conference Bersama The Kl Sky Clinic Ppim 12 10 2024

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 175 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dijemput merasmikan program Wellness Conference anjuran The KL Sky Clinic di MAHSA Avenue International College Kuala Lumpur Program ini merupakan perkongsian pandangan terkini dalam bidang kesihatan da...
Ruu Mufti 2024 Tidak Digubal Tergesa Gesa

Ruu Mufti 2024 Tidak Digubal Tergesa Gesa

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 295 hits
Putrajaya Dakwaan kononnya Rang Undang Undang Mufti 2024 digubal secara tergesa gesa dan dipengaruhi pihak tertentu adalah tidak benar kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar Beliau berkata penggubalan RUU itu me...
Pindaan Had Maksimum Gaji Siling Bulanan Mulai 1 Oktober 2024

Pindaan Had Maksimum Gaji Siling Bulanan Mulai 1 Oktober 2024

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 214 hits
Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial telah mula menguatkuasakan pindaan had maksimum gaji siling baharu bulanan bagi caruman PERKESO yang akan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2024 Pindaan ini melibatkan semua pekerj...
Tahun Melawat Uzbekistan 2024

Tahun Melawat Uzbekistan 2024

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 243 hits
Tahun Melawat Uzbekistan 2024 Mahkamah Sesyen telah Muhyiddin Yassin mendapatkan pasport untuk menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 52 di Uzbekistan Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati alasan Muhyiddin mahu mend...
Lg Shines At Idea 2024 Two Gold Awards Celebrate Innovative And Inclusive Design

Lg Shines At Idea 2024 Two Gold Awards Celebrate Innovative And Inclusive Design

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 416 hits
Company Garners 23 Awards Including 2 Gold 1 Silver and 3 Bronze for Design Excellence LG Electronics has solidified its reputation for design excellence securing 23 awards at this year s International Design Excellence Awards Among the acc...
Ltdl 2024 Sarawak Kekal Dalam Radar Penganjuran Edisi 2025

Ltdl 2024 Sarawak Kekal Dalam Radar Penganjuran Edisi 2025

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 196 hits
Oleh Al Shaiful Nazib Talib BINTULU Aspek logistik menjadi tumpuan utama sepanjang perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 dan segalanya berjalan dengan lancar selepas perpindahan ke dua lokasi utama Pulau Langkawi dan Sarawak berlangsung denga...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi