Tiba Tiba Rasa Nak Makan Semua Benda Walaupun Tak Lapar Mungkin Mama Ada Gangguan Pemakanan


Gangguan makan boleh berlaku kepada seseorang individu tanpa mereka sedari. Antara gangguan pemakanan yang boleh berlaku ialah anorexia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating.
Baca: Usia Anak 2-3 Tahun Kena Kawal Bagi Gajet. Doktor Kongsi Ini Aktiviti Paling Sesuai Nak Kuatkan Otot Jari & Tangan Anak
Anda mungkin terkejut, adakah binge eating juga diklasifikasikan sebagai satu gangguan makan?

Sebelum kita kenali sama ada ia adalah satu gangguan pemakanan atau tidak, kita perlulah mengetahui dengan lebih baik apakah yang dimaksudkan dengan binge eating.
Binge eating: Gangguan makan ikut nafsu!
Binge eating adalah satu keadaan di mana seseorang individu makan dengan banyak mengikut nafsu dalam satu-satu masa.
Baca: Aiskrim Durian Homemade Lagi Puas Buat Sendiri, Anak Makan Berebut!
Mereka mengambil banyak makanan dalam tempoh masa yang pendek walaupun tidak rasa lapar pada ketika itu.
Antara perkara yang mungkin menyebabkan binge eating ini ialah stres dan waktu selepas stres tersebut.
Jika ada yang bertanya adakah binge eating dianggap sebagai satu gangguan, jawapannya adalah YA.

Ia adalah satu gangguan pemakanan yang disahkan oleh pakar perubatan. Ini simptom jika seseorang itu sedang alami gangguan makan binge eating
Seseorang individu tersebut akan disahkan mengalami gangguan pemakanan ini jika mempunyai tanda atau simptom seperti berikut:
-Makan dengan kuantiti yang lebih banyak daripada biasa
-Makan sehingga kenyang yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut
-Makan dengan banyak walaupun pada waktu diri tidak berasa lapar
-Makan berseorangan disebabkan rasa malu
-Berasa bersalah atau meluat dengan bentuk tubuh diri sendiri
Apakah penyebab kepada gangguan makan ini berlaku?
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang menyebabkan gangguan pemakanan ini.
Berikut adalah antara faktor risiko yang mungkin berlaku kepada individu tersebut:
-Genetik
-Jantina
-Perubahan dalam struktur otak
-Saiz tubuh badan
-Pernah mengalami binge eating semasa kecil atau sewaktu remaja
-Trauma yang menyebabkan gangguan pada emosi
-Keadaan psikologi yang lain

Bagaimana gangguan makan ini didiagnosis?
Gangguan makan ini biasanya bermula ketika akhir waktu remaja dan awal 20-an. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dalam semua peringkat umur.
Jika ia tidak dirawat, gangguan ini boleh berlaku dan bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Baca: “Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak?” Sebak Tengok Kakak, Adik Cari Papa
Untuk mengesahkan bahawa seseorang itu mengalami gangguan pemakanan ini, dia mestilah pernah mengalami sekurang-kurangnya 1 hingga 3 episod binge eating dalam tempoh seminggu.
Bagi keadaan yang lebih melampau, seseorang itu mungkin mengalami lebih daripada 14 kali episod binge eating dalam tempoh seminggu!
Selain itu, antara ciri lain ialah seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah, mengambil julap atau bersenam secara berlebihan untuk tujuan mengelakkan binge eating.

Apakah risikonya kepada kesihatan?
Seperti yang anda boleh jangkakan, apabila anda makan secara berlebihan tanpa kawalan dan kerap, akan ada perubahan terhadap tubuh badan anda.
Malah, ia bukan sahaja melibatkan kesan kepada fizikal, tetapi juga kepada emosi dan juga kesihatan sosial seseorang individu tersebut.
Semestinya, risiko untuk mengalami obesiti itu amat tinggi. Hampir separuh daripada penghidap gangguan makan ini mengalami obesiti.
Apabila obesiti mula berlaku, maka risiko untuk mengalami penyakit-penyakit lain turut meningkat. Ini termasuklah penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 bahkan kanser.
Namun menurut kajian, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan binge eating berbanding mereka yang sedia obesiti tetapi tidak mempunyai gangguan tersebut.
Selain daripada penyakit kronik tersebut, ada juga beberapa risiko kesihatan lain yang berkaitan dengan gangguan pemakanan ini seperti masalah tidur, keadaan sakit kronik, asma dan juga sindrom iritasi usus (IBS).
Bagi golongan wanita pula, ia akan memberikan risiko seperti masalah kesuburan, komplikasi ketika hamil dan berlakunya sindrom ovari polikistik (PCOS).
Ini yang boleh anda lakukan untuk atasi binge eating
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk atasi gangguan ini, dan ia bergantung kepada punca dan tahap keterukan gangguan tersebut.
Antara yang boleh dilakukan adalah dengan melibatkan diri dalam terapi tingkah laku kognitif (CBT), psikoterapi interpersonal, terapi tingkah laku dialektik, terapi pengurangan berat badan, dan juga ubat-ubatan.
Mungkin anda hanya perlu satu jenis terapi sahaja, tetapi mungkin juga perlu gabungan beberapa kaedah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.
Untuk kepastian, berjumpalah dengan doktor atau ahli psikiatri bagi memilih kaedah terbaik buat diri anda.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tiba-Tiba Rasa Nak Makan Semua Benda Walaupun Tak Lapar, Mungkin Mama Ada Gangguan Pemakanan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tiba-tiba-rasa-nak-makan-semua-benda-walaupun-tak-lapar-mungkin-mama-ada-gangguan-pemakanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Seb4k Pulak Tengok Video Lagu Negaraku Tiba Tiba Berkumandang Semua Berdiri Tunjuk H0rmat Masa Tengah Makan

Rasa Seb4k Pulak Tengok Video Lagu Negaraku Tiba Tiba Berkumandang Semua Berdiri Tunjuk H0rmat Masa Tengah Makan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 321 hits
Macam macam yang dah berlaku pada tahun 2020 ni pandemlk kemelvt p0litik pertukaran ker4jaan dan macam macam lagilah
Rasa Jantung Nak Pecah Dua Minggu Tahan Rindu Shakilla Khoriri Menangis Jumpa Anak

Rasa Jantung Nak Pecah Dua Minggu Tahan Rindu Shakilla Khoriri Menangis Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 707 hits
Lumrah hidup sebagai ibu kalau boleh memang sentiasa nak bersama dengan anak anak Namun buat para ibu yang bekerja ada masanya mereka terpaksa memendam rindu dan akur dengan tuntutan kerja Begitulah yang berlaku kepada pelakon Shakilla Khor...
Banyak Benda Yang Berubah Lepas Covid Semua Perlu Biasakan Diri Dengan Norma Baharu

Banyak Benda Yang Berubah Lepas Covid Semua Perlu Biasakan Diri Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 438 hits
Banyak benda yang telah berubah sejak wabak Covid melanda dunia Walaubagaimanapun kita semua perlu biasakan diri dengan norma baharu agar wabak ini tidaklah berleluasa dengan mudah sementara vaksin untuk merawat masih belum dijumpai lagi Pe...
Saya Sangat Paranoid Ara Johari Berhati Hati Rasa Semua Tempat Tak Selamat

Saya Sangat Paranoid Ara Johari Berhati Hati Rasa Semua Tempat Tak Selamat

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 685 hits
Semua sedia maklum mengenai laporan harian Covid 19 dalam negara yang sejak beberapa hari lalu menunjukkan peningkatan jumlah jangkitan yang tinggi semula termasuk kewujudan beberapa kluster baharu source
Pm Seorang Yang Mengagumkan Veveonah Luah Rasa Gembira Diundang Makan Malam Bersama

Pm Seorang Yang Mengagumkan Veveonah Luah Rasa Gembira Diundang Makan Malam Bersama

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 376 hits
125 total views 46 views today Penuntut Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin yang namanya menjadi tular sekitar Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet hari ini berbesar hati selepas menerima jemputan makan ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik