Tiada Toleransi Apabila Kedudukan Islam Dicabar



Islam mengamalkan toleransi untuk mewujudkan hubungan baik dengan pihak lain. Namun, tiada toleransi apabila kedudukan Islam dicabar. Umat Islam perlu bangkit dan bertindak mempertahankan Islam dengan jiwa raga.

Toleransi berasal dari bahasa Inggeris “tolerance” (to endure without protest) maknanya: menahan perasaan tanpa bantahan. Amalan toleransi bertepatan konsep utama Islam ialah tidak ada paksaan dalam beragama. Tiada siapa boleh dipaksa menerima Islam. Hubungan dengan penganut agama lain disandarkan kepada hubungan yang baik dan membuktikan kepada penganut agama lain tentang kebenaran ajaran Islam.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya sudah nyata kebenaran (Islam).”  (Surah al-Baqarah, ayat 256).

Perlu difahami, toleransi ini tidak bermakna berdiam diri dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama, maruah diri dan keselamatan. Kita tidak boleh berlembut atau menyokong perbuatan yang membawa kepada dosa dan memesongkan akidah.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu bertolong menolong dalam berbuat dosa dan pemusuhan dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Keras dalam menjatuhkan hukuman.”

Mentafsir ayat ini, Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk tolong menolong dalam kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dan melarangnya untuk saling bantu menbantu dalam kebatilan dan dosa. Meniru atau terikut-ikut cara  ibadat bukan Islam adalah batil dan dosa, hukumnya adalah haram.

Sikap toleransi sehingga menerima fahaman pluralisme agama yang menyamaratakan semua agama perlu ditolak. Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai penganut ‘Islam Liberal’.

Aliran atau  manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar daripada kaedah pentafsiran ilmu tradisi serta apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli dan tulen.

 Allah SWT berfirman dalam surah al- Baqarah ayat 42 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui.”

Sedangkan dalam aktiviti kehidupan seharian, Islam mewajibkan umatnya untuk berbuat baik kepada bukan Islam apalagi kepada sesama Islam. Ketika ada yang memerlukan bantuan, haruslah dibantu dengan termampu. Jika ada pihak lain membuat ancaman, maka hendaklah membantu mempertahankan hak yang sepatutnya dirasai. Itulah adab umat Islam dalam membangun tolerannya.

Rasulullah SAW  malah mengancam umat Islam yang berbuat zalim kepada zimmi dengan ancaman tidak masuk syurga.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Barangsiapa yang membunuh bukan Islam yang terikat perjanjian dengan umat Islam, maka ia tidak akan mencium keharuman syurga, meskipun keharumannya itu dapat dicium dari jarak empat puluh tahun perjalanan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jika toleransi dituntut dalam ajaran Islam, maka perbuatan ekstrem yang berlawanan dengan toleransi sudah tentu amat ditegah atau dibenci. Sesungguhnya, Islam tidak pernah meletakkan tindakan ekstrem sebagai cara untuk mencapai apa-apa maksud atau tujuan.

Ajaran Islam tidak membenarkan umatnya mengamalkan perbuatan ekstrem, bahkan tidak menyokong sebarang bentuk penindasan dan ketidakadilan. Umat Islam ditegah mendatangkan sebarang bencana atau kesusahan kepada pihak lain. Mana-mana individu Islam yang melakukan perbuatan ekstrem tidak patut mengaku melakukan perbuatan itu atas dasar memperjuangkan Islam.

Justeru itu, sebaranga tuduhan yang dilemparkan kepada umat Islam sebagai pengganas, ekstrem, militan, radikal dan kejam adalah dakyah yang dilakukan oleh pihak berniat jahat terhadap umat Islam. Mereka sebenarnya tidak mengetahui mengenai ajaran Islam yang sebenar. 

Media Barat sentiasa melancarkan propaganda untuk menggambarkan Islam sebagai paksi segala kejahatan. Berita yang melibatkan umat Islam yang digambarkan sebagai pengganas mendapat ruang utama di media massa Barat. Malah berita itu diperbesar-besarkan dengan penambahan yang sengaja direka-reka.

Sedangkan hakikat sebenarnya, keganasan berlaku di serata dunia yang dilakukan dalam mana-mana masyarakat dan agama. Penganut agama lain juga melakukan perbuatan ekstrem yang ditujukan kepada penganut Islam. 

Namun, perbuatan ekstrem penganut agama lain cuba disembunyikan seperti tidak berlaku langsung. Sebaliknya, orang Islam sahaja yang digambarkan melakukan perbuatan ekstrem. Mereka mengaitkan bahawa ajaran Islam mengajar umatnya melakukan keganasan.

Antara fakta salah yang digunakan untuk menyokong dakwan mereka ialah sejarah pengembangan agama Islam pada masa lalu yang dilakukan secara peperangan. Mereka menyembunyikan fakta sebenar dan hanya menilai secara luaran sahaja.

Gambaran itu menjadikan seluruh masyarakat dunia menjadi fobia terhadap umat Islam. Sedangkan hakikat sebenarnya Islam amat benci sebarang bentuk keganasan. Islam amat mencintai keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati seluruh penghuni dunia ini.

Prinsip toleransi dan menolak sikap melampau menjadi tulang belakang kepada penerimaan Islam dalam masyarakat Arab ketika Islam mula disebarkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak melakukan paksaan kepada mana-mana individu atau kaum untuk menerima Islam. Agama Islam digambarkan mudah dan indah tanpa amalan yang membebankan umatnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/gtb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 863 hits
oleh YB Shaharizukirnain Abdul KadirAhli Parlimen Setiu1 Saya membantah hasrat pihak Kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Ramai pihak yang turut tidak menyokong perjanjia...
Islam Agama Toleransi Dan Berkasih Sayang

Islam Agama Toleransi Dan Berkasih Sayang

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 316 hits
Ajaran Islam penuh dengan toleransi sesuai dengan komitmen untuk melahirkan kehidupan yang aman sejahtera dan selamat bukan saja kepada umat Islam bahkan kepada manusia sejagat Sesungguhnya sifat ganas dan melampau yang ditonjolkan oleh seg...
Apakah Itu Keindahan Islam

Apakah Itu Keindahan Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 566 hits
apa itu keindahan islam jom kita berkongsi tentang keindahan islam adakah keindahan islam itu dapat digambarkan dengan kata kata dengan tingkah laku akhlak ataupun dengan cara yang lain ummmmmm cuba kite renung sejenak ape itu keindahan isl...
Masuk 500 Muslim Berpengaruh Di 2019 Bukti Jokowi Tidak Anti Islam

Masuk 500 Muslim Berpengaruh Di 2019 Bukti Jokowi Tidak Anti Islam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 280 hits
Penyelenggara menggarisbawahi bahwa pembangunan infastruktur yang masif dan penyediaan layanan sosial membuat Jokowi mendapat dukungan kuat dari rakyat
Bergurau Jangan Sampai Mempermainkan Syiar Islam

Bergurau Jangan Sampai Mempermainkan Syiar Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 934 hits
Soalan Apakah hukum jika seseorang itu berlawak dengan menggunakan nama nama Allah atau perkara perkara yang berkaitan dengan syiar Islam Jawapan Islam merupakan agama yang meraikan kebahagiaan dan keharmonian dalam kalangan penganut pengan...
Hidang Daging Babi Kepada Orang Islam

Hidang Daging Babi Kepada Orang Islam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 359 hits
Apa sahaja isu babi perlu dipandang serius Apatah lagi jika ia melibatkan secara langsung dengan orang Islam Kes apabila daging babi dihidangkan kepada penganut Islam oleh penganjur bukti tidak sensitif bukan Islam terhadap orang Islam Perk...
Nak Anak Soleh Dengar Kata Ajak Anak Berjemaah Antara 13 Tip Cara Hidup Islam

Nak Anak Soleh Dengar Kata Ajak Anak Berjemaah Antara 13 Tip Cara Hidup Islam

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 430 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik