Bergurau Jangan Sampai Mempermainkan Syiar Islam





Soalan:
Apakah hukum jika seseorang itu berlawak dengan menggunakan nama-nama Allah atau perkara-perkara yang berkaitan dengan syiar Islam?

Jawapan:
Islam merupakan agama yang meraikan kebahagiaan dan keharmonian dalam kalangan penganut-penganutnya. Justeru, agama Islam tidak pernah melarang perkara-perkara yang mampu membawa ke arah tersebut selagi mana perkara tersebut masih lagi dalam landasan yang disyariatkan oleh agama Islam. Perkara-perkara seperti bergurau senda dan membuat lawak jenaka adalah dibenarkan jika masih mengikut etika-etika yang ditetapkan oleh agama.

Antara perkara yang harus diteliti dalam bergurau senda dan berlawak ialah berkata benar dan tidak menipu dalam perbuatan tersebut semata-mata untuk menghiburkan orang ramai. Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas seperti hadis nabi SAW seperti berikut:

Dari Abu Hurairah R.A telah meriwayatkan bahawa:
قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ تُدَاعِبُنَا ‏.‏ قَالَ ‏ "‏ إِنِّي لاَ أَقُولُ إِلاَّ حَقًّا ‏"‏
Mereka berkata: Wahai Rasulullah, adakah kamu bergurau dengan kami? Nabi SAW menjawab: “Aku tidak mengatakan sesuatu kecuali yang benar sahaja”. (Jami' at-Tarmizi no. 1990)

Merujuk persoalan di atas, hukum berlawak dengan menggunakan nama-nama Allah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syiar Islam adalah perlu dijauhkan dan dielakkan kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan jatuh kepada haram. Perkara ini jelas dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am ayat 70)

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
(Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf ayat 51)

Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama. Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj ayat 32)

Kesimpulan:

Islam tidak melarang pengikutnya dari bersuka-rai dan berhibur. Namun jika perkara tersebut sampai membawa kepada menjatuhkan agama Islam dan syiar agama, maka perbuatan tersebut adalah dilarang serta jatuh kepada haram. Begitu juga berlawak dengan menggunakan nama-nama Allah dan syiar-syiar agama, jika perkara tersebut menghina agama, maka perbuatan tersebut dilarang. Akhir sekali, semoga Allah SWT menjauhi kita daripada perbuatan dan perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada rahmatnya. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit : ohmedia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2018/10/bergurau-jangan-sampai-mempermainkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan Semua Boleh Ikut Cara Islam

Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan Semua Boleh Ikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 376 hits
Siti Amiza yang popular dengan video Mencari Suami Orang Sebagai Madu dan video Menjual Ubat Kuat memuat naik 1 video berkenaan Pesta OktoberFest yang berlangsung di dalam Malaysia Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan ...
Majlis Raja Raja Melayu Tegas Menyokong Penderian Ydpa Untuk Memilih Peguam Negara Yang Berbangsa Melayu Islam

Majlis Raja Raja Melayu Tegas Menyokong Penderian Ydpa Untuk Memilih Peguam Negara Yang Berbangsa Melayu Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 368 hits
KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat dengan Raja Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu Lebih 10 hari lepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di P...
Peradaban Islam 8477

Peradaban Islam 8477

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 237 hits
Etika Membaca al QuranImam an Nawawi rahimahullahu anhu menjelaskan tentang etika yang dituntut ketika membaca al Quran dan hukum hukumnya di dalam kitabnya yang berjudul at Tibyan Sedangkan di sini dicantumkan perkara perkara yang penting ...
Profesor Dari Jepang Memeluk Agama Islam Setelah Meneliti Keunikan Air Zam Zam

Profesor Dari Jepang Memeluk Agama Islam Setelah Meneliti Keunikan Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 757 hits
Professor dari Japan memeluk agama Islam kerana keunikan air zam zam Firman Allah S W T Dan apakah orang orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian Kami pisahkan antara k...
Sumbangan Islam Kepada Dunia Moden Sejak Lebih 1440 Tahun Dahulu 8470

Sumbangan Islam Kepada Dunia Moden Sejak Lebih 1440 Tahun Dahulu 8470

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 294 hits
Daftar 500 Tokoh Muslim paling Berpengaruh di Dunia 2018 Habib Lutfi Jokowi Said Aqil dan Mo Salah Daftar 500 Tokoh Muslim paling Berpengaruh di Dunia 2018 Habib Lutfi Jokowi Said Aqil dan Mo Salah500 Tokoh Muslim Berpengaruh di Dunia 2018 ...
Umat Islam Dikhianati Di Negara China China Di Malaysia Dan India Di Malaysia Aman 8469

Umat Islam Dikhianati Di Negara China China Di Malaysia Dan India Di Malaysia Aman 8469

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 359 hits
Walau pun diketahui mereka ini pembawa budaya samsing pelacuran perjudian kongsi gelap Gee Hen dan Hai San antaranya Fahaman Komunis Bersikap anti Islam dan sebagainya Ada antaranya bersikap bagai kaduk naik junjung Pesawat 6 Negara Asing A...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun