Tiada Tolak Ansur Lawan Rasuah Anwar Diharapkan Tidak Mudah Mengalah


 
Berdepan tekanan daripada UMNO, terutama dalam isu pengampunan Najib Razak dan tindakan terbaru Zahid Hamidi mengemukan representasi kepada Peguam Negara untuk menggugurkan 47 kes mahkamahnya yang sedang berjalan, sekurang-kurangnya setakat ini, Anwar Ibrahim ternampak masih teguh dengan pendiriannya.
Katanya, beliau tidak akan bertolak ansur dalam usahanya untuk menyelamatkan negara ini daripada amalan rasuah.
Malah, bersama ketegasannya memerangi rasuah itu, Anwar juga bersedia jika ada sesiapa mahu menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.
“Itu tekad saya, senang susah saya hadapi. Kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan, tetapi saya tidak akan bertolak ansur daripada usaha bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa kita dan negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.
“Bukan sedikit, dan ini termasuk pimpinan yang ada dalam kerajaan, baik menteri, dalam kalangan kerajaan negeri (exco).
“Kena ingat, saya arah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), ambil tindakan kepada siapa sahaja yang melakukan rasuah, terutama setelah kita bagi amaran, dia buat juga lagi,” katanya ketika berucap dalam satu program di Tambun, Perak semalam.
Dengan ketegasan ini, kita setidak-tidaknya masih ada keyakinan bahawa Anwar tidak akan tunduk kepada kemahuan UMNO untuk menyelamatkan Najib dan juga Zahid Hamidi itu.
Sebagaimana diperingatkan dalam artikel sebelum ini, jika pengampunan diberi kepada Najib di mana meskipun kata akhir dalam memberi pengampunan itu adalah atas budi bicara Yang Dipertuan Agong, tetapi baginda juga tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri dalam hal berkenaan dan tidak dapat dielakkan, kerajaanlah yang akan menerima kesan buruknya.
Mahu tidak mahu, Anwar tidak terlepas daripada dipertanggungjawabkan dalam nasihat yang diberi kepada Agong itu.
Dengan itu, dalam PRU16 akan datang, Anwar dan PH tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat dan sudah tentu jauh panggang daripada api untuk memperolehi undi lagi.
Begitu juga dalam isu permohonan Zahid Hamidi untuk menggugurkan 47 kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya, ini juga satu lagi beban yang akan menimpa bahu Anwar jika nanti keputusan Peguam Negara memihak kepada Presiden UMNO itu.
Apa lagi, bayangan cerahnya harapan permohonan Zahid Hamidi itu bakal menemui kejayaan sudah pun dapat dirasai banyak pihak apabila pendakwa memaklumkan telah mendapat arahan daripada Peguam Negara, Idrus Harun untuk tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan kes itu kepada bulan Ogos akan datang.
Ini bermakna, sebagaimana dalam kes Zahid Hamidi memohon agar pasport peribadinya dikembalikan secara kekal yang tidak dibantah oleh pendakwa baru-baru ini, juga kerana adanya arahan, dalam kes permohonan menggugurkan kes juga terdapat arahan supaya tidak mengemukakan bantahan.
Yang jelas, seperti mana semua orang tahu bahawa Jabatan Peguam Negara adalah terletak di bawah dagu kekuasaan Perdana Menteri dan permohonan Zahid Hamidi untuk menggugurkan kesnya adalah satu tekanan yang memang ditujukan kepada Anwar.
Zahid Hamidi nampaknya tidak sedia menunggu sehingga kesnya diadili oleh hakim mahkamah sama ada beliau didapati bersalah atau tidak, sebaliknya mahu kesnya digugurkan oleh Peguam Negara yang terletak dibawah kekuasan Perdana Menteri.
Dalam erti kata lain, Zahid Hamidi sebenarnya mahu Anwar menggugurlan kesnya itu.
Tetapi, berdepan semua karenah UMNO itu, apa yang diharapkan ketegasan Anwar yang mengatakan beliau tidak bertolak ansur atau tunduk kepada tekanan, akan terus dapat dipertahankannya dan tidak mengalah semata-mata untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Satu perkara yang Anwar harus ingat, jika beliau ternampak mengalah dalam kes pengampunan Najib dan pengguguran kes yang dipohon Zahid Hamidi, ia bermakna beliau telah bertolak ansur terhadap rasuah.
Kenyataan beliau hari ini yang menyebut – Tidak akan bertolak ansur dan kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan – hanya akan menjadi sisa kumbahan jika Najib dan Zahid Hamidi didapati lepas bebas akhirnya.
Ketika itu nanti, selain PH tidak lagi dipercayai pengundi, mungkin buat selama-lamanya, ia juga bermakna sudah matilah perjuangan reformasi dan sucinya kerajaan madani yang diagung-agungkan selama ini. – ShahbudinHusin 11/04/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/tiada-tolak-ansur-lawan-rasuah-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tidak Ada Tolak Ansur Lawan Individu Rompak Negara

Anwar Tidak Ada Tolak Ansur Lawan Individu Rompak Negara

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 180 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara Anwar berkata beliau menga...
Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 260 hits
Siang malam bertahun lamanya menghentam Najib Kiri Dan kanan bukan hentaman kosong Dan fitnah Sebaliknya Hari InI APABILA Ada puluhan Dan mungkin ke ratusan tuduhan Dan pendakwaan nyata hentaman dulu berasas Bukan setakat najib pemimpin UMN...
Pmx Kalau Nak Jatuhkan Saya Kerana Lawan Rasuah Silakan

Pmx Kalau Nak Jatuhkan Saya Kerana Lawan Rasuah Silakan

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 196 hits
BernamaIPOH Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu merompak kekayaan negara Anwar berkata beliau mengarahkan kerajaan s...
Mahathir Wages Holy War Against Anwar

Mahathir Wages Holy War Against Anwar

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 265 hits
Wed 29 March PM4 7 Tun Dr Mahathir Mohamad has officially spoken up against Anwar Ibrahim and his unity government And in the holy month of Ramadan too when Muslims around the world make extra effort for restraint He s called Anwar s admini...
China An Important Trade Partner For Malaysia Says Anwar

China An Important Trade Partner For Malaysia Says Anwar

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 346 hits
BEIJING Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim says his visit to China this week is a manifestation of the country s importance to Malaysia in various aspects especially trade He said China was important not only as a neighbour with a clos...
Ketua Pemuda Bersatu Tandus Idea Nak Malukan Anwar

Ketua Pemuda Bersatu Tandus Idea Nak Malukan Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 191 hits
Tindakan Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang cuba memberi gambaran kepada rakyat kononnya lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi sebagai gagal merupakan tindakan terdesak untuk mencalar reputasi Datuk Seri Anwar Ibrah...
Dap Menggelepur Cuba Selamatkan Guan Eng Dan Anwar Ibrahim

Dap Menggelepur Cuba Selamatkan Guan Eng Dan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 251 hits
Lim Guan Eng DAP dan Pakatan Harapan semakin tertekan Takut dengan laporan polis terhadap LGE dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh Armada DAP kini berhabis habisan menyerang Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal DAP membuat laporan p...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Tok Wan Nasi Berlauk Nasi Lemak Barakah