Tiada Siapa Berani Lawan Saya Dalam Kabinet Tun M


Manzaidi Mohd Amin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (empat kanan) dan barisan Jemaah Menteri bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK 
PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah banyak mencapai kejayaan sepanjang mengambil alih pentadbiran dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam tempoh kira-kira satu setengah tahun, fungsi kabinet berjalan dengan baik dan lancar serta bekerja mengikut konsesus.

“Berkenaan pencapaian kerajaan PH terutama janji-janji, kita dapati umumnya kita telah mencapai banyak kejayaan terutama dalam pilihan raya lalu, kita dapat mengambil alih kerajaan tanpa masalah.

“Kalau negara lain sudah tentu peralihan ini ada masalah, berlaku demonstrasi tetapi kita tak ada. Kita ambilalih dengan cara yang selamat. Kalau pun ada sedikit tertangguh mengenai pelantikan saya sebagai Perdana Menteri.

“Adalah ketika itu cubaan pihak tertentu kononnya hendak mengadakan kerajaan alternatif,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan di Bangunan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut Mahathir, ketika PRU-14 yang lalu, banyak berlaku penipuan dari parti lawan tetapi suara rakyat tidak boleh disekat sehingga akhirnya PH mencapai kemenangan dengan majoriti besar.

Katanya, beliau juga berpuas hati sejak PH mengambil alih, tidak ada perselisihan faham atau halangan dalam menjalankan tugas-tugas berlaku.

“Ada pertengkaran di luar kabinet tapi dalam kabinet walaupun saya tunggu siapa-siapa nak lawan dengan saya… tak ada siapa berani. Semuanya, akhirnya bersetuju.

“Saya punya peraturan ialah gulung. Selepas mendengar macam-macam pandangan, saya gulung dan biasanya gulungan saya itu diterima dan kita dapat kelulusan pentadbiran,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, dalam pentadbirannya juga banyak kejayaan telah dicapai yang mana mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah telah digantikan dengan pegawai baharu.

Katanya, sudah tentu pegawai baharu itu lebih muda, tetapi mereka dapat mengambilalih dan menjalankan tugas dengan baik.

“Mungkin ada yang kurang faham dengan tugas dan tanggungjawab mereka, tetapi umumnya semua jentera kerajaan berjalan dengan baik.

“Semua kementerian berjalan dengan baik dan kita dapat laksanakan segala projek mengikut perancangan,” katanya.

Mahathir juga berkata, kerajaan PH turut memperkenalkan dasar baharu iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama.

“Inipun dirancang, dibahas dan diperkenalkan sebagai dasar rasmi kerajaan dan kita dapati dasar ini disambut baik oleh rakyat.

“Berdasarkan penilaian sendiri mengenai prestasi kerajaan sekarang ini, saya dapati tidak ada siapa yang mempertikaikannya.

“Di luar negara, misalnya, kita diterima baik. Apabila kita mengadakan rundingan, cadangan kita diterima baik oleh kerajaan negara berkenaan,” katanya sambil memberi contoh di Bangkok, Thailand baru-baru ini, suara kerajaan Malaysia didengari.

Ujar beliau, banyak juga cadangan kerajaan Malaysia diterima negara luar dan sekali gus menunjukkan pengiktirafan negara berkenaan terhadap ini negara ini amat baik. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/tiada-siapa-berani-lawan-saya-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Diktator Baik Dalam Kabinet Tiada Siapa Pun Berani Lawan Saya Dr Mahathir Suara Tv

Saya Diktator Baik Dalam Kabinet Tiada Siapa Pun Berani Lawan Saya Dr Mahathir Suara Tv

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 340 hits
Dalam Kabinet walaupun saya sentiasa bersedia nak tumbuk sesiapa yang nak lawan dengan saya tapi tak ada siapa berani kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata walaupun terdapat pertengkaran di luar Kabinet tetapi akhirnya semua ...
Nak Lawan Dap Tak Berani Kah

Nak Lawan Dap Tak Berani Kah

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 423 hits
Baca harakah tadi kenyataan Tuan Ibrahim Kerajaan patut haramkan DAP atas kontroversi kebalakangan ini iaiitu kaitan dengan komik LTTE dan Kristian Begitulah kenyataan kelompok Ashabiyah yang tidak pernah cermin diri sendiri Kalau DAP patut...
Masyarakat Tanjung Piai Akan Rugi Jika Tak Pilih Calon Ph Tun M

Masyarakat Tanjung Piai Akan Rugi Jika Tak Pilih Calon Ph Tun M

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 210 hits
PONTIAN Masyarakat tempatan akan rugi jika tidak mengundi calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai semata mata kerana marah terhadap kerajaan kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Me
039 Luar Biasa 039 Tun M

039 Luar Biasa 039 Tun M

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 259 hits
KEHADIRAN malam ini cukup luar biasa kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melihat sokongan rakyat kepada PH pada Program Ceramah Mega Harapan di Tapak Terminal Bas Kukup Pontian malam ini Dr Mahathir berkata beliau...
Kempen Prk Tanjung Piai Dihadiri Tun Mahathir

Kempen Prk Tanjung Piai Dihadiri Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 668 hits
PONTIAN Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai dengan mengadakan perjumpaan dengan semua 27 ketua Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan hari ini Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Be...
Jangan Rugikan Masa Hadapan Kerana Mahu Undi Protes Tun M

Jangan Rugikan Masa Hadapan Kerana Mahu Undi Protes Tun M

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 398 hits
Pakatan Harapan menolak kempen pembangkang agar mengundi calon mereka sebagai tanda protes Pengerusi PH yang berkempen di Kukup Laut malam tadi Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kepada pengundi agar mengundi dengan rasional dan tidak menem...
Malaysia Kaji Cadangan Perbadanan Muzik Malaysia Tun Mahathir

Malaysia Kaji Cadangan Perbadanan Muzik Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 303 hits
Imam Shazly dan Razin Mestica di Majlis Townlhall bersama Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia 11 November 2019 PUTRAJAYA Kerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara seperti Pe...
Kes Src Saya Terkejut Bila Najib Terkejut Tun Mahathir

Kes Src Saya Terkejut Bila Najib Terkejut Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 603 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau terkejut akan reaksi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang terkejut mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkannya membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd Sebaliknya...
Belajar Matang Dari Pas Tun M Menurut A Hadi

Belajar Matang Dari Pas Tun M Menurut A Hadi

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 287 hits
Belajarlah kematangan dari pengalaman PASSEMALAM Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa berlaku perselisihan faham dalam gabungan PH selepas mengambil alih kerajaan Katanya mereka masih boleh duduk bersama dan memutuskan sesuatu mengikut ko...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang