Belajar Matang Dari Pas Tun M Menurut A Hadi



Belajarlah kematangan dari pengalaman PAS
SEMALAM Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa berlaku perselisihan faham dalam gabungan PH selepas mengambil alih kerajaan. Katanya, mereka masih boleh duduk bersama dan memutuskan sesuatu mengikut konsensus dan mereka bekerja mengikut konsensus. 

PM juga mengesahkan memang ada pertengkaran di luar Kabinet, tetapi semasa dalam Kabinet tiada siapa yang berani menentangnya. 

Perlu diingat bahawa sebelum PH mengalami apa yang dilaluinya sekarang, PAS terlebih dahulu mengalaminya semasa bersama DAP dalam Barisan Alternatif pada 1999. Pada ketika itu PM dan partinya amat memusuhi DAP. 

Titik pertemuan yang membawa PAS bersama dengan DAP hanyalah pada matlamat yang sama iaitu menjatuhkan Kerajaan BN. Pada sisi lain, masing-masing mempunyai dasar yang jauh berbeza malah bertentangan antara satu sama lain. PAS mendukung dasar untuk menegakkan Islam, sementara DAP mendukung dasar Sekular dan Sosialis. 

Menyedari hakikat itu mereka masih boleh bersama atas dasar ‘bersetuju kepada perbezaan’. Soalnya, selama mana sikap ‘agree to disagree’ ini boleh bertahan. 

DAP masuk jauh ke dalam had sempadan dasar perjuangan PAS yang pada ketika itu sedang memperjuangkan Hudud melalui Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Semasa dalam Pakatan Rakyat, DAP juga menentang usaha PAS membawa usul Pindaan RUU355 di Parlimen hingga terkeluar kata-kata keras dari pemimpin mereka, “Hudud, over my dead body”. (Hudud, langkah mayatku dulu). Kemuncak kepada pertelingkahan ini DAP tinggalkan Pakatan Rakyat. 

PAS mendapat rakan kerja yang baru – Umno – yang cedera parah dalam PRU14. Atas dasar Islam, kedua-duanya bermuafakat membentuk Muafakat Nasional. Muafakat yang baru ini pasti merupakan perjuangan yang menguntungkan Islam kerana ia menggunakan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. 

Bagaimana PH boleh mengekalkan kebersamaan mereka? Jika komponen selain DAP tidak membawa agenda Islam pasti mereka bolehlah kekal bersama. Sebagai seorang Islam apakah kita boleh bersetuju dengan sikap meminggirkan Islam begini? 

Perkataan yang ada dalam Perlembagaan Parti DAP ialah kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi. 

Hasil dari konsensus dengan DAPlah keluarnya arahan tiada lagi serbuan ke atas pelaku maksiat khalwat dan sebagainya kerana menghormati kehendak mereka. Inilah bahayanya kerja secara konsensus dalam PH. 

Semakin ramai pemimpin PH bukan DAP yang bercakap menggunakan kata-kata “saksama, peluang yang sama mengikut merit tanpa perbezaan agama dan kaum” yang semuanya merupakan kata-kata yang dipinjam dari Perlembagaan DAP. 

PM tidak sepatutnya terpedaya dengan kata-kata ‘kami masih baru’, kerana DAP itu telah wujud sejak 1966 sebagai serpihan PAP di Singapura yang sangat berkuasa dan berjaya melaksanakan agenda mereka sejak keluar dari Malaysia. 

Formula yang paling ampuh untuk difikirkan komponen selain DAP dalam PH ialah bergabung dengan Muafakat Nasional yang boleh menjadikan DAP bersendirian dan menjadikan Islam Memimpin. Pasti inilah yang menjadi impian majoriti rakyat Malaysia. 
SOBIRIN DULI 
Ketua Penerangan 
PAS Kawasan Lipis – HARAKAHDAILY 8/11/2019

Tun M dari kaca mata Hadi

Menurut Abdul Hadi, Dr Mahathir telah banyak belajar daripada kelemahannya mentadbir sebelum ini. -Gambar fail
KUALA NERUS: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin matang dalam pentadbirannya.

Menurut Abdul Hadi, Dr Mahathir telah banyak belajar daripada kelemahannya mentadbir sebelum ini.

"Suasana masyarakat berubah, keadaan berubah dan pemikiran beliau juga berubah. Pengalamannya lebih banyak lagi dan beliau belajar daripada kelemahan dulu.

"Dengan itu, kita jangka beliau jadi lebih matang. Sebab itu beliau janji nak beri balik royalti kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu... itu berlaku kematangan hidup," katanya dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan Pas ke-64, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan mengenai perbezaan Dr Mahathir berbanding ketika menjadi perdana menteri keempat.

Ketika ditanya wartawan sama ada Dr Mahathir lebih baik berbanding dulu, Abdul Hadi mengangguk sambil tersenyum dan berkata, "Ya."

Mengulas mengenai ucapan dasarnya yang menyentuh dasar Politik Damai, Abdul Hadi berkata, Pas tidak mengambil pendekatan menyerang terhadap kerajaan PH.

"Tetapi pendekatan kita lebih kepada berhujah walaupun kita berdepan serangan bertubi-tubi kerajaan Persekutuan," katanya.
(Sinar Harian |  September 15, 2018 14:46 MYT)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/belajar-matang-dari-pas-tun-m-menurut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dakwa Di Fitnah Tapi Hadi Tarik Saman Sr

Pas Dakwa Di Fitnah Tapi Hadi Tarik Saman Sr

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 301 hits
Terbaek tulisan Ipoh Mali ni Pemimpin PAS kata dah terbukti mereka difitnah Sebab duit RM 90 juta tak masuk akaun PAS Cuma aku nak tanya Pemimpin dan Walaun PAS cari dalam artikel Sarawak Report Sarawak Report ada sebut ker RM 90 juta masuk...
Prktgpiai Pas Janji Sokong Wee Jeck Seng Hadi Awang

Prktgpiai Pas Janji Sokong Wee Jeck Seng Hadi Awang

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 256 hits
PAS berjanji menyokong calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ujar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan mengapa PAS boleh menyatakan sokongan...
Masuk Putrajaya Ikut Jalan Depan Umno Dan Pas Elak Bertelagah Hj Hadi

Masuk Putrajaya Ikut Jalan Depan Umno Dan Pas Elak Bertelagah Hj Hadi

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 379 hits
UMNO dan Pas akan bersama sama memastikan dapat menjadi kerajaan mengikut jalan depan Namun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demi memastikan usaha itu berjaya kedua dua parti perlu bersatu padu elakkan daripada berlakunya pe...
Hadi Pas Rethinking Gagasan Sejahtera Alliance With Berjasa After Tanjung Piai Candidacy

Hadi Pas Rethinking Gagasan Sejahtera Alliance With Berjasa After Tanjung Piai Candidacy

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 233 hits
PAS said it will reconsider its relationship with its Gagasan Sejahtera ally and former splinter party Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia following the latter s decision to contest the Tanjung Piai by election The Islamist party s presiden...
Hadi Mca Candidate Against Act 355 Bill Is Personal Pas Works With Party

Hadi Mca Candidate Against Act 355 Bill Is Personal Pas Works With Party

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 300 hits
TG PIAI POLLS PAS president Abdul Hadi Awang today downplayed BN s Tanjung Piai candidate Wee Jeck Seng s opposition to the Islamist party s bid to amend Syariah Courts Act 1965 also known as Act 355 that would allow the partial implementat...
There Are Enough Reasons To Ban Dap Says Pas

There Are Enough Reasons To Ban Dap Says Pas

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 310 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man said three recent controversies linked to DAP would justify a government ban of the party He named these as his claim against a DAP MP of promoting a Christian government the arrest of DAP lawmaker...
Pelan Peralihan Pm Dah Ada Pas Umno Jangan Menyibuk Rayer

Pelan Peralihan Pm Dah Ada Pas Umno Jangan Menyibuk Rayer

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 297 hits
Ahli Parlimen Jelutong mewakili DAP RSN Rayer hari ini membidas ahli Parlimen PAS dan Umno yang menyuarakan sokongan supaya Dr Mahathir Mohamad menyempurnakan tempoh lima tahun jawatan beliau sebagai perdana menteri dengan berkata kemungkin...
Prk Tanjung Piai Tun M Rayu Pengundi Jangan Silap Pangkah

Prk Tanjung Piai Tun M Rayu Pengundi Jangan Silap Pangkah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 393 hits
PONTIAN Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon penduduk Tanjung Piai untuk tidak mengundi calon yang salah hanya untuk menunjukkan perasaan marah kepada Kerajaan Perdana Menteri berkata jika mereka berbuat demikian ia aka...
Masa Untuk Umno Pas Bangun Semula Ketepikan Semua Perbedaan Dr Zahid

Masa Untuk Umno Pas Bangun Semula Ketepikan Semua Perbedaan Dr Zahid

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 321 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sudah tiba masanya untuk UMNO dan PAS bangun semula dan ketepikan segala perbedaan dan permasalahan yang ada Jelasnya Muafakat Nasional menerusi penyatuan ummah antara UMNO dan PAS b...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm