Tiada Sesiapa Mahu Memberontak Gulingkan Kerajaan Kecuali




Ternampak ketika ini sudah wujud suatu perkembangan yang mirip seperti ketika era pemerintahan Najib Razak dahulu di mana apa saja teguran yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad, ia lantas dianggap sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan.


Bermula dengan dapatan Rafizi Ramli berhubung tahap ketidakpuasan hati rakyat serta rating Tun Mahathir yang berdasarkan kajiannya merosot sebanyak 20 peratus dan selepas itu beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dalam tegurannya kepada Tun Mahathir, semuanya kemudian dianggap sesuatu yang menjurus untuk menjatuhkan kerajaan.


Lalu, muncullah panglima-panglima Tun Mahathir yang memberi amaran bagai serta menghidu kononnya sudah wujud suatu gerakan untuk menggulingkan Tun Mahathir yang sekaligus dianggap menggulingkan kerajaan juga.


Tetapi, ketika Tun Daim Zainuddin memberi amaran kepada kerajaan agar lebih bekerja keras menunaikan janji manifesto dan berhenti daripada mengungkit-ungkit tentang beban hutang negara jika tidak mahu ditolak rakyat dalam pilihanraya akan datang, mengapa pula tiada yang mengatakan ia sebagai percubaan untuk menggulingjan kerajaan?


Bukankah teguran Tun Daim lebih tepat ditujukan kepada Tun Mahathir yang sesiapa pun tahu paling kerap merungut tentang beban hutang negara yang ditinggalkan Najib?


Di grup-grup Whatsapp pula bertebaran pandangan yang mengatakan Rafizi dan Johari berbuat demikian semata-mata bertujuan melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai pengganti kepada Tun Mahathir dengan segera.


Sebenarnya, tidak ada sesiapa mahu menggulingkan kerajaan ini. Teguran atau pandangan yang berbeza haruslah dilihat dengan hati yang terbuka.


Melonjakkan nama Anwar juga tiada keperluan dalam tempoh Pakatan Harapan baru saja mengambil alih kerajaan selama tujuh bulan, sedangkan Presiden PKR itu sudah dijanjikan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir memegang jawatan itu selama dua tahun lamanya.


Selagi Tun Mahathir ingat janji tersebut, berpegang kepadanya dan tidak menunjukkan keinginan untuk memungkirinya, Anwar tentu saja boleh bersabar menunggunya.


Lagi pula isteri beliau, Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri ketika ini dan merupakan pembantu kepada Tun Mahathir dalam menguruskan kerajaan bersama menteri-menteri kabinet yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan juga Bersatu.


Kemungkinan Anwar memberontak hanya akan berlaku jika janji terhadap beliau tidak dipatuhi. Tetapi, itu pun bukan bertujuan menggulingkan kerajaan atau menjatuhkan Tun Mahathir. Hanya menuntut janji dipatuhi.


Namun, jika itu berlaku, adakah ia salah Anwar? 


Seperti mana biasa berlaku dalam mana-mana sistem demokrasi dan diperingatkan oleh Tun Daim, rakyat sendiri pun akan memberontak serta menolak sesebuah kerajaan itu jika janji yang dibuat semasa berkempen tidak dipatuhi.


Dalan konteks berkaitan, Tun Mahathir ketika era pemerintahan Tun Abdullah Badawi pernah memberontak kerana kata-kata dan pendapatnya tidak didengari, lalu bertindak keluar UMNO serta kemudian menjelajah ke seluruh negara sehingga Perdana Menteri pilihannya itu berjaya dijatuhkan akhirnya.


Kemudian ketika era Najib, sekali lagi, juga kerana kata-kata dan pendapatnya tidak didengari, Tun Mahathir tidak sekadar memberontak dan keluar UMNO, malah menubuhkan Bersatu sehingga akhirnya bukan setakat Najib yang berjaya disingkirkannya, malah kerajaan BN dapat ditumbangkannya.


Kesimpulannya, menuntut janji jauh lebih besar berbanding sekadar mahu kata-kata dan pendapat didengari.


Kalau janji dipatuhi, tiada apa-apa yang akan berlaku antara Anwar dan Tun Mahathir. (ShahbudinHusin 24/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/tiada-sesiapa-mahu-memberontak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Adib Harus Di Bela Empat Menteri Dan Exco Kerajaan Selangor Perlu Didakwa

Kematian Adib Harus Di Bela Empat Menteri Dan Exco Kerajaan Selangor Perlu Didakwa

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 418 hits
SHAH ALAM Pemuda Umno mendesak Peguam Negara Tommy Thomas segera mengambil tindakan tegas terhadap empat menteri dan seorang Exco Kerajaan Selangor dengan mendakwa mereka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyra...
Kakak Kerja Kerajaan Naik Honda Jazz Sampai Hati Hina Aku Jual Nasi Lemak Rileks Media

Kakak Kerja Kerajaan Naik Honda Jazz Sampai Hati Hina Aku Jual Nasi Lemak Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 782 hits
Kisah ini dipetik dari facebook si kakak bermegah dengan pekerjaannya sebagai penjawat awam dan memandang rendah kepada adiknya yang menjual nasi lemak di tepi jalan BACA KISAHNYA Kakak aku kerja kerajaan keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 p...
Jujurkah Elit Politik Kerajaan Ph

Jujurkah Elit Politik Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 291 hits
Ini masa keikhlasan elit politik Melayu dituntut supaya insaf sentimen perkauman bukan sahaja ada pada orang Melayu Elit politik India dalam kerajaan PH pula tidak harus berpeluk tubuh Mereka harus mengingatkan kaum mereka supaya rasional t...
Penjawat Awam Yang Tiada Komitmen Terhadap Kerajaan Baru Harus Letak Jawatan Ksn

Penjawat Awam Yang Tiada Komitmen Terhadap Kerajaan Baru Harus Letak Jawatan Ksn

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 404 hits
Penjawat awam yang tiada komitmen terhadap kerajaan baru harus letak jawatan KSNKetua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar mengingatkan 1 6 juta penjawat awam seluruh negara negara supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutam...
Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Bersatu agar berjaga jaga dengan ahli Umno yang melompat parti Menurutnya ahli Umno yang menyertai Bersatu mempunyai agenda tertentu iaitu mahu menguasai parti kerajaa...
Kerajaan Singapura Dan Malaysia Raih Penghargaan Di Hut Ke 189 Kota Batam

Kerajaan Singapura Dan Malaysia Raih Penghargaan Di Hut Ke 189 Kota Batam

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 310 hits
Penghargaan diberikan langsung oleh Wali kota Batam Muhammad Rudi di Dataran Engku Putri Kota Batam
Polis Klasifikasikan Kes Adib Sebagai Kes Bunuh Kita Tengok Apa Kerajaan Baru Akan Buat

Polis Klasifikasikan Kes Adib Sebagai Kes Bunuh Kita Tengok Apa Kerajaan Baru Akan Buat

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 489 hits
Polis mengklasifikasikan semula kes kecederaan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes membunuh kata Timbalan Ketua Polis Selangor Ab Rashid Ab Wahab Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuma...
Bila Pan Jadi Kerajaan Dulu Boleh Tidur Masjid Sekarang Merungut Bilik Hotel Kecil

Bila Pan Jadi Kerajaan Dulu Boleh Tidur Masjid Sekarang Merungut Bilik Hotel Kecil

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 507 hits
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi memberi teguran tajam kepada segelintir perwakilan yang merungut tentang hal yang disifatkan sebagai remeh temeh ketika konvensyen termasuk bilik hotel yang kecil Asmuni berkata beliau hairan bagaimana rung...
Kerajaan Nafi Keluarkan Sebarang Arahan Halang Penceramah

Kerajaan Nafi Keluarkan Sebarang Arahan Halang Penceramah

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan atau membuat ketetapan untuk menghalang mana mana pendakwah memberi ceramah di televisyen dan radio Terdahulu tular senarai 10 penceramah popular ...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi