Tiada Sebarang Pemakluman Tengku Zafrul Keluar Umno Ahmad Zahid



Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain. Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini Tengku Zafrul juga tidak ada bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu.
“Jadi kita tak dapat mengesahkan berita berkenaannya,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ke-4 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media yang mendakwa Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan menyertai KEADILAN untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Sebuah portal tiada kredibiliti melaporkan rundingan dikatakan giat dilakukan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai KEADILAN.Ahmad Zahid berkata, parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya mengambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga parti masing-masing.
Justeru, beliau menasihati semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menjaga perpaduan yang terbina dalam gabungan itu sebaiknya.
Malah, beliau turut mengingatkan ahli dan pemimpin parti untuk mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi masing-masing.
“Apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan. Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli-ahli menilai integriti seseorang itu,” katanya.
Ditanya mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Sebelum ini, Laporan RCI itu mengesyorkan antara lain, siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/tiada-sebarang-pemakluman-tengku-zafrul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 416 hits
Tengku Zafrul Aziz is said to be a valued member of Prime Minister Anwar Ibrahim s administration PETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz may have been driven to explore a future with PKR due to strained ties with Umno warlords stemming from an in...
Hubungan Tegang Dengan Panglima Umno Sebab Tengku Zafrul Mahu Bawa Diri

Hubungan Tegang Dengan Panglima Umno Sebab Tengku Zafrul Mahu Bawa Diri

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 182 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz mungkin terdorong untuk mengintai masa depan dengan PKR disebabkan hubungan tegang dengan panglima panglima dalam Umno berpunca daripada pengelutan kuasa dan rasa tidak puas hati dalam parti me...
Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 255 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad berkata jika ahli politik dibenarkan bertukar parti ia akan memberi isyarat salah kepada generasi muda PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad menasihatkan Tengku Zafru...
Tengku Zafrul Buat Rakyat Tertanya Apa Kurangnya Umno

Tengku Zafrul Buat Rakyat Tertanya Apa Kurangnya Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 165 hits
Anne MuhammadTengku Zafrul Aziz meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor pada April lalu kerana tidak dapat melakukan sebarang penambahbaikan untuk kebangkitan parti di negeri itu PETALING JAYA Spekulasi Menteri Pelaburan Perdagangan...
Is Tengku Zafrul Playing 4d With Malaysian Politics

Is Tengku Zafrul Playing 4d With Malaysian Politics

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 264 hits
Afiq Zahir Tengku Zafrul s rumored move to PKR could stem from several possible motivations or political calculations though it remains speculative at this stage Here are some reasons that might explain why he would consider such a shift 1 ...
Tengku Zafrul I Will Clarify My Position Soon

Tengku Zafrul I Will Clarify My Position Soon

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 268 hits
SABAK BERNAM Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz says he will issue an official statement regarding his political position soon The Investment Trade and Industry Minister said he is aware of the speculation on the matter Actually I haven t made a...
Benarkah Anwar Melobi Tengku Zafrul Sebagai Mb Selangor Jumiah Jonid

Benarkah Anwar Melobi Tengku Zafrul Sebagai Mb Selangor Jumiah Jonid

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 486 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selangor meluahkan rasa hairan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba melobi Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Selangor jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Negeri ...
Apa Hal Dengan Tengku Zafrul

Apa Hal Dengan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 301 hits
MSOIndividu yang menjadi pertuturan dan perhatian dalam tempoh 48 jam ini selepas Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar ialah Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Zafrul Tengku abdul Azizi Semua orang bercakap...
Tengku Zafrul Masuk Pkr Belum Ada Borang Diterima Kata Fuziah

Tengku Zafrul Masuk Pkr Belum Ada Borang Diterima Kata Fuziah

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 433 hits
Hariz MohdSetiausaha Agung PKR Fuziah Salleh hari ini berkata dia setakat ini tidak menerima borang permohonan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz untuk menyertai parti itu Bercakap kepada Malaysiakini Fuziah berka...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit