Benarkah Anwar Melobi Tengku Zafrul Sebagai Mb Selangor Jumiah Jonid



(AA) : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor meluahkan rasa hairan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba melobi Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Selangor, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos Depan.
Menurut Ketua Srikandi Bersatu Selangor, Jumiah Jonid, situasi itu disifatkan semakin keliru kerana Anwar merupakan Perdana Menteri daripada PKR, dan bukan daripada UMNO walaupun parti itu adalah komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
“Ia juga menjadi tanda tanya kepada saya kerana apa (sebab) perlunya Anwar menamakan Tengku Zafrul sebagai bakal Menteri Besar Selangor.
“Saya sendiri tidak pasti berita ini benar atau hanya spekulasi semata-mata.
“Jika benar Tengku Zafrul adalah ‘poster boy’ Selangor, kemungkinan beliau adalah pemimpin yang mungkin dipercayai oleh Anwar yang boleh menarik undi daripada pelbagai kaum di Selangor,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri wajar bertanding pada PRN Selangor dan dipilih menjadi Menteri Besar jika menang.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, Ahli Dewan Negara yang belum pernah memenangi mana-mana pilihan raya itu perlu bertanding dan menang bagi meneruskan perjalanan karier politiknya.
Selain itu, Khairy berkata Datuk Seri Amirudin Shari yang sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai Menteri Besar Selangor pula wajar menjadi salah seorang menteri di peringkat Persekutuan.
Sementara, Tengku Zafrul dipetik sebagai berkata, beliau bersedia menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menginginkan beliau mengisi jawatan berkenaan.
Mengulas lanjut, Jumiah berkata Selangor memerlukan seorang Menteri Besar yang berasal dari negeri itu, dan sentiasa prihatin terhadap kesusahan serta kehendak rakyat.
“Seorang yang senang didekati seperti Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) dan seorang yang sabar seperti Menteri Besar Perlis (Mohd Shukri Ramli) serta seorang yang berjiwa besar seperti Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor),” tambahnya.
Ditanya adakah Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai calon Menteri Besar jika gabungan itu berjaya menawan Selangor, Jumiah berkata: “Jika kemenangan memihak kepada PN, keputusan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor biarlah diputuskan oleh kepimipinan tertinggi PN.”
Pada Mei lalu, Amirudin berkata beliau menyerahkan kepada PKR sama ada kekal dengan jawatan Menteri Besar Selangor, sekiranya PH memenangi PRN.
Kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua itu lagi, sebagai ahli parti beliau akur dengan arahan dan keputusan diputuskan oleh PKR bagi menentukan calon Menteri Besar.
Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 19 Jun 2018 selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Sumber : Astroawani
The post Benarkah Anwar ‘melobi’ Tengku Zafrul sebagai MB Selangor? – Jumiah Jonid appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/14/benarkah-anwar-melobi-tengku-zafrul-sebagai-mb-selangor-jumiah-jonid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Sahkan Wujud Perbincangan Awal Tengku Zafrul Sertai Keadilan

Pm Anwar Sahkan Wujud Perbincangan Awal Tengku Zafrul Sertai Keadilan

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 388 hits
Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Kongres Khas KEADILAN di Shah Alam pada Ahad Foto Jurey RosliSHAH ALAM 15 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyerta...
Hubungan Tegang Dengan Panglima Umno Sebab Tengku Zafrul Mahu Bawa Diri

Hubungan Tegang Dengan Panglima Umno Sebab Tengku Zafrul Mahu Bawa Diri

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 207 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz mungkin terdorong untuk mengintai masa depan dengan PKR disebabkan hubungan tegang dengan panglima panglima dalam Umno berpunca daripada pengelutan kuasa dan rasa tidak puas hati dalam parti me...
Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 497 hits
Tengku Zafrul Aziz is said to be a valued member of Prime Minister Anwar Ibrahim s administration PETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz may have been driven to explore a future with PKR due to strained ties with Umno warlords stemming from an in...
Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 281 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad berkata jika ahli politik dibenarkan bertukar parti ia akan memberi isyarat salah kepada generasi muda PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad menasihatkan Tengku Zafru...
Tengku Zafrul Risks Losing Technocrat Image Amid Political Moves

Tengku Zafrul Risks Losing Technocrat Image Amid Political Moves

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 237 hits
Tengku Zafrul Aziz was appointed to Muhyiddin Yassin s Cabinet in March 2020 and retained his position as minister in Ismail Sabri Yaakob s and Anwar Ibrahim s administrations PETALING JAYA Once seen as a technocrat who could bring fresh ex...
Tengku Permaisuri Selangor Calls For Stronger Media Campaigns On Animal Welfare

Tengku Permaisuri Selangor Calls For Stronger Media Campaigns On Animal Welfare

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 342 hits
The Tengku Permaisuri of Selangor Tengku Permaisuri Norashikin holding a cat after a roundtable discussion on animal welfare at IIUM today PETALING JAYA The Tengku Permaisuri of Selangor Tengku Permaisuri Norashikin has called on the media ...
Tengku Zafrul Buat Rakyat Tertanya Apa Kurangnya Umno

Tengku Zafrul Buat Rakyat Tertanya Apa Kurangnya Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 189 hits
Anne MuhammadTengku Zafrul Aziz meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor pada April lalu kerana tidak dapat melakukan sebarang penambahbaikan untuk kebangkitan parti di negeri itu PETALING JAYA Spekulasi Menteri Pelaburan Perdagangan...
Built To Grind The New Independent X Biltwell Inc Lane Splitter Helmet

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Irresistible Instant Pot Indian Beef Curry Recipe

Hiburan Rasa Insaf Tengok Perjuangan Mereka Elly Mazlein Akui Keputusan Bertudung Terinspirasi Dari Misi Flotilla Gaza

Foto Kenangan Terindah Jpn 2025

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Kes Buli Menjadi Jadi Sediakan Silat Untuk Anak

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

Wdc888 5 Wdc888 Top 52 By Dante

Nasi Goreng

Hiburan Misi Gsf Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah Muntah Beberapa Kali Amp Tisu Bahu Koyak

Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

Sukarelawan Diseksa Dipukul Kena Buat Commando Rest