Apa Hal Dengan Tengku Zafrul



MSOIndividu yang menjadi pertuturan dan perhatian dalam tempoh 48 jam ini selepas Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) Tengku Zafrul Tengku abdul Azizi. Semua orang bercakap fasal Zafrul, dimana-mana sahaja. Tidak cukup dalam grup whatsApp, dikedai kopi dan juga di coffe house. Mungkin sudah memasuki laman istana.


Kalau Samsuri diberi perhatian kerana beliau melepas jawatan dalam PN sebagai Bendahari Agung, berbeza dengan Zafrul, beliau dikaitakan akan menyertai PKR. Setiausaha Agung PKR  Fuziah Salleh telah membuat penjelasan, tidak ada mana-mana individu yang diberikan "red carpet" untuk menyertai parti berkenaan, maksudnya kena melalui prosuder biasa, memohon melalui on line. Penjelasan Fuziah itu menandakan isu Zafrul meruap.


Kata Fuziah, setakat ini pihaknya belum terima permohonan Zafrul.


Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi juga turut memberi komentar yang beliau tidak ada maklumat mengenai hal itu. Zafrul tidak memaklumkan kepadnya dan belum ada perundingan. Kenapa Zahid juga guna perkataan "perundingan"?


Zahid memberi hint, adalah tidak baik kalau PKR menerima ahli dari rakan sekutunya, sebelum berunding. Dari penjelasan Zahid itu menggambarkan desas desus tentang Zafrul ini tidak sahih dan belum rasmi, namun asasnya ada.


Setakat positing ini ditulis, presiden PKR yang juga pengerusi PH Anwar Ibrahim belum memberi sebarang reaksi. Bagaimana pun dlihat hubungan Anwar dengan Zafrul rapat dan istimewa. Zafrul sering dibawa ke merata dunia mengikuti rombongan PM, sehingga menimbulkan jelous menteri kanan lain yang belum sekali pun dibawa Anwar? Keakraban Anwar dengan Zafrul itu seperti digembur.


Jadi dari mana sumber dan sebab mula tercetus cerita mengenai Zafrul ini. Kadungan cerita mengenai Zafrul ini berbagai-bagai. Salah satunya begini, tempoh perkhidmatan sebagai Senator akan tamat tidak lama lagi semantara pelantikan sebagai menteri atas kouta Senator. Selepas ini dia tidak boleh dilantik lagi kerana tempoh pelantikan sebagai senator dua penggal sudah habis, dan tidak boleh disambung. 


Makanya untuk membolehkan beliau terus berada dalam kabinet satu-satu jalan ialah kena bertanding dalam pilihan raya dan menang. Kalau bertanding tetapi kalah tidak guna jugakan.


Kononnya untuk itu satu kerusi perlu dikosongkan bagi memberi laluan kepadanya. Macam macam kerusi disebut, Ampang dan Gombak. Jika itu berlaku bermakna Zafrul diberikan red carpet dan ini bertentang dengan apa yang Fuziah katakan.


Bukan senang untuk pakai formula itu kerana Zafrul sudah ditolak dalam pilihan raya lalu bertanding di Kuala Selangor, kalah ditangan Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad. Kekalahan itu menunjukkan wibawa dan statusnya sebagai orang terhormat dan bangsawan tidak dipandang rakyat.


Selain itu, satu sisi lagi mengatakan dia akan dilantik jadi MB Selangor? Kerana situasi itulah maka beliau dikaitan akan sertai PKR. Soalnya, apakah keperluan untuk tukar MB sekarang. Amiruddin Shaari belum ada cacat cela, malahan pentadbirannya menunjukkan pencapaian memuaskan. Amiruddin adalah MB terbaik Malaysia untuk dua tahun berturut-turut 2023 dan 2024 berdasarkan graf  KDNK negeri. 


Lagi pun tidak elok kalau agenda itu berlaku. Jangan cuba mengusik dan meminda karangan bunga yang indah, nanti rosak dan hilang serinya. 
 
Seperkara lagi, kalau benar hendak tukar Amiruddin bukan dengan cara by pass begitu, bahaya. Sejarah sudah ada belum serik ke? Pembangkang sedang menanti. Zafrul sendiri sebagai sosok bersopan santun, profesional harus menilai dan sedar diri, usah gelojoh dan menurut petunjuk mana-mana pihak. Beliau tidak perlu menjadi pandir untuk menjustifikasikan keadaan. Jangan bawa kecelakaan kepada rakyat.


Jika hendak jadi MB juga atas sebab-sebab dan keperluan di luar perkok pemikiran biasa, tunggu habis penggal dan bertanding dimana-mana DUN dalam negeri Selangor, baru gentlemen.


Selain itu, ada juga desas desus mengatakan Zafrul perlu dikekalkan dalam kabinet kerana pemikiran dan pencapiannya sebagai menteri MITI mengesankan negara. Pun begitu pencapaian itu bukan alasan, beliau harus juga menanti tiba pilihan raya umum, bukannya dengan mengosongkan mana-mana kerusi diberikan laluan tanpa tol.Tiada keperluan dikosong kerusi untuknya seperti mana dilakukan kepads Anwar Ibrahim. Status dan kapasitinya berbeza ketimbangan Anwar.


Akhirnya saya nak sebut begini, jangan jadikan isu Zafrul ini masalah baru. Baik PH dan BN selesai secara elok, berunding dengan penuh kesedaran dan insaf. PKR boleh jadikan alasan untuk tidak segera menerima Zafrul kerana kerana menghormati hubungan persahabatan dengan BN. Jangan lukai hati BN sebab darahnya akan dihirup pembangkang.


Dan bagi BN pula kalau Zafrul terpaksa menyertai PKR kerana sesuatu keperluan lebih besar (negara) reda dan terimalah, BN tidak akan rugi apa-apa pun kalau Zafru pergi kerana ia masih dalam kerabat yang sama, melainkan Zafrul melayang singgah dan masuk ke dalam PN. Parah.


Sebelum dititik, isu mengenai Zafrul ini tidak perlu diperpanjangkan, fahamlah dengan sifir politik yang mudah, bukannya mencorak caritkan matematik politik sampai memeningkan kepala. Trims.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/apa-hal-dengan-tengku-zafrul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Sahkan Wujud Perbincangan Awal Tengku Zafrul Sertai Keadilan

Pm Anwar Sahkan Wujud Perbincangan Awal Tengku Zafrul Sertai Keadilan

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 148 hits
Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Kongres Khas KEADILAN di Shah Alam pada Ahad Foto Jurey RosliSHAH ALAM 15 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyerta...
Tak Pelik Jika Tengku Zafrul Melompat

Tak Pelik Jika Tengku Zafrul Melompat

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 122 hits
Saya tidak hairan ada ura ura Tengku Zafrul Abdul Aziz melompat parti Kalau baca senarai jawatan dia memang dia kerap lompat dari jawatan ke jawatan semasa dalam dunia korporat Yang hairan sikit ialah mengapa Presiden PKR merangkap Perdana ...
Penjelasan Tengku Zafrul

Penjelasan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 83 hits
1 Saya ingin mengulas tentang berita berkenaan situasi keahlian parti politik saya Sebenarnya saya tiada membuat keputusan mengenai keahlian mana mana parti walaupun seperti yang telah disebut oleh YAB PM pernah ada perbincangan tentang per...
Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 320 hits
Tengku Zafrul Aziz is said to be a valued member of Prime Minister Anwar Ibrahim s administration PETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz may have been driven to explore a future with PKR due to strained ties with Umno warlords stemming from an in...
Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 146 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad berkata jika ahli politik dibenarkan bertukar parti ia akan memberi isyarat salah kepada generasi muda PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad menasihatkan Tengku Zafru...
Penyertaan Tengku Zafrul Ke Pkr Boleh Cetus Dilema

Penyertaan Tengku Zafrul Ke Pkr Boleh Cetus Dilema

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 269 hits
Nora MahparPETALING JAYA Cakap cakap penyertaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tengku Zafrul Aziz ke PKR boleh mencetuskan dilema dalam kerajaan perpaduan jika menjadi realiti kata penganalisis Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berk...
Is Tengku Zafrul Playing 4d With Malaysian Politics

Is Tengku Zafrul Playing 4d With Malaysian Politics

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 198 hits
Afiq Zahir Tengku Zafrul s rumored move to PKR could stem from several possible motivations or political calculations though it remains speculative at this stage Here are some reasons that might explain why he would consider such a shift 1 ...
Lirik Lagu Nirmala Noh Salleh

First Time Di Aurum Theater Trx

Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Jjcm Kuching Day 3 Supper Di Rooftop

The Spring Of Malaysia Uae Relations


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Resepi Mee Kari Special

Persiapan Bertemu Ramadan 12 Amalan Ini Mesti Buat

Craig Conover S Net Worth Fortune Of The Southern Charm Alum

Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

Dazzling Decorations And Cultural Delights Await At The Curve S Garden Of Fortune

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems