Tiada Rombakan Kabinet Menteri Jangan Rasa Selesa


ULASAN 
PENEGASAN Dr Mahathir Mohamad tidak ada rombakan kabinet memberi reaksi berbeza, di antara jemaah menteri dengan sebahagian rakyat dan pemerhati politik. Para jemaah menteri tentu gembira dan merasa lega dengan kenyataan itu kerana kedudukan mereka tidak akan berubah. 
Mereka boleh kekal dikerusi menteri masing-masing sehingga ke satu masa tertentu.

Bagaimana pun lain keadaannya di kalangan rakyat dan pemerhati yang mahu melihat berlaku rombakan kabinet setelah kerajaan mencapai setahun. Bagi rakyat dan pemerhati mereka melihat ada sesuatu kekurangan dan kelemahan dihadapi sesetengah menteri yang memerlukan Mahathir menyusun semula kabientnya. Membuat perubahan sama ada menukar dan mengganti dengan muka baru dikira perlu untuk memastikan kerajaan berkesan. Setengah menteri nampak jelas mereka tidak mampu untuk menggerakkan porfolio yang diserahkan kepada mereka. Masih ada yang terkial-kial mencari rentak seakan tidak tahu untuk memulakannya. Justeru keberadaaan mereka di situ tidak memberi kesan dan ini merugikan rakyat dan negara. 
Lebih malang lagi ada meneri bersikap seperti tikus membaiki labu, kementerian dipegangnya lebih teruk dengan menteri di era BN sebelum ini. 
Saya tidak perlu menurunkan satu persatu menteri yang tergolong dalam ketagori itu. Mungkin anda sendiri dapat mengagakkannya dengan memerhati kepada kerja mereka, bila mereka diserang dan dikritik oleh media sosial, ada munasabahnya. Dengan membandingkan pencapaian mereka dengan apa dijanjikan dalam manifesto dapat membuat ukurann sejauh mana pencapaiannya. 
Dalam tempoh setahun semua menteri sepatutnya sudah ada trade mark masing-masing. Sudah ada projek atau pelan dilaksanakan sebagai ikonik buat mereka. Sudah ada sesuatu pembangunan di kementerian mereka pegang itu sebagai sinonim dengan mereka. Dalam tempoh setahun bukan sahaja setakat cadangan tetapi sudah menunjukkan hasilnya. 
Kegagalan setengah mereka bukan sahaja dilihat tumpul idea atau gagal mengemukakan idea atau solusi baru menyelesaikan masalah dihadapi kementerian masing-masing. Tetapi tidak bertindak dan tegas bagi mempertahankan fungsi mereka menerusi kementerian diberi. Setengahnya juga masih kekal dengan sikap enggan menerima nasihat dan berlagak sebagai pandai dan bodoh sombong. 
Sikap praktikal.Penegasan Mahathir itu, di sinilah menampakkan beliau kekal dengan sikap praktikalnya. Beliau menyedari kabinetnya terdiri daripada orang baru, belum mempunyai pengalaman. Begitu pun dalam keadaan itu beliau nampak ada peningkatan (prestasi) daripada anggota kabinetnya. Mahathir menerima menterinya baru dan sedang belajar dan telah mencapai peningkatan. Sikap Mahathir inilah menyelamatkan mereka daripada proses rombakan kabinet yang tentu mendebarkan semua menteri

Menurut Mahathir, walaupun mereka orang baru (menteri) tetapi mereka cepat mempelajari apa-apa yang patut dilakukan. Beliau sendiri sudah tentu membimbing para menterinya.

“Saya tidak nampak kenapa perlu saya rombak kabinet,” demikian katanya dipetik dalam satu wawancara sempena genap setahun kerajaan PH dibawah pimpinannya. Mahathir memberi markah purata lima (5) daripada 10 kepada menterinya. Markah itu sudah memamadai memadangkan ia baharu setahun. 
Namaun ia semacam tidak memuaskan hati rakyat apa lagi pemerhati kerana PH sebelum ini menzahirkan harapan besar mereka kepada rakyat. Masih banyak janji-janji yang dituangkan dalam manifesto belum dapat dilaksanakan kerana pelbagai kengkangan. Pengkritik bagaimana pun perlu adil dan rasional dalam hal ini. 
Kenyataan dan penerimaan Mahathir kepada anggota kabinetnya itu menunjukkan beliau pratikal dan rasional dalam membuat penilaian. Beliau juga tidak termakan dengan serangan, ejekan dan provokasi di luar yang berlaku ke atas menterinya. Mahathir mengambil tanggungjawab dan risiko atas apa-apa kelemahana kabinetnya. Boleh jadi juga beliau terpaksa bersikap begitu kerana berhadapan dengan masalah mencari mereka berkualiti untuk dibawa masuk ke dalam kabinet. 
Apa yang dapat dirasakan, sikap Mahathir itu kerana  beliau tidak mahu menganggui ketenangan dalam parti-parti komponen kini. Nama-nama mereka untuk diangkat menjadi menteri diberikan oleh parti masing-masing berdasarkan senioriti dalam parti, bukan pilihan Mahathir mutlak. Atas prinsip komponen Mahathir tidak boleh pandai-pandai untuk membuat pilihan dan perubahan sendiri, walaupun beliau memiliki kuasa prerogetif. 
Di sinilah kesukaran Mahathir dalam membentuk dan membina kabinetnya. Beliau tidak lagi dapat menjadi diktator demokrasi. Semuanya kerana PH merupakan parti campuran dan kebetulan pula parti Mahathir, Bersatu adalah parti kecil dan baharu

Saya yakin kalau beliau ada kuasa mutlak ke atas pelantikan kabinet, beliau tidak akan membiarkan kepincangan dan kelemahan berlaku. Beliau tentu tidak akan terus melihat menteri hanya tahu bercakap tetapi tidak berbuat, atau yang tidak bercakap dan tidak pun berbuat apa-apa

Bagaimana pun apabila Mahathir membuat kenyataan itu, para menteri tidak seharusnya berasa selesa. Mereka jangan jadikan sikap praktikal dan "konsevertif" Mahathir itu sebagai lesen untuk terus meriba tangan. Menteri perlu melihat pasca setahun sebagai satu cabaran buat mereka dan bersedia untuk mengambil tindakan meninggalkan kabinet kalau sudah tidak mampu.  
Mereka jangan menjadikan kabinet sebagai ghanimah atau jawatan untuk mengepokkan poket. Rakyat berjuang dan mengangkat PH bukan untuk memberi kesenangan dan kekayaan kepada menteri tetapi membawa aspirasi dan memenuhi harapan mereka. Para menteri harus lebih sedar dan meletakkan keutamaan kepada rakyat, kalau mereka alpa ini kerajaan PH akan tidak akan kekal lama

Jangan marahkan rakyat nanti kalau rakyat membuat perubahan dalam tempoh terdekat. Apa yang penting diingati oleh kerajaan PH dan pendokongnya, merubah kerajaan bukan satu perkara ganjil dan sukar lagi kini. Permulaan dan sejarah yang dibuat oleh PH dalam Piraum lalu tetap akan jadi turutan dan panduan di masa akan datang.  
Sekali lagi disini saya mengulangi pandangan saya agar ahli parlimen yang berpengalaman yang kini berada di luar kabinet dibawa masuk ke dalam kabinet demi memantapkan kabinet PH. Mahathir seakan sudah tidak akan berbuat sesuatu kerana menghormati kehendak parti dan juga tidak mahu mencipta banyak masalah, tetapi mereka yang menyedari mereka tidak mampu dan hanya menjadi menteri setakat tahu pakai nametag, dan ikat tie boleh berkira untuk berundur demi rakyat dan menjaga wibawa kerajaan PH

Apakah kabinet baharu akan muncul selepas kerusi PM bertukar tangan daripada Mahathir kepada Anwar Ibrahim? Bila?  [wm.kl.11:29 am 07/05/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/05/tiada-rombakan-kabinet-menteri-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prestasi Kementerian Mengikut Penilaian Menteri Dan Kabinet Bayangan Bn

Prestasi Kementerian Mengikut Penilaian Menteri Dan Kabinet Bayangan Bn

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 346 hits
Bersempena ulang tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan Malaysiakini bertanya kepada setiap menteri untuk menilai prestasi kementerian masing masing Kad laporan di bawah dibuat berdasarkan penilaian yang dibuat sendiri oleh menteri atau ...
Malaysia Bersatu Jangan Kecil Hati Tmj Gurau Baik Tukar Perdana Menteri

Malaysia Bersatu Jangan Kecil Hati Tmj Gurau Baik Tukar Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 529 hits
Isu Tunku Mahkota Johor atau TMJ berseloroh menyatakan baik tukar Perdana Menteri Foto The Staroleh Shahbudin HusinSeorang pemimpin Bersatu nampaknya tersinggung dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang mencadangkan agar Perdana M...
Menteri Telur 2 Sen Jangan Meroyan

Menteri Telur 2 Sen Jangan Meroyan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 336 hits
Penafian Salahuddin Ayub bahawa menteri menteri kerajaan PH lemah hanya persepsi boleh dianggap sebagai Cuma menutup kelemahan sendiri Malah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menganggap persepsi tersebut hanyalah dari orang luar ...
Jangan Tunjuk Kuasa Ambil Aset Rakyat Jelata

Jangan Tunjuk Kuasa Ambil Aset Rakyat Jelata

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 444 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Almarhum Tun Hussein dan...
7 Benda Yang Jangan Sampai Dicuci Dengan Mesin Cuci Bukannya Bersih Malah Merugi

7 Benda Yang Jangan Sampai Dicuci Dengan Mesin Cuci Bukannya Bersih Malah Merugi

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 178 hits
Jangan mentang mentang pakai mesin cuci lalu semua mua yang kotor dimasukin ke sana juga
Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 536 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Jangan Sokong Pemimpin Pro Syiah Kata Rora

Jangan Sokong Pemimpin Pro Syiah Kata Rora

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 358 hits
SOSMED Penyebaran gambar Menteri Pertahanan Muhammad Sabu yang bersolat dengan batu karbala terus mencetuskan perdebatan hangat dikalangan netizens Gambar itu pada mulanya disebarkan oleh pegawai Muhammad Sabu sendiri di akaun Facebooknya s...
Jangan Ambil Mudah Wanita Meninggal Disengat Lipan Ketika Cuba Selamatkan Kucingnya

Jangan Ambil Mudah Wanita Meninggal Disengat Lipan Ketika Cuba Selamatkan Kucingnya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 974 hits
Jangan Ambil Mudah Wanita Meninggal Disengat Lipan ketika Cuba Selamatkan Kucingnya Seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia akibat disengat serangga ber bisa ketika cuba melindungi haiwan kesayangannya lapor Kapook Dalam kejadian ya...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua