Jangan Tunjuk Kuasa Ambil Aset Rakyat Jelata



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Almarhum Tun Hussein dan Ismail ketita pelancaran saham amanah PNBAMARAN KERAS: Sebarang percubaan merampas atau mengambil alih dengan harga murah harta syarikat dan tabung berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) adalah dilarang sama sekali.
Ia adalah perbuatan jahat dan khianat yang akan merosakkan matlamat pembinaan ekonomi dan pembahagian kekayaan secara sihat dan lestari.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Saya tergerak memberi amaran ini setelah dimaklumkan oleh Sime Darby Plantations Berhad (SDP) tidak berapa lama dulu dan setelah membaca laporan sebuah akhbar perdagangan berbahasa Inggeris hari ini.
Isunya adalah percubaan sebuah syarikat milik Taiwan mengambil alih dengan harga murah tanah milik SDP di Merlimau, Melaka. Boleh baca lanjut DI SINI.
SDP adalah antara anak syarikat utama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dengan itu adalah milik kongsi 13.8 juta Bumiputera dan bukan Bumiputera yang melabur di dalam pelbagai skim saham amanah tajaan PNB.
Sedikit sebanyak saya terlibat menyekat perbuatan ini apabila SDP memaklumkan hal ini kepada saya dan saya memohon bantuan salah seorang Ahli Majlis Kerja (Exco) Kerajaan Negeri Melaka.
Sejak itu, proses pengambilan tanah tersebut telah ditangguhkan.
Secara ringkasnya, pemodal asing ini cuba membeli dengan harga murah tanah seluas 75 hektar (185.3 ekar) milik SDP dengan “memperalatkan” kerajaan negeri supaya mengambil alih tanah tersebut menggunakan undang-undang pengambilan tanah.
Harga yang ditetapkan secara lisan ialah RM35.282 juta, yang menurut SDP adalah di bawah harga pasaran.
Peranan Media Melayu
Di peringkat ini, saya menggesa akhbar-akhbar dan saluran-saluran media berbahasa Melayu agar lebih berani membuat laporan penyiasatan dan mendedahkan tipu helah korporat seperti ini.
Apa yang membimbangkan dalam kes ini adalah dakwaan bahawa syarikat kawalan Taiwan tersebut bertindak bagi pihak bekas Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, atau menggunakan nama baginda.
Syabas kepada SDP kerana mengambil tindakan tegas dan berani memfailkan permohonan Semakan Kehakiman (Judicial Review) terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam percubaan itu.
SDP menamakan syarikat Taiwan, GIA Resources Sdn Bhd, Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Tanah dan Galian Melaka dan Pejabat Tanah Daerah Jasin sebagai responden.
Saya cadangkan semua GLC/GLIC mengambil tindakan tegas mempertahankan aset mereka – sama ada tanah, bangunan atau saham – daripada diambil alih secara paksa atau tipu helah oleh sesiapa jua.
Saya dimaklumkan oleh sumber-sumber SDP bahawa “orang hadapan” projek yang melibatkan pengambilan paksa tanah SDP itu adalah seorang mualaf Cina dari Singapura.
Dia dikatakan berkahwin dengan seorang perempuan Melayu dari Melaka dan rapat dengan Sultan Kelantan.
Pelabur saham amanah PNB: jangan sabotaj harta merekaPerbuatan menyasarkan aset PNB untuk tujuan pengambilan alih murah telah berlaku pada tahun 1990-an, tetapi berjaya disekat hasil arahan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berikutan rayuan Pengerusi PNB waktu itu, Almarhum Tun Dr Ismail Mohd Ali.
Selain PNB, saya nasihatkan GLC dan GLIC lain seperti Khazanah, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Amanah Pesara (KWAP), bertindak tegas mempertahankan aset mereka.
Kalau ada pihak yang berminat membeli aset mereka, ia wajiblah dilakukan mengikut amalan pasaran korporat yang telus dan mengikut nilai pasaran.
Sekiranya dakwaan mengenai pembabitan Sultan Kelantan itu benar (saya harap tidak) ia sekali lagi membuktikan bahawa raja-raja tidak patut dan tidak boleh terlibat dengan perniagaan.
Apabila raja-raja atau suku-sakat mereka terlibat dengan perniagaan maka sukar atau mustahil bagi orang biasa bersaing atau mendapatkan keadilan jika berlaku pertikaian.
Kerajaan negeri pula, khususnya yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) janganlah menjadi tali barut dan agen “merampas” aset GLC dan GLIC atau mana-mana pihak pun. Mereka wajib berpegang kepada prinsip ketelusan dan keadilan.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/04/jangan-tunjuk-kuasa-ambil-aset-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lengahkan Bantuan Kepada Rakyat

Jangan Lengahkan Bantuan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 594 hits
SEREMBAN 24 April Kerajaan negeri ditegur kerana mengambil masa yang terlalu lama sehingga hampir setahun untuk membina semula rumah penduduk yang terbakar di Juasseh Kuala Pilah Perkara itu dibangkitkan Datuk Ismail Lasim yang berharap seb...
Kuasa Sultan Perlembagaan Rakyat Malaysia Dan Fakta Malayan Union

Kuasa Sultan Perlembagaan Rakyat Malaysia Dan Fakta Malayan Union

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 873 hits
Dalam tulisan terbaharu Tun Mahathir Mohamad dalam blognya chedet cc bahawa Undang Undang Tubuh Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan dibentuk pada 1957 dan kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan...
Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 419 hits
Jamuan makan hadiah untuk pengaruh pengundi adalah salah SPR Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun BANGI Suruhanjaya Pilihan Raya mengingatkan calon atau parti supaya tidak menyalahgunakan aset dan kuasa kerajaan untuk meraih undi sepanjang kemp...
Pesawat Terkandas Ribuan Rakyat Argentina Tunjuk Perasaan

Pesawat Terkandas Ribuan Rakyat Argentina Tunjuk Perasaan

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 280 hits
Pesawat terkandas ribuan rakyat Argentina tunjuk perasaan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 May 2019 8 16AM
Rakyat Terengganu Jangan Panik Kata Mbnya Mungkin Pm Yang Panik

Rakyat Terengganu Jangan Panik Kata Mbnya Mungkin Pm Yang Panik

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 418 hits
DR Ahmad Samsuri Mokhtar UTUSAN ONLINEKUALA TERENGGANU 25 April Rakyat negeri ini dinasihatkan tidak panik dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal...
Mic Setahun Mentadbir Ph Terus Khianati Rakyat

Mic Setahun Mentadbir Ph Terus Khianati Rakyat

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 446 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran mengecam Pakatan Harapan dengan menyifatkan selama setahun pentadbiran gabungan itu ia hanya mengkhianati rakyat Namanya Pakatan Harapan Tapi terus mengkhianati rakyat Inilah pencapaian setahun kerajaan baru Paka...
Amien Rais Tidak Ada Judulnya Rakyat Kalah Dengan Penguasa

Amien Rais Tidak Ada Judulnya Rakyat Kalah Dengan Penguasa

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 305 hits
Amien menduga KPU bakal memenangkan pasangan capres cawapres 01 Joko Widodo Ma ruf Amin dengan melakukan kecurangan masif dan terstruktur saat menginput data dari ratusan ribu TPS di Tanah Air
Tpm Seru Rakyat Latih Hormat Kaum Dan Agama Di Bulan Ramadan

Tpm Seru Rakyat Latih Hormat Kaum Dan Agama Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 338 hits
TPM seru rakyat latih hormat kaum dan agama di bulan Ramadan Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2019 8 23
Thanos Pakatan Dan Kebahagiaan Rakyat

Thanos Pakatan Dan Kebahagiaan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 298 hits
SUDAH lebih seminggu filem Avengers Endgame ditayangkan di pawagam dan sudah seminggu saya gagal mengeluarkan imej Thanos dari fikiran Hajat Thanos ingin menghapuskan separuh populasi di alam semesta kerana katanya ia akan membawa kebahagia...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelas Persediaan Silibus 2026 Fly High Education Mulakan Tahun Baru Dengan Yakin

Resepi Sayur Timun Masak Lada Hitam

Bercuti Dua Minggu Di Pakistan

Buy Notion Business Best Alternative To Costly Ai Productivity Tools Whatsapp 91 8586875020

Sudut Kopi Sik

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah