Tiada Rancangan Ceburi Politik Tanding Pru15 Kata Tengku Zafrul


agendadaily.com19/7/2021
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan beliau tidak bersedia untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mewakili mana-mana parti, selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum untuk mana-mana parti,” katanya.

Tengku Zafrul menganggap kesediaannya menduduki kerusi Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘perkhidmatan nasional’ untuk membantu rakyat.

“Saya berada di dalam (bank) CIMB… menggerakkan seluruh operasi kumpulan (perbankan),” katanya.

Katanya beliau hanya berhasrat untuk membantu sesama rakyat Malaysia yang memerlukan ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

“Saya tidak mempunyai rancangan untuk memasuki politik pada masa ini, dan fokus saya adalah untuk membantu Malaysia dalam mengatasi krisis yang tidak pernah terjadi sebelumnya,” katanya.

Sebelum ini blok pembangkang mempersoalkan kehadiran beliau di Masjid Ar Rahman, Jalan Pantai Baru di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai di ibu negara, untuk menyampaikan sumbangan 500 bakul makanan bernilai RM50,000 kepada 10 masjid dan surau di kawasan itu.

Gambar beliau menyampaikan bantuan itu tular dan blok pembangkang terus menjadikan kehadiran beliau di masjid itu sebagai isu politik dengan membangkitkan persoalan kemungkinan Tengku Zafrul akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai pada PRU15 nanti mewakili Bersatu.

Isu dimainkan DAP itu tidak semena-mena berjangkit pula kepada UMNO yang mengatakan parti itu bersedia meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Namun, beberapa hari selepas itu, Tengku Zafrul berada pula di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi untuk majlis sama – memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama. Tetapi tidak ada pula pihak yang menjadikannya sebagai modal politik mereka.

Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata beliau ikhlas, biarpun ada yang mengkritik kerana dikatakan gagal memberikan bantuan ekonomi yang mencukupi ketika krisis.

“Saya rasa tidak ada (siapa) yang benar-benar tahu apa yang harus dibuat (menangani pandemik). Tidak ada buku teks yang saya boleh rujuk.

“Oleh itu, adalah penting kita melakukan yang terbaik … (dan) kita semua bersatu untuk memenangi perang melawan Covid-19,” katanya yang telah menemui beberapa pemimpin blok pembangkang termasuk DAP dan PKR untuk mendapat pandang berhubung usaha memerangi Covid-19


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/tiada-rancangan-ceburi-politik-tanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppn Akan Pimpin Malaysia Keluar Dari Pandemik Kata Tengku Zafrul

Ppn Akan Pimpin Malaysia Keluar Dari Pandemik Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 315 hits
Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia akan dapat mengatasi wabak Covid 19 seperti yang dilakukan dalam banyak krisis terdahulu KUALA LUMPUR Kerajaan yakin bahawa strategi yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara akan membantu memimp...
Lucu Kata Tengku Zafrul Kononnya Beliau Order Nasi Ganja Guna Helikopter

Lucu Kata Tengku Zafrul Kononnya Beliau Order Nasi Ganja Guna Helikopter

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 335 hits
GAMBAR yang dimuat naik dalam Facebook Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi menafikan beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh Perak menggunakan penghantaran helikopter Oleh UTUSAN ONLINE23 Julai 20...
Malaysia S Finance Minister Tengku Zafrul On The Bendera Putih Campaign Job Losses And Standing For Election

Malaysia S Finance Minister Tengku Zafrul On The Bendera Putih Campaign Job Losses And Standing For Election

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 434 hits
With Malaysia s health care system heaving from the rise in Covid 19 cases the soaring vaccination rate is giving hope that things can be brought under control But can Malaysia s less than ideal political dysfunction be overcome to get the ...
Tengku Zafrul Says Tapped Dr Mahathir Guan Eng Others In Opposition For Views On Malaysia S Covid 19 Recovery

Tengku Zafrul Says Tapped Dr Mahathir Guan Eng Others In Opposition For Views On Malaysia S Covid 19 Recovery

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 332 hits
Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz said it is important that the government take an inclusive and consultative stance by working with the Opposition as well as other societal stakeholders in overcoming the Covid 19 pandemi...
We Don T Need A Political Crisis Says Tengku Zafrul

We Don T Need A Political Crisis Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 315 hits
Finance minister Tengku Zafrul Aziz has admitted to a less than ideal political situation in Malaysia PETALING JAYA Malaysia does not need a political crisis as it is already facing a dual economic and health crisis says finance minister Te...
Tengku Zafrul Photo Of Me Eating Nasi Ganja Was From Last Year

Tengku Zafrul Photo Of Me Eating Nasi Ganja Was From Last Year

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 271 hits
PETALING JAYA Tickled by a WhatsApp message claiming that he ordered nasi vanggey from Ipoh to be delivered by helicopter Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz said the photo of him eating the mixed rice dish in the viral message was a...
Tengku Zafrul Adakan Libat Urus Ppn Bersama Sarawak

Tengku Zafrul Adakan Libat Urus Ppn Bersama Sarawak

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 454 hits
Kerajaan Sarawak telah memberi beberapa input dari perspektif Sarawak ke arah memperkukuhkan ekonomi negeri dengan mengambil kira impak pandemik Covid 19 dan sumbangan kepada ekonomi nasional KUCHING Satu sesi libat urus mengenai Pelan Pemu...
Muhkriz Kata Cadangan Mahathir Mampu Sejukan Suhu Politik Negara

Muhkriz Kata Cadangan Mahathir Mampu Sejukan Suhu Politik Negara

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 373 hits
Muhkriz kata cadangan Mahathir mampu sejukan suhu politik negara WALAUPUN sehingga kini tidak mendapat respons daripada kerajaan Perikatan Nasional Parti Pejuang Tanah Air belum berputus asa untuk melihat penubuhan Majlis Pemulihan Negara m...
Tengku Zafrul Jumpa Tun Mahathir

Tengku Zafrul Jumpa Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 261 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad mengesahkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz datang ke kediamannya pada Isnin lalu bagi membincangkan cara untuk menangani pandemik Covid 19 Beliau berkata Tengku Zaf...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat