Muhkriz Kata Cadangan Mahathir Mampu Sejukan Suhu Politik Negara



 
Muhkriz kata cadangan Mahathir mampu sejukan suhu politik negara. WALAUPUN sehingga kini tidak mendapat respons daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) belum berputus asa untuk melihat penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) menjadi kenyataan.
Menurut Presiden Pejuang, DATUK SERI MUKHRIZ MAHATHIR, MPN yang dirancang untuk mengambil alih kuasa Kabinet sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilihat sebagai jalan keluar daripada kemelut kesihatan, ekonomi, sosial dan politik ekoran pandemik Covid-19.
Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan NIZAM YATIM serta jurugambar AMIR KHALID di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau menegaskan, majlis itu perlu diwujudkan segera kerana situasi negara sekarang seolah-olah dalam keadaan buntu dan tidak nampak jalan keluar daripada masalah.
TITAH AGONG
KITA memang sudah kemukakan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
Dalam sidang akhbar oleh ayahanda Tun (Dr. Mahathir Mohamad), beliau melaporkan bahawa setelah dikemukakan cadangan itu secara bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka bertitah, untuk mewujudkan MPN ini perlu datang daripada kerajaan.
MUHYIDDIN SERAH KUASA
Pada pandangan kami, ini susah sikit. Kalau hendak harapkan kerajaan PN untuk mencadangkan MPN, ia bermakna kerajaan (Kabinet) itu sendiri tidak lagi memegang kuasa.
Sebab itu bila ada cadangan untuk kita bincang dengan Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya tak ingat (yakin) beliau akan buat kerana perlu menyerahkan kuasa PM kepada orang lain.
BENTANG DI PARLIMEN
Ada juga cadangan perkara ini dibangkitkan dalam Parlimen yang akan bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini untuk dibincang dan boleh dipersetujui.
Itu pun saya rasa agak payah sebab selalunya pemilihan perkara penting yang boleh dibincang, dibahas dan diundi di Parlimen dipengaruhi oleh kepentingan parti.
GULING KERAJAAN
Saya ada bertanya rakan-rakan daripada Pakatan Harapan (PH) dan mereka mencadangkan supaya balik kepada Parlimen, buat undian dan ambil alih kerajaan. Jatuhkan kerajaan PN, dengan PH menjadi kerajaan baharu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM.
Saya bertanya, apa seterusnya? Maksudnya adakah ada perbezaan antara kerajaan sekarang dengan kerajaan PH dari segi sokongan jumlah kerusi dalam Parlimen? Kita fikir pasal benda-benda macam itu, walhal di luar sana rakyat sudah tidak hairan mengenai politik.
RAKYAT TIDAK PEDULI SD
Rakyat tak nak tahu pasal akuan bersumpah (SD) dan tak nak dengar mengenai siapa mendapat majoriti. Yang mereka hendak tahu ialah macam mana kita nak dapatkan vaksin mencukupi untuk mencapai imuniti kelompok.
Macam mana kita hendak pastikan jumlah jangkitan dapat dikurangkan dan menghidupkan semula ekonomi negara supaya pendapatan rakyat kembali meningkat. Itu sebenarnya yang semua orang fikirkan.
Rakyat bertanya, kenapa tak boleh buat ini? Jawapan biasa yang kita berikan adalah kerana kerajaan sekarang ini gagal. Tetapi kita tak boleh pula nak nyatakan, kalau kita tukar kerajaan (kepada PH), kita akan buat lebih baik daripada kerajaan yang dianggap gagal itu.
BEZA MAGERAN
MPN inilah satu pendekatan baharu, sedikit di luar kotak, ada precedent (duluan) tetapi kita tidak menganggap ia (sama) Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ada orang mempunyai stigma mengenainya.
Kali ini walaupun tiada pergaduhan macam 1969 dahulu, tetapi sebenarnya jumlah yang terkorban jauh lebih besar daripada zaman itu tetapi akibat penyakit.
Jadi, keadaan kecemasan itu masih wujud tetapi adakah bermaksud kita perlukan Mageran itu sendiri? Saya rasa tidak. Sebab itu majlis yang kita cadangkan ini dinamakan MPN.
ELAK CAMPUR TANGAN POLITIK
MPN tidak semestinya dianggotai orang politik. Kunci utama adalah untuk kita meletakkan orang-orang yang pakar dalam setiap bidang bagi membuat keputusan.
Masalah kita sekarang, kerana politik kita meletakkan orang bukan pakar dalam bidang berkenaan menjadi pemimpin dalam hal rumit ini. Sebab itu kita tengok keputusan bercelaru. Antara menteri dengan menteri pun boleh berbeza pandangan secara terbuka walaupun selepas mesyuarat Kabinet.
Jadi, keyakinan kepada kerajaan itu sudah tiada sebenarnya. Sebab itu MPN dicadangkan. Saya akui memang akan ada ahli-ahli politik terlibat tetapi mereka tidak akan menjadi majoriti.
Kita akan kecilkan jumlah, jadi tidak perlulah (macam) Kabinet sampai 70 orang, tetapi satu majlis yang betul-betul fokus. Cadangan daripada Tun ini sampai tak bergaji pun.
Beri mandat yang jelas dan kalau boleh tetapkan tempoh waktu. Yang kami nampak sekarang ialah PRU-15 perlu diadakan sebelum Mei 2023. Jadi, boleh ditubuhkan MPN ini segera supaya dalam tempoh waktu sebelum pilihan raya itu kita dapat menangani semua masalah ini.
RESPONS KERAJAAN PN
Saya ingat mereka (kerajaan PN) cuba hendak respons dengan pelancaran Pelan Pemulihan Negara (PPN). Nama lebih kurang sama tetapi itu pelan dan bukan majlis.
Setelah diumumkan, apa yang terkandung dalam pelan itu, baru kita nampak rupanya ada fasa-fasa yang perlu kita lalui dan melibatkan prosedur operasi standard (SOP).
Jadi, itu bukan maksud kami sebenarnya di sebalik MPN kerana ia bukan hanya akan memikirkan soal menangani Covid-19 tetapi juga pemulihan ekonomi dan isu-isu sosial yang sekarang ini macam sudah tidak terkawal termasuk berlaku kes bunuh diri.
SELESAI KEMELUT POLITIK
MPN boleh mencadangkan formula mengurangkan suhu (panas) politik ketika ini yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang.
Cuba kita lihat apa yang dilakukan Pengerusi Mageran, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Bukan setakat beliau menangani masalah keselamatan, saya ingat dalam masa tiga hari sudah terkawal dan tidak berlaku lagi pergaduhan. Beliau turut melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menangani isu ekonomi.
Satu perkara lagi yang orang lupa agaknya adalah penyelesaian politik yang dibawa oleh Tun Razak. Beliau nampak hubungan antara parti kerajaan dengan pembangkang sudah sampai ke tahap yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Jadi, beliau boleh berlapang dada merayu kepada pembangkang untuk menyertai kerajaan. Itu satu formula macam kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Tun sebelum ini.
Kita tengok kebijaksanaan Tun Razak daripada Parti Perikatan berubah menjadi Barisan Nasional, cuma DAP dan beberapa parti kecil lain sahaja tidak menyertai. Selepas itu wujud keamanan politiklah, kalau saya boleh guna istilah itu selama 50 tahun.
Muhkriz kata cadangan Mahathir mampu sejukan suhu politik negara Baca Artikel Menarik :
Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19 Resepi kari hijau Thai padu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe Layari Laman Facebook MYKMU

Asyraf don’t worry, saya di sini kerana UMNO

The post Muhkriz kata cadangan Mahathir mampu sejukan suhu politik negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/10/muhkriz-kata-cadangan-mahathir-mampu-sejukan-suhu-politik-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tumpu Isu Keselamatan Siber Pacu Ekonomi Negara Kata Pm

Kerajaan Tumpu Isu Keselamatan Siber Pacu Ekonomi Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 182 hits
Menurut Muhyiddin mana mana negara tidak akan mampu untuk menangani masalah ancaman siber secara sendirian kerana ia tidak mengenal batas sempadan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Keselamatan siber perlu menjadi keutamaan set...
Kegelojohan Pemimpin Umno Boleh Huru Harakan Politik Negara

Kegelojohan Pemimpin Umno Boleh Huru Harakan Politik Negara

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 188 hits
NEGARA kini berhadapan dengan Covid 19 ketika Kerajaan Perikatan Nasional sedang bertungkus lumus menguruskan pandemik tersebut kini tersebar pula gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO Malah ia dikait...
Pelan Pemulihan Hanya Jadual Tanpa Penyelesaian Kata Dr Mahathir

Pelan Pemulihan Hanya Jadual Tanpa Penyelesaian Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 151 hits
Pelan pemulihan hanya jadual tanpa penyelesaian kata Dr Mahathir Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun 202
Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

Kerajaan Masih Punyai Kuasa Eksekutif Walaupun Umno Tinggalkan Pn Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 188 hits
MMALAYSIA NOW Setakat ini masih tidak ada fakta yang jelas menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak memiliki kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat Peguam Negara Idrus Harun Gambar Bernama Peguam Negara Idrus Harus hari ini berkat...
Ustaz Pas Diserang Bertubi Tubi Kerana Kata Bendera Putih Agenda Politik

Ustaz Pas Diserang Bertubi Tubi Kerana Kata Bendera Putih Agenda Politik

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 297 hits
MALAYSIA DATELINEBaru dua jam ustaz muda Pas memberikan pandangan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak menaikkan bendera putih bagi menandakan mereka kehabisan bekalan makanan lebih 2 000 komen diberikan yang kebanyakan menyeran...
Umno Dap Jajaran Baharu Politik Negara

Umno Dap Jajaran Baharu Politik Negara

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 226 hits
Ronnie Liu pemimpin jajaran baharu pejuang rakyat sejatiPemimpin DAP Ronnie Liu adalah pejuang rakyat yang sejati dan sanggup mengambil risiko demi rakyat Semua dapat melihat bagaimana Liu sanggup melanggar larangan merentas daerah bahkan m...
Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 231 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Zahid Hamidi dikatakan sedang memanggil Ahli Parlimen secara berperingkat untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan bagi cadangan menarik diri daripada kerajaan menurut suatu laporan Akhbar Utusa...
Pakar Ekonomi Kata Kerajaan Tipu Ekonomi Negara Makin Pulih

Pakar Ekonomi Kata Kerajaan Tipu Ekonomi Negara Makin Pulih

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 264 hits
KERAJAAN tidak berkata benar apabila mengumumkan ekonomi Malaysia bertambah baik sedangkan data dan angka menunjukkan sebaliknya kata pakar ekonomi tersohor Dr Muhammed Abdul Khalid Pakar ekonomi itu berkata ada beberapa penunjuk arah yang ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu